ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WASAHLAN


~ spread the ♥ ya'll ~

Friday, March 25, 2011

SABAR...... maafkan je...

okay, 24 march 2011 . Aku, Haseenah, Amalina n Fatin gi BJ..

Haseenah n Amalina nak beli and tengok2 tudung, baju dan kasut. Boleh dikatakan, hampir setiap kedai baju, kasut ngan tudung yang ada kat dalam BJ mall tu depa masuk. Aku ngan Fatin ikut je la.hehe.

Then, sampai la kat satu kedai baju nih, baju2 kat situ, okay ar, cantik dan menepati ciri2 yang dikehendaki oleh Haseenah. Jurujual dia pun okay gak. Senyum je bila kami masuk. Layan kami pun cam puteri, bawak keluaq habih baju2, nk tunjuk kat kami especially Haseenah la sbb dia yg nak beli. Lepas dah pilih satu baju nih, Haseenah pun try la tawar menawar ngan jurujual tuh. Initially the price was RM50, then lepas Haseenah tnya boleh kurg sikit tak? okay, dia kurangkan sampai RM35... waaah, baik betullllll kan..... Then, Haseenah try nak kurangkn sikit lagi bgi dpt Rm30 (hehehe)... dia kata tak boleh.. aku ngan Amalina pun gitau kat Haseenah kalau kat konvo USM, harga dia murah lagi(well, kenalah berjimat,kan) .. n jenis baju n design dia mmg sejibik dengan bju2 yg ada kat store nih..

Haseenah pun decided x nak beli la,lgipun,dia nak tengok kedai2 baju yang lain dulu...walaupun dipujuk oleh jurujual tu untuk beli baju kat kedai depa, Haseenah still dengan keputusan dia untuk x mau beli baju tuh. Bila kami nak keluar dr kedai tuh, tetiba terkeluar habih ayat nih daripada mulut jurujual yang tadi bukan main mesra lagi...

" Kamu orang ah belajar saja tnggi2, tapi tolol, tak da otak !! " ...

TERKEJUT!!!
sampai tak mampu berkata atau berbuat apa2, just keluar ja dri kedai tuh..smbil kpala semua still dok process apa yang dikatakan oleh jurujual tu..

bila dah lama sikit bru..
kami berempat geram gila ar, sampai terkeluar kata2 kesat dok kutuk jurujual bengkang tu, tapi ckp antara kami ja la.. memang ada rasa cam nak p ja balik kedai tuh.. argggggghhhhhhhhhhh...!!!!

tapi, tadi lepas aku habis solat zohor
aku terdiam..
then, hati aku berbisik ..
ASTAGHFIRULLAHAL AZIM..
all of a sudden, aku teringat peristiwa2 yang menunjukkan kesabaran serta sifat pemaaf Rasulullah s.a.w.. Walaupun dicerca, dihina, dikasari malah pernah juga diracuni oleh orang kafir dan munafik, baginda tetap sabar . Baginda tidak pernah memohon kepada Allah agar mereka itu diturunkan bala. Malah, baginda memaafkan mereka...



Sedangkan Rasulullah, seorang pemimpin,seorang RASUL,telah MEMAAFKAN mereka yang melakukan hampir semua perkara jahat/kejam ke atas baginda.

aku plak, seorang hamba biasa , baru kena kutuk sikit, dah marah tak tentu pasal, balas kutukan itu dengan kata2 kasar. buat macam diri aku nih bagus sangat.haih.

masa tuh,baru aku sedar... ASTAGHFIRULLAH.

Ya Allah yang Maha Pengampun, hamba memohon ampun atas segala apa yang telah hamba lakukan di atas muka bumi ini, ya Allah. Sesunguhnya, hamba adalah hambamu yang kerdil, dan lemah sehinggakan hamba telah membiarkan diri hamba dikuasai oleh amarah dan perasaan benci,ya Allah.Hamba telah terpedaya dengan bisikan syaitan laknatullah.Ya Allah,ampunilah hamba,ya Allah..Ya Allah, berikanlah hamba kekuatan agar hamba tidak mudah tewas dengan godaan dan bisikan syaitan yang membisik perkara2 mungkar dan perasaan2 yang tidak baik.. Ya Sami’un Alim, dengarilah doa hambamu ini Ya Allah. Hanya kepadaMu hamba merintih dan memohon. Amin..



