Bismillahirrahmanirrahim
وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ
تَتَّقُو
تَتَّقُو
" dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa."
Al An'am, Ayat 153.
Al An'am, Ayat 153.
kalau di dunia yang sementara ini kita sanggup bekerja keras untuk hidup senang,
semestinya untuk kesenangan kehidupan akhirat yang kekal itu kita kena double the work kan? guna sebaiknya dunia ini untuk akhirat yosh!..
apabila diajak untuk bersama bekerja untuk Islam, meninggikan hukum Allah, mengajak manusia ke arah kebaikan, menolak kemungkaran dan maksiat..sepertinya kita teragak-agak?
Singkap semula bagaimana Islam tersebar sehingga kita dapat merasai nikmat berharga ini sehingga sekarang.
Bagaimana keperitan dan kesusahan Rasulullah SAW, dicaci, dilukai, bersembunyi, malah sanggup mengambil jalan jauh bagi mengelakkan daripada dijumpai musuh semata-mata untuk sampaikan ke destinasi bagi memastikan dakwah Islam terus berjalan dan tersebar luas. ya demi tersebarnya kalimah tauhid itu.
Doa-doa baginda juga sentiasa mempunyai kita, umat baginda di dalamnya..
Bagaimana pula dengan diri ya?
Allah tunjukkan realiti umat hari ini
segala yang berlaku adalah natijah
yang akarnya harus dirawat
kukuhkan fardhu muslim sentiasa,
di samping persediaan untuk tangga-tangga seterusnya.
tangga-tangga itu tidak boleh dinaiki berseorangan
ayuh, bersamalah dalam kumpulan
sedarlah, setiap zaman, punya kumpulan yang akan berjuang mempertahankan Islam,
selepas baginda Rasulullah, perjuangan ini diteruskan oleh para sahabat dan orang islam seterusnya,
kerana musuh-musuh Islam itu tidak pernah duduk diam
sentiasa punya rencana menjauhkan umat daripada Islam
nah, bagaimana dengan zaman ini?
rasailah setiap kita punya peranannya sekarang..
ya sekarang, kerana jaminkah kita masih hidup pada masa akan datang,
tiada jaminan kan? maka mulalah sebarkan keindahan Islam ini...
sudah masanya, kita mulakan langkah di atas jalan ini
jalan dimana pahit itu dirasakannya manis sangat
lihatlah pengorbanan luar biasa mereka terdahulu
keyakinan mereka pada amanah yang dibawa,
mengejar kebahagiaan kehidupan selepasnya..
terus istiqamah sehingga berjumpa Sang Pencipta
yakin dengan pertolongan dariNya
Surah Muhammad, ayat 7
till then spread the peace and salam..
No comments:
Post a Comment