ALHAMDULILLAH. akhirnya,JAKIM telah sedar lalu menaja satu rancangan realiti TV bersama RTM iaitu rancangan Adik-Adikku. Secara jujurnya, saya bukanlah peminat setia RTM tetapi apabila RTM menyiarkan rancangan sedemikan, saya agak tertarik untuk menontonnya. Sesungguhnya, rancangan Adik-Adikku itu adalah SEJUTA kali lebih baik daripada program realitivi TV lain yang juga membabitkan kanak-kanak seperti Idola Kecil yang jelas-jelas TIDAK membawa faedah.
saya tidak berniat untuk mengutuk mana - mana pihak. tapi saya rasa lega kerana akhirnya, program sebegini telah dijalankan dengan jayanya sekali. melalui program ini, bukan sahaja kanak-kanak dapat mengenali dan menyelami Islam, malah golongan dewasa yang masih lagi TAK sedar diri. Mengaku saja diri itu Islam tetapi mana identitinya.. MANA? adakah seluar sendat dan baju jarang itu identiti Islam? adakah rambut hitam bersalut perang dan koko itu identiti Islam? oh, TIDAK, TIDAK !!
wahai saudara-saudara seislam ku sekalian, marilah kita pertahankan dan mempamerkan IDENTITI ISLAM yang SEBENARNYA. wahai perempuan sekalian, tidakkah kamu tahu menutup aurat itu adalah WAJIB sejurus apabila kamu sudah akhir baligh? tidakkah kamu tahu? kalau tak tahu, sekarang kamu dah tahu.. jadi PAKAILAH tudung dan TUTUPLAH AURAT..bagi yang dah tau tapi masih tak pakai..apa masalah kamu sebenarnya? apa? tidak mendapat hidayah?hahaha. apa, kamu ingat hidayah akan ALLAH beri begitu sahaja? oh, tidak. kamu harus BERUSAHA. salah satu cara berusaha ialah memakai tudung. MARI semua, kita memakai tudung TUTUP dada..MENUTUPI dada ye.. InsyaALLAH, sedang kita berusaha, Allah pasti akan menurunkan hidayah kepada kita untuk meneruskan kewajipan menutup aurat itu. INGAT. hidayah bukan datang bergolek. USAHA tuh mau ada.
sesungguh : "ALLAH tidak akan menolong hambanya yang tidak menolong diri mereka terlebih dahulu ". ingatlah kata-kata ini dan peganglah ia sehingga kamu berada di liang lahad..
salam buat semua.. ana doakan agar kita semua sentiasa mendapat perlindungan dan belas kasihan dari Allah dan sentiasa dekat dengan-NYA. amin. renung-renungkan lah ye..
insyaAllah, para dai'e pada generasi akan datang.. amin..
syukran..jazakumullah..
No comments:
Post a Comment