The Prophet said: ‘No one can give a better or more abundant gift than patience.’ (Sahîh Bukhârî, Sahîh Muslim)

The Prophet said: ‘Whoever suffers an injury done to him and forgives (the person responsible) , Allah will raise his status to a higher degree and remove one of his sins.’ (Sunan At-Tirmidhî)

Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” (Hadis riwayat Bukhari).

p/s: dear friends, let us spend some time and read these.. ^_^

Thursday, March 24, 2011

ALHAMDULILLAH..

ilmu ditimba adalah untuk mendekatkan diri kita kepada Si Pencipta, untuk mengenaliNya, untuk menambah keimanan kita kpdNya, agar kita sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang diberikan oleh Allah..

dan tidak lupa juga..ilmu juga membantu kita
-untuk menunaikan kewajipan fardhu ain dan kifayah..
-untuk kita bangkit mempertahankan Islam dan berjuang menjadikan Islam sebuah agama yang paling berpengaruh dan digeruni
-menjadi umat Islam yang WORLD CLASS ..how? beramal dengan ilmu yang dimiliki...insyaAllah

kejayaan dapat meningkatkan kesyukuran kita kepadaNya dan menjadi pendorong untuk kita terus mencapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat.insyaAllah.

kegagalan juga dapat mendekatkan kita dgn Allah. Kegagalan mengajar kita untuk redha dan tidak berputus asa. Dengan ini, dapat mengukuhkan keimanan kita terhadap Qada' dan Qadar.Kegagalan juga mendorong kita untuk terus berusaha agar tidak terus gagal kerana kita sudah merasai keperitan akibatan kegagalan itu..InsyaAllah..

yes, "SPM is not everything".

But for those who did well in SPM (Alhamdulillah), you should be thankful to Allah, as He had created one great beginning for you. Grab this golden opportunity for you to continue succeed in life. Don't ever feel proud of yourselves. Stay humble and be grateful.

And for those who didn't. NEVER EVER GIVE UP. It's not like it's the end of your world. Your SPM result doesn't determine what you will be in the future. There's still long way to go man.KEEP ON FIGHTING yarr

Everyone,
Always hold on to this
Work+Strive+IKHLAS+Doa+Tawakkal.
That's the key.
InsyaAllah.
You can do it.
We all can do it.
Kudoakan agar aku dan rakan2ku di Almashoor akan sama2 peroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat serta jauh drpd azab neraka.. amin~



tips yang aku bleh bgi berdasarkan pemerhatian dan pengalaman..

1) tak yah sibuk2 nak bercinta atau bercouple noh.BUANG MASA DAN TENAGA BETOI !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

2) buat nota yang boleh difahami, biar la org lain tak phm, asalkan kau phm, sudah..
(bebanyak terima kasih kpd kak Hazee atas nota Sejarah, most of my friends didn't really understand it cos it was too simple,they said. But tu yg buat uswah jd rajin nak bukak buku teks tuk tambah2 the points.Secara tak langsung, I also got the idea of how to do an effective notes)

3) tengok la sikit rancangan2 tv, national geographics ka, drama ka, thriller ka, apa2la yang SESUAI. setidak-tidaknya dapat sumbang sikit idea dalam menulis karangan.

4) kalau tak mau tengok tv, baca buku pun boleh gak, other than buku teks. Tambahkan lagi pengetahuan. Dapat bawak masuk dalam karangan gak.

5) Masa hari peperiksaan, tok sah dok baca buku dah. Relax ja. Try to recall balik apa yang dah dibaca. Pengalaman saya(nasib bukn masa SPM) : still dok baca 30 minutes before exam, masa exam, fikiran jadi celaru, try to recall, it was all mixed up..SCARY!!! >_<

6) JANGAN percaya benda2 spot nih. bahaya!!! baca ja semua,okay.

