ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WASAHLAN


~ spread the ♥ ya'll ~

Sunday, August 4, 2013

It's all in your head!

Bismillahirrahmanirrahim.

Mesir. Negara keduaku. Yang kini ramai ikhwah akhawatnya sedang berkumpul. Tanpa berputus asa sungguhpun sedang berpuasa. Pagi petang siang malam. Berjemaah mereka solat dan berdoa. Sungguh Ramadhan kali ini mereka gunakan sebaiknya sebagai madrasah tarbiyah.

Balik Malaysia kali ini. Sedikit lain. Sedikit sensitif. Topi Merah? Eh! Apabila ada yang berkata kurang enak mengenai orang Arab, aku tiba-tiba rasa panas. Ada sahaja jawapan untuk kubalas. Sedih mendengar anggapan mereka mengenai orang Arab.

“Yang park(apa dalam bahasa melayu ek?) kereta tanpa mematuhi peraturan. Tidakkah menyusahkan orang lain?”
“Tak hormat orang lain. Tidak memberi laluan untuk orang lain memberi pendapat. Rasa dominan yang menebal”
“Tidak tepati dress code yang digarisi oleh pihak universiti”
“Kurang menjaga kebersihan”

Aku sedih. Memang sedih.Tapi aku tidak boleh salahkan mereka. Kenapa? Kerana mereka berkata melalui penilaian kaca mata mereka. Mereka menilai warga Arab yang berada di Malaysia. Mungkin ada benarnya. Aku juga sempat mengenali warga Arab untuk dua tahun setakat ini.  Ya. Peraturan. Pergaduhan. Kebersihan. Merupakan antara ujian buat mereka. Dan sedikit sebanyak, inilah yang kerajaan dibawah pimpinan Dr Mohammad Mursi berusaha untuk perbaiki. Ke arah satu perubahan. Namun, baru setahun beliau memimpin, beliau ditentang dan digulingkan oleh golongan yang menyokong kebatilan. Lalu bermulalah permainan kotor mereka untuk memastikan perubahan itu terkubur. Namun, ikhwah dan akhawat yang berkumpul di medan Rabaah dan seluruh Mesir itu, tidak akan pernah berundur. Kerana bagi mereka beroleh kejayaan atau mati syahid.

Hasbunallahu wani’mal wakeel.
*tarik nafas* Berehat sebentar bersama qunut nazilah jom.

Aku tidak menafikan kata-kata yang dilontarkan orang sekeliling.
Tapi, aku tetap sayang mereka. Kenapa? Sebab aku juga menilai mereka.Malah, aku diberi peluang untuk menjadi perantau dan menilai mereka di tempat di mana mereka adalah majoriti. Di mana aku diberi peluang untuk melihat yang baik juga yang kurang baik. 

Tiap kali aku mendengar ‘kutukan’ orang sekeliling mengenai warga Arab, hati aku sering kali berbisik
“Ya Allah, ingin sekali aku ceritakan segala pertolongan dan pengalaman aku bersama warga Arab yang sangat sangat sangat baik. Yang telah berjaya memikat hati aku untuk terus jatuh cinta pada mereka.” 

Mengenai Pak Cik Mustoffa dan pekerjanya, Mak cik Redha yang menyambut kami dengan senyuman setiap kali ingin melalui terowong untuk ke kelas), Pak Cik comel yang sentiasa melambai ketika kami melalui jambatan kasr el ayni, Doktor Dukturah yang sangat penyayang, Ustazah Gehad yang banyak memberi motivasi dan semangat kepada kami “Jihad ya banat”, Jiran-jiran yang pemurah, ammu tremco dan teksi yang peramah,  dan banyak lagi untuk disebut satu-satu.

Ya.Aku akui ada juga pengalaman pahit. Namun Allah sertakan bersamanya kemanisan yang sejuta. Dimana apabila ada yang menganiayai, akan ada juga yang akan membela kami. Di situ kami melihat dan terus jatuh hati. Lantas melupakan mereka yang menganiyai tadi. Dari sakit hati terus suka hati.

*flashback memori Ramadhan bersama seorang sahabat yang tertinggal telefon bimbit di dalam teksi. Ujian untuk mendapatkannya semula. Serta keindahan pertolongan si pemuda gagah itu yang akhirnya menjadikan perjalanan kaki kami yang bermula dari Saad Zaghloul ke Abou Risy itu, dihiasi senyuman. Cantik sungguh susunan Dia.*

Melalui peristiwa itu, aku mula hayati dan nampak apa yang dimaksudkan bila kata kita punya pilihan. Allah tunjukkan kita yang jahat. Dia tidak lupa juga untuk sajikan kita dengan yang baik. Agar kita menilai yang mana yang membantu kita dalam menjalani kehidupan. Sememangnya kedua-dua ini membantu. Yang jahat mengajar kita menjadi lebih waspada. Yang baik mengajar kita untuk bersyukur dan saling berdoa.

