ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WASAHLAN


~ spread the ♥ ya'll ~

Wednesday, August 21, 2013

Nama-nama itu~


16/8/13

Pukul 6.30 pagi, penjelajahan mimpi tidak dapat aku teruskan. Dengan keadaan Mesir sehingga saat ini, sememangnya membuatkan aku tidak nyenyak tidur. 

Aku buka facebook untuk mengetahui keadaan semasa negara keduaku itu. Scroll down news feed, nampak satu pos daripada Dr Heba Omar, lecturer chemistry di Kasr El Ayni waktu aku first year. Pos itu mengenai nama- nama para demonstran yang syahid.Hati dan mata aku sangat terpanggil untuk membaca satu persatu nama mereka sungguhpun aku tidak mengenali mereka. Antara nama yang tertera ialah, “Mustoffa, Yaser, Tarek,Jumuah, Sharif”.

Apabila mata aku melihat nama-nama ini, hati aku jadi sebak walaupun hakikatnya aku tidak tahu siapa mereka ini. Tetapi di ingatanku terpampang wajah pak cik kat kedai mustoffa. (aku pggil dia syeikh) Dan aku yakin ramai pelajar Malaysia terutamanya yang tinggal di kawasan sekitar sayeeda zainab dan abou risy sangat mengenali beliau. 

Setiap kali aku pergi kedai beliau, beliau akan tanya khabar, tanya khabar negara Malaysia(nampak dak keprihatinan dia di situ? malu kan kita kalau masih tidak ambil peduli hal mereka?!  T.T ), tanya khabar pelajaran aku dan sebagainya. Kadang kami sembang macam kawan lama. Dan aku tidak menyesal memberitahunya namaku. Setiap kali aku masuk ke kedai, dia akan sapa aku dengan memanggil namaku, "Ya Uswah", kadang Hasanah, kadang Uswatul Hasanah. Beliau tau saja aku akan beli sekotak bonjorno hot chocolate..

Antara perbualan kami yang masih segar di ingatan adalah sehari selepas Presiden Mesir, Dr Mursi digulingkan. Sungguh ringkas, tidak seperti hari biasa.

Aku masuk ke kedai, senyap dan hanya mampu senyum. (senyuman kelat barangkali) Dan aku juga tahu syeikh sedih dengan penggulingan itu namun seperti yang dinasihatkan, pelajar diminta agar lebih berhati-hati dan elak bercakap mengenai isu ini di khalayak ramai. Ketika urusan pembayaran bonjorno hot chocolate aku itu, Aku tidak punya duit pecah lalu aku berkata , “Asifah, ma fish fakkah (maaf, takdak duit pecah)”, lalu syeikh jawab, “Ma fish mursi (takdak mursi)” sambil tersenyum kelat dan memberi aku wang baki lalu pergi ke arah peti sejuk untuk sambung kerja menyusun kotak. Aku yang tidak mampu cakap panjang (antara sebabnya adalah kurang vocab Arab T.T) hanya mampu membalas, “Hasbunallahu wani’mal wakeel”.  Dia menyambut kalimah itu dengan “Na’am (ya)” dan senyuman.  Tapi kali ini senyumannya bukan lagi senyuman kelat. Kemudian, dia terus menerus menyebut kalimah itu sambil menyusun kotak-kotak.  Aku minta maaf syeikh.  Tak mampu menolong. Sungguh Allah lah penolong kalian. Akanku terus berdoa kepadaNya. Takkan pernah berhenti. insyaAllah. T.T

Sungguh. Beliau ialah antara ahli keluarga Mesir ku yang Allah hantarkan untuk menceriakan aku saat aku penat berjalan pulang dari kelas. Terima kasih Allah

*lap ayaq mata*

Ada juga nama Jumuah di senarai syahid itu. Barangkali aku tidak mengenalinya, dan mungkin sahaja aku turut mengenalinya. Di Mesir, terdapat seorang pak cik yang selalu akan kami hubungi sekiranya punya masalah paip, lampu dan sebagainya. Kami memanggilnya Ammu Jumuah ( baca: Gumuah). Beliau sangat sangat baik. Sangat lembut, sopan, cermat dan amanah dalam tanggungjawabnya. Beliau juga sangat menghormati kami sebagai akhawat. Senyuman tidak pernah lekang.