7) pastikan ada air yang mencukupi tuk semua paper. so that otak kita dpt oxygen tuk pemprosesan maklumat yang lebih berkesan dan jugak untuk bagi kita tenang.

8) lepas dah tulis maklumat yang patut as in angka giliran, kod subjek, ic num , dan selagi the invigilator tuh tak kata mula, TERUSKAN la baca doa2 penerang hati dan surah2 kecil seperti An-Nas, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Alam Nashrah. BUAT TAU...

just adding a lil bit more..come on yarr, spend a couple of minutes and explore these :
would like to thank my pal, farhana for introducing to me these links,and i just wanna share with ya'll..
so,i guess that's all for now..
^_^


kay, love you guys
Assalamualaikum..

Sunday, March 20, 2011

keprihatinan : pak cik vs pemuda

Tadi petang, aku nampak seekor kucing yang sudah tidak lagi bernyawa di atas jalan raya. Aku ingatkan nak pergi angkat kucing tu dan letak kat tepi sebab masa tu traffic light tengah merah. Tapi bila fikir-fikir balik, boleh ka?


kucing tu bukannya dekat sangat,
takut2 nanti, by the time aku keluar dari kereta, traffic light dah tukar hijau.
jadi aku hanya boleh berdoa je la agar ada insan yang prihatin akan tolong bantu pindahkan kucing tu ke tepi jalan.

Sambil aku berdoa, mata aku dok tgk lagi kat kucing tu, sambil2 tu aku tgk2 gak la traffic light tuh,

aku hairan sungguh, geram pun ada gak..
aku perhatikan.. insan2 yang tunggang motosikal. bila depa lalu dekat dengan kucing tuh, tau elak je. bukan reti nak tolong letak kucing tuh kat tempat lain.(tsk3)

that's it !! aku tak thn dah..

"kalau tggu org buat, sampai bila pun tak jadi kerja," aku fikir seorang diri.

Aku pun tnya ayah aku, "Abuya, boleh tak kalau uswah nak keluar sat, pi pindahkan anak kucing tuh?"

namun ayah aku tidak mengizinkan kerana kedudukan anak kucing yang terletak agak jauh dan juga untuk keselamatan.

so, again, aku hanya mampu berharap, ada yang prihatin.

Tak lama lepas tu,
seorang pakcik lalu berhampiran kucing tuh, aku igt dia pun akan elak gak la cam penuggang yang lain, tapi. masyaAllah, dia berhenti, turun dri motosikal, ambil kucing tu dan letak kucing tu kat atas pembahagi jalan. Alhamdulillah. Syukur padaMu.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau rahmatilah dan lindungilah pak cik itu. Semoga kehidupannya sentiasa mendapat keredhaanMu dan memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ya Allah" amin.


aku cuma sedih la sikit.
aku tengok ramai jugak pemuda2 yang tunggang motosikal lalu berhampiran anak kucing tu, tetapi, tak dak sorang pun yang ambik initiatif nak berhenti sat, tolong alihkan anak kucing tu..
sedih,sedih


Apa yang dah jadi kat golongan muda??


Aku harap sangat satu hari, aku akan nampak seorang pemuda yang akan buat perkara yang hampir sama dengan apa yang pak cik tu telah lakukan.

p/s: aku tekankan kepada golongan pemuda sebab aku dah pernah nampak golongan pemudi buat perkara yang lebih kurang cam gitu. Ramai dah .. =P .. Cuma yang lelaki, susah sangat aih nak nmpk.. kalau hampa buat. Alhamdulillah. Kalau tak pernah buat, tolong lah buat.. itu ihsan tuh. Ada ganjarannya.

Kalau pak cik tu boleh,

hampa pun boleh gak..

(bak kata nike)

huhu


^_^

kay, Assalamualaikum.

Sunday, March 6, 2011

chill sunday

petang2 cam nih, kalau dah tak tau sangat nak buat apa tuh..aku ada satu idea..

haa, hampa pi kat youtube cari depa2 nih..
http://www.youtube.com/user/IniAnwarHadi?blend=2&ob=1#p/u

this is one of his vids.. (this one has the highest viewers)

*maaf, terlebih besar lew plak, untuk keselesaan, tgk through youtube jew lew *
opps..pembetulan2
(maaf, terlebih besar la plak, untuk keselesaan, tgk through youtube ja la) =P

http://www.youtube.com/user/BelacandanPaku

this is one of their videos


*goosebumps bila dgr paku main piano tu..huhu*

p/s: Ha, sebelum tengok video2 nih, pastikan hampa dah SOLAT noh.. then, baca la Al Quran sikit. ;) Dua muka surat pun jadi la. tak sampai setengah jam pun aih. Tunggu video tuh loading lagi lama kot..
INGAT!!
*suara ipin*

"Sesungguhnya solat itu adalah fardhu atas orang Mukmin dengan kefardhuan yang berwaktu" (Surah an-Nisa': 103)

jangan jadikan perkara yang pada dasarnya tak haram jadi haram..
just because perkara tersebut telah menyebabkan hampa lalai drpd melakukan kewajipan sebagai seorang Islam..kay..
pendek kata.. yg belum solat lagi.. PI SOLAT DULU.. *muka garang*

^_^
*muka baik balik*

ASSALAMUALAIKUM
love ya'll..

pieces for a great way of life 2#

okay.. this is something that i would like to share with ya'll..why? cause i love you all... =) *i'm serious*

yeap,another piece for a better living ;)

so, let's begin copy and paste..NOW

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:

  1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
  2. Gastrik - 10 hari
  3. Diabetes - 30 hari
  4. Sembelit - 10 hari
  5. Kanser - 180 hari
  6. Tibi - 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

source : www.iluvislam.com (rajin2 la explore this site, boleh tmbahkan ilmu kita yang cetek ini)

but at the end of the day, we gotta bare in our mind that this is just another tips that we can do to have a better way of life. However, if it's meant to be, it will be. This is just another effort that we can do as a human being. The outcome or the result, is in His hand. Besides, there's no harm in trying, right? For your info, this is also one of Rasulullah's Sunnah. (thanks to farhana for reminding me about it). =) And as we all know, every sunnah has its own hikmah and benefits.. so, practice it.. and yeah, one more thing.. kalau boleh, kurang2kanlah minum air ais.. ku juga sedang mencuba.. AIR AIS amatlah tidak baik untuk badan ini..okay? yeah

Goodluck, ya'll !!!

^_^

kay, ASSALAMUALAIKUM

Saturday, March 5, 2011

haa,tuk mu la nih .. =)

http://nufa-realitylife.blogspot.com/2011/03/friendship-never-end.html

mu nih bab menulis , memang top punya.. =)

yup ,mungkin air mata jernih aku ni tak dapat nak dititiskan..
disebabkan aku bca waktu petang,feeling tuh jadi kurang, choyy =P

tapi....
tipu la kalau aku kata aku tak sedih
or i prefer to say terharu
ya la, lima tahun persahabatan, kan
banyak betul kenangan
baik pahit mahupun manis (chewah)
masam dan masin pun ada gak
tawar ja tak sempat nak dirasai.(apakah?).

(aih, cukup2 la takat tuh dulu. InsyaAllah, aku post lain pasal enam sekawan nih)

p/s: fatin (kalau mu baca post nih), aku sebenarnya nk comment kat page mu ja, tapi , tak leh la plak (hv no idea why tho).. so nih basically apa yang aku nk komen la kan..huhu.. (lebih kurang ar) ..
or probably, more like my reply to ur postscript.. wink wink

^_^
~ lots of love ~

kay, chow
ASSALAMUALAIKUM

petang2, makan2

nih pizza buatan seniri punya woooooo.... * bukan aku sorang yg buat, belagak lebih plak, MAAF*


last pieces... cheese nya yang sungguh menggoda ..ayy=D

sambil makan, dapat tengok 'wayang' free punya.. best pon best.. gelak tak habih.. XD
tajuk wayang :Celoteh Cik Kecil Dania *waktu tayangan sudah tamat, harap maaf* =P

penonton setia sedang khusyuk mendengar dan menonton persembahan wayang cik Dania yg berlangsung lebih kurang ..erm.. 1 jam, i guess..haha
*Dania's auntie,Haseenah(red) and 2nd babysitter,Farhana(blue)... huhu.*


sesi fotografi.. Cik Dania dan 'moto' dia...kejuuuuu!!! *click click*..

