Bismillahirrahmanirrahim
"Abang, esok graduasi, boleh tak nak pakai make-up sikit?"
"Oh, kenapa nak pakai dear?"
"Takut nanti muka berminyak, uswah kan kadang nampak pucat"
"Kalau tak pakai takpa kan? Boleh pakai vaseline sikit untuk x bagi nampak pucat :)"
"Oh, okay"
"Isteri abang natural beauty kan. Humaira' " (nak ambik hati barangkali, haha)
"Thank you abang"
Hati cuba untuk ikhlas mengikut kata suami. Sejujurnya, aku tidak perlu bersedih kerana aku sendiri memang tak pakai make-up. Cuma ada vaseline sahaja. Tetapi malam itu, aku sedih sedikit kerana tak dapat pakai make-up macam kawan-kawan lain. Kebiasaannya, hari graduasi adalah hari bersejarah yang mana masing-masing akan berpakaian segak dan berhias lawa. Ada juga yang siap bawa atau simpan baju untuk dipakai khusus pada hari graduasi.
Hari graduasi tiba.
Sebelum bergerak, nyak ada offer lipstick sebab nampak pucat. Kalau pakai sikit, tak akan perasan pun, lepas fikir dua tiga kali, aku pakai la sikit. Tapi bila menerung semula ke cermin, teringat pesan suami, aku lap semula lipstick itu dan pakai vaseline.
Entah kenapa, saat melangkah keluar rumah selepas itu, aku lega, tenang dan lebih yakin.
Lega dan tenang kerana mengikut kata suami
Yakin kerana menjadi diri sendiri, bersyukur atas kurniaan Ilahi
Alhamdulillah, majlis graduasi berjalan lancar, Allah makbulkan doa untuk ahli keluarga aku datang ke Mesir dan merasai didikan Mesir. Walaupun suami tidak dapat hadir, aku dapat merasakan dia ada bersama sepanjang majlis itu. :)
Till then, spread the love.
#naturalbeauty
#taatsuami
#isterimithali
#redhaIlahi
___________________________________________
No comments:
Post a Comment