ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WASAHLAN


~ spread the ♥ ya'll ~

Friday, January 11, 2019

Hati-hati sebelum berkata.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Si anak kecil kelihatan sangat gembira malam itu lalu mengajak ibubapanya bermain.

"awat la ....." si ibu menarik nafas panjang tidak dapat menghabiskan ayatnya.

"Sebenarnya rasa bersalah nak sebut sebab Allah dah bagi kesihatan kat dia, bagi dua boleh main, jalan sini sana. kita pula nak mengeluh cakap dia aktif, buas semua" sambung si ibu.

"Itu la, abang bila nampak patient budak2 dok asyik nangis, sakit semua. Abang syukur sangat anak kita aktif bermain boleh senyum macam ni." balas si ayah, tanda setuju.

Lalu, kedua ibu bapa itu sambung melayan anak mereka walaupun penat seharian.

Sungguh, anak itu amanah. Kita menjaganya, namun hakikatnya Allahlah sebaik-baik penjaga dan pelindung.

Syukurlah dengan apapun kondisi anak kita kerana sedarlah di luar sana, ada ibubapa yang setiap hari berdoa agar anak mereka bisa diberi peluang bermain seperti anak-anak lain yang sihat.

Berhati-hatilah ketika mengungkap sesuatu terutama sekali ketika sedang penat.

Akhir sekali, apabila diberi peluang menjaga amanah Allah ini, mengingatkan kita akan pengorbanan dan kasih sayang ibu ayah kita kepada kita.

Hargailah mereka sementara masih ada. Mereka tidak mengungkit agar dibayar semula penat lelah mereka. Cukuplah kita menjaga kebajikan mereka dan menjadi anak soleh dan solehah buat mereka.

#anakamanahAllah
#U&Itilljannah
#tarbiatulaulad
#parenthoodmemories

No comments:

Post a Comment