Date : 1st March
Time :5.30pm till 6.15pm
Venue*ceh, venue2 segala* : rumah haseenah

hopefully, buat lagi next time..
this time around, lasagna plak la... heheehe
and FATIN..!!! *ksian dia terlepas bnda nih, tau pun jealous*
~tak pa2, jgn sdih2, nnti kita buat lagi kay~

^_^
kay,chow
ASSALAMUALAIKUM


Sunday, February 27, 2011

YUMMY !!!!


saja, suke-suke !!!! ngee~


menu for lunch just now ( and possibly for dinner as well)

ehem, buah - buahan juga penting tau.. !!! =)



Enjoy your lunch too, kay !!!
INGAT, JANGAN MEMBAZIR. ;)

^_^


chow,
ASSALAMUALAIKUM.

Friday, February 25, 2011

ape? membazir ? JANGAN !!!

adoi, sakit perut !! sebab apa plak nih?

haih, tadi punya syok makan ngan fatin, farhana, shamirah n haseenah. (celebrate farhana ngan shamirah nye bday )
siap ada adegan suap menyuap
~farhana and shamirah~

sekarang, sakit perut plak.. =.='
tu lah, orang dah suruh berhenti makan, dok gagah lagi ngap soup tuh.padan muka !!! T.T (aku nak buat mcm mana, dah tak mau membazir kan, kenalah habiskan makanan tuh)

jadi pengajaran untuk hari ini adalah:
  1. bila nak pesan makanan tuh, fikir betul2, jangan pesan ikut nafsu makan tuh ja.
  2. bersyukur la sbb dapat tinggal dalam negara yang kaya dengan makanan nih. Pi ja mana pun, msti ada kedai makan. ye dop?
  3. jangan membazir, kay..

"...dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih- lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berlebih- lebihan"
~ Surah al-A'raaf, 31 ~

We gotta be grateful with what we have right now
We have no problem to find food
in fact, most people in this country tend to die because they eat too much
however, it's different for those in some countries, they are dying to have food


p/b(pesanan bersama): kalau mampu lagi nak makan, habiskan lah makanan tuh ye. kalau tak leh nk perabih tuh ..
  • tapau aje ( kalau mkn kat luar)
  • simpan dlm fridge (kalau kat rumah)
^_^

sedap mcm mna pun, bila dh kenyang tuh, mmg tak leh masuk dah..
nasib share 5 orang
hehehe

kay,chow~
ASSALAMUALAIKUM..

Thursday, February 24, 2011

movie 7#

nih ha, satu lagi cita hindustan...


~ love your family, always and forever ~


T.T


p/s: tiga kali tgk cerita ni. mai ja part nih, aku ulang banyak kali ( annoying? tau.. huhu =P)
tapi nak buat canne kan? dah aku suke scene nih.. lagu die, perkataan2 die, fuuh, menyentuh perasaanku dowh..

kalau hampa tak dak kerja, tgk la cite nie.
kalau ada kerja, perabih dulu kerja tuh kay.
bukan apa, nak pastikan hampa fokus bila tgk cite nih. bru feel..kui3
tak der la, kita kenala utamakan bnda yang penting dulu. ye dop?
(cdgn: tengok tgh2 malam, msa orang laen sume tidoq, bru best leleh sorang2,ehem, aku la tuh)

~ wtv it is, mlm nih, aku nak tengok lagi la KALAU aku tak dak keja (huhu) .. tgk scene nih ja..~

^_^

satu post ja hari nih
malas(ehem,ubah, uswah,ubah)
tak dak idea
ada kerja laen...kowt
kay, ASSALAMUALAIKUM