Yaser, Tarek dan Sharif , sama seperti Mustoffa dan Jumuah, adalah nama yang biasa dalam masyarakat Arab.  Namun apabila mata aku membaca nama-nama ini, aku teringat para pensyarahku yang Allah berikan nikmat ilmu itu. Sedikit sebanyak, mereka antara  yang menambahkan cinta aku kepada ilmu sains dan perubatan terutamanya anatomy. Bagaimana mereka menyampaikan ilmu-ilmu itu dengan mengaitkannya kepada sang Pencipta, mengingatkan aku akan nilai seorang hamba serta menambah kagum, syukur dengan kebesaran yang Maha Esa.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

perasaan aku bercampur baur. Sebahagiannya berasa bahagia kerana sekiranya benar nama-nama itu adalah insan yang aku kenal, ini bermakna aku pernah bertentang mata dan berbual bersama ahli syuhada'. Allahu Allah. Dan meskipun nama-nama itu tidak aku kenali, aku turut gembira untuk mereka kerana sudah menemui pengakhiran mereka untuk berjumpa Dia dengan merebut gelaran syahid. Biar siapa pun mereka, sama ada aku kenal atau tidak, moga kematian mereka ini diterima Allah sebagai mati syahid. Mati yang hidup.

Dan sudah semestinya, turut terdetik rasa pilu, sedih melihat gambar-gambar situasi di sana. Bukan sahaja pemuda pemudi, malah orang tua dan kanak-kanak, tidak terkecuali menjadi sasaran tembakan, mati akibat sesak nafas dan sebagainya. Moga mereka ditempatkan bersama para syuhada’ yang lain.

Sebahagian diriku berasa syukur kerana berada di Malaysia. Bukan kerana aku sudah pasti selamat kerana mati boleh berlaku berlaku bila-bila, di mana-mana kan. TIDAK, bukan kerana itu tapi kerana Allah bagi aku peluang ini untuk berada di sisi keluargaku. Sedikit sebanyak, mereka tidak perlu risau memikirkan keadaan keselamatanku dan boleh terus fokus dengan kerja mereka, sekali gus aku juga berpeluang menjelaskan situasi Mesir kepada mereka agar mereka tidak mengambil bulat-bulat sesetengah berita di tv Malaysia yang sangat menyedihkan dan hanya menampakkan ‘keganasan’  para demonstran yang ingin menuntut keadilan itu. Menceritakan kepada mereka menerusi alam maya kadang-kadang tidak meyakinkan mereka , namun apabila aku menunjukkan perbezaan berita yang dilaporkan di tv dengan  video-video serta berita daripada sumber lain, Alhamdulillah wa insyaAllah, mereka perlahan-lahan sudah mula faham.Adik-adik aku juga sudah mula cakna akan peristiwa ini termasuklah yang umur 9 tahun itu. Dia juga tidak putus-putus doa untuk ‘adik-adik’ dia di sana. Moga kita terus istiqamah berdoa untk mereka, adikku.

Selit sat scene antara aku dan cik adik kecik, Anas.(May Allah bless u bro)

Aku : Anas, kak us nak turun bawah tengok berita pasal adik beradik kak us.
Anas : bukan adik beradik kak us ja. Adik beradik kita. 
Aku : Anas tau ka kak us cakap pasai sapa?
Anas : Tau la, orang mesir kan. Jom.

Sebahagian diriku sangatlah rindu akan Mesir dan ingin sekali berada bersama kalian di sana. Namun itu diluar kemampuanku. Aku juga tidak mampu untuk bersama-sama turun dalam himpunan solidariti yang dianjurkan pimpinan atas faktor pengangkutan. Anas pun ada bagi "surat cinta" kepada tok imam, permintaan untuk membaca qunut nazilah dalam solat fardhu, namun nampaknya setakat ini, ianya tidak berjalan lagi. Wallahu'alam kenapa. Aku mintak maaf, tidak banyak yang aku mampu buat untuk membantu kalian. Apa yang aku mampu sekarang adalah menterjemahkan perasaan ini kepada doa dan sampaikan kepada mereka di sini mengenai kalian. Dan aku yakin, aku perlu yakin bahawa doa inilah senjata tajam yang mampu aku berikan untuk kalian, saudara seaqidahku. Mohon maaf sekali lagi.

Apabila berlaku di negara keduaku perkara ini, lagi terasa rasa bersalah aku kerana kadang terlupa akan saudara kita yang masih dan sedang ditindas di Palestine, Syria Burma, Bangladesh, Pakistan, Iraq, Rusia, Amerika dan seluruh dunