ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WASAHLAN


~ spread the ♥ ya'll ~

Wednesday, August 7, 2013

Anugerah Syawal Seindah Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim

Pejam celik pejam celik. Aik. Dah Syawal?  Terkejut?! *gosok mata*

Uwaaaaa~ lari keliling rumahhhhhhhhhhhhh… (tsk tsk tsk dramatic =.=’)

Ok. Mungkin tak setragis itu. *lap spek mata*

Ya, aku sedikit terkejut sebab rasa macam sekejap sangat. SERIES!

See, how time flies? Very fast meh.  Rugi. Rugi sangat kalau kita tak berjaya menggunakan masa dengan sebaiknya. Especially masa yang aku maksudkan la ni, which is RAMADHAN.

Flashback aktiviti setiap hari kita waktu bulan Ramadhan. Produktif , kurang produktif, istiqamah atau semput di pertengahan. Sama-sama kita muhasabah. T.T

Allahumma balighna Ramadhan.
______________________________________
Bila scroll fb tengok ucapan raya semua. Allahu Allah. RAYA SUDAAAAAA. Alhamdulillah di panjangkan umur jumpa Ramadhan sampai ke akhirnya. Kini Syawal menjelma. Saudara dan sahabat2 sudah di bayangan. Boleh aku kata ini Bulan Ukhuwah!? Hehehe. Sila-sila. Tiada yang menghalang.

First thing that crossed my mind was our brothers and sisters in Egypt.

Allahummansur islam wal muslimin fi misr wa fi kulli makan.

Ya Allah, I seek help from you to protect Islam and the muslims in Egypt and around the world.

Dr Morsi digulingkan pada awal bulan Julai. Sekarang dah masuk minggu kedua bulan ogos.Kiranya lebih sebulan ikhwah akhawat Mesir berkumpul .Terus kuat, malah semakin kuat.Sebulan itu bukan calang-calang bulan.Bulan itu Ramadhan, bulan yang mulia. 1 bulan, 30 hari, 720 jam, 4320 minit. Di bawah panas terik dan langit malam. Puasa pada paginya, tarawih pada malamnya. Azan dan doa sentiasa bergema. Berjemaah mereka solat dan berdoa memohon pertolonganNya. Hasbunallahu wani3 mal wakil, mereka pegang sungguh sungguh. Setiap hari jumaat, diberikan tema perkumpulan. Mereka tahu matlamat dan tujuan mereka. Tegas menyatakan pendirian mereka. Biarpun ramai yang sudah terkorban. Dunia nampak kezaliman yang bertopengkan ketenteraan kononnya menjaga keselamatan. 


Alhamdulillah, ada yang lantang serta tegas menyatakan ketidaksokongan mereka terhadap penggulingan tersebut. Namun ada yang berdiam. Setuju atau tidak. Wallahu'alam.

Jangan kata kau tak mampu buat apa. Kerana kau ada Allah tempat pergantungan. Doalah untuk Islam dan mereka.

Jangan kata kau tak perlu nak tahu. Kerana kau dah duduk di sana hampir dua tahun. Bumi itulah membantu kau mengubah cara melihat dunia. Bumi itulah yang telah menghasilkan para doktor dan ulama’ yang kini berkhidmat di Malaysia. Bumi itulah ditempatkan saudara seagama. Apakah kau tiada kena mengena dengan mereka? Tanya hati dalam-dalam. Dia tahu jawapannya. Tidak boleh lari dari berkata “YES. I NEED TO CARE”

Yakinlah. Kemenangan buat mereka yang bersama kebenaran.
Ramadhan sudah melabuhkan tirai.
Memberi laluan kepada 1 Syawal
Mereka di Mesir juga tidak ketinggalan
Sungguhpun kemenangan fizikal belum jelas kelihatan
Namun keyakinan teguh pada Allah yang menjanjikan kemenangan
Sumber kekuatan mereka untuk meneruskan perjuangan
Ya Allah, kuatkanlah mereka.

Selitkan doa untuk seluruh umat Islam di muka bumi ini jom. Semua ada ujiannya yang tersendiri. Tanda cinta Dia pada hambaNya. Ingin mendengar rintihan hambaNya. Moga ujian ini mendekatkan kita kepadaNya.

Moga Allah terima amalan kita.
______________________________________________________

HAI, BULAN UKHUWAH. (bersalaman. sambil peluk Ramadhan kuat-kuat dan berkata “Until we meet again! insyaAllah. Love you”)   :’) 

Syawal jeles. Oh, jangan risau. Ku terima anugerah Syawal ini seindah Ramadhan– Lagu bunkface ni walau secotek ja lirik dia, tapi part yang diulang-ulang ni actually buat aku berfikir sejenak. Deep sebenarnya. 

Bagaimana kita raikan Ramadhan, begitu jugalah kita raikan Syawal. Moga terus istiqamah wahai diri~

SELAMAT HARI RAYA. MOHON DIMAAFKAN SEGALA SALAH SILAP SEPANJANG PENGENALAN. TERLEBIH MAHUPUN TERKURANG AJAR SEPANJANG PENULISAN.

AMPUNI DAKU WAHAI CALON SYURGA. Yes. Awaklah tueee.. jom lari ke arahNya~~~~

Jom Jaga diri. Jaga hati. Jaga Iman. Jaga Makan. Jaga Ikhtilat. Jauhi mengumpat.
Till then. Spread the love and dua’. Sollu 'ala nabi.

No comments:

Post a Comment