Tapi kali ini aku ingin lihat dalam konteks positiviti kita dalam menilai seseorang. Setelah melihat buruk dan baiknya seseorang itu, kenapa kita pilih untuk fokus kepada keburukan dia sehinggakan luntur kasih dan sayang kita padanya? Manakala kecantikan dan kebaikannya kita tidak hiraukan sedangkan inilah simpulan tali yang menyatu erat hati-hati kita. Cuba pandang seseorang itu dengan pandangan kasih dan sayang. Ukhuwah dan iman.

Memandang negatif terhadap orang lain (su’u zhon) ini sangat memenatkan tahu. Kasihanilah hati itu. Usah dikritikalkan lagi. Ubatilah ia dengan bersangka baik ( husnu zhon).

Apa yang berada di hati dan minda, perbuatan akan menterjemahkannya. Kalau kita berfikiran dan beranggapan positif, maka positiflah perbuatan kita, akhirnya respons yang diberikan juga akan positif. Dan begitu juga sebaliknya. Jadi, yang mana yang diinginkan? Sudah pasti sahaja yang menguntungkan bukan? Jadi. POSITIFLAH WAHAI DIRI. Kita juga ingin Allah pandang kita dengan pandangan kasih sayang bukan? Segala keburukan tidak dimasukkan kedalam akaun amalan kita. Walaupun ada, tidak dizahirkan malah ditutup aib kita. Alhamdulillah. Sedarlah juga betapa kerdilnya kita yang cuma hamba.
Jadi, bersikap positif, bersangka baik dan berkasih sayanglah antara satu sama lain.

“Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.” Satu perumpaan Melayu. Mungkin ada benarnya dalam beberapa situasi. Namun dalam sudut memerhati dan menilai, jauhilah dari skeptikal dan general. Kerana yang membezakan manusia di akhirat nanti adalah mereka yang ahli syurga atau ahli neraka berdasarkan amalan kita dan rahmat Allah SWT. Tiada unsur bangsa. Tiada unsur kuasa. Tiada unsur keturunan dan sebagainya.

Mula-mula balik Malaysia kali ini. Aku jadi sedikit skeptikal dengan rakyat Malaysia.(hang pun rakyat msia jugak naa, so jgn dok buat benda2 lagu tu naa~)

Yang kedekut dengan senyuman. Yang kurang peramah. Masing-masing dengan hal masing-masing. Banyak merungut. Tahu bergosip dan menjadi cannibal tanpa sedar. Cukup payah nak rapatkan saf. Aurat dipandang sebelah mata. Ikhtilat tidak syar’ie seperti perkara biasa. Ramadhan tak sampai seminggu, lagu raya dah dipasang. Dan sebagainya. (hang memang saja cari pasai la cik kak oi)

Astaghfirullah. Cukup senang aku men’generalize’ kan perkara  tersebut hanya kerana beberapa situasi yang telah aku alami sejak balik kali ini. Bila rasa pedih dengar orang kutuk warga Arab baru nak sedar aku pun sebenarnya sudah mula bertindak menghukum rakyat Malaysia. ( ohohoi, gaya cam nak kena tukar warganegara ja ni. oh tidak. Tidak. Maafkan saya.)

Mohon kembalilah ke jalan yang benar wahai diri. Cuba latih diri untuk TIDAK SKEPTIKAL atau MEMBUAT GENERALIZATION secara membabi buta. Buruk tahu! Apatahlagi MENGHUKUM. Itu bukan kerja kau.

Apa yang penting. Yang mana yang kita nampak kurang enak, kita cuba tegur jika mampu. Jika tidak mampu, doalah agar mereka berjaya melepasi ujian ini. itu yang paling kecil kita kena buat. Itu kita mampu. Tiada alasan untuk berdiam diri.

Aku terkesan dengan situasi ini. Apabila aku, Haseenah, Farhana dan Amalina melalui sepanjang kawasan tepi pantai di hadapan Queensbay Mall untuk pulang ke rumah, kami melihat ramai pasangan berdua-duaan di dalam gelap. Sudah kahwin atau belum? Wallahu’alam. Yang menariknya, instead of kutuk depa, semua senyap. Then, satu suara pecahkan suasana. “Tu ujian depa.” Kemudian seorang lagi sambung, “Yes. and ours might be different this time, but this is a test for them”. Then, diakhiri dengan “Kita doa lah depa berjaya ”.

Tersenyum mengawal stereng melihat sahabat-sahabat membesar dewasa. No more xoxo GG I guess. Hihi. Alhamdulillah. All praises only to Allah for everything.

So, Conclusion? Nevermind, I leave this with a question mark and let's define it ourselves ;) frust membaca punya berjela, last-last x dak conclusion?! *muka merah, telinga keluaq asap*

p/s: Sambil membaca, sama-sama kutip hikmahnya. Just like our life. It's a journey which every second, there's a lesson from it. huhu. Alasan diterima? gagaga


Till then.
Spread the love and dua’s for Muslims around the globe. Oh, Doa rabithah jangan lupa jugak yok. Sweet you know. ;)



No comments:

Post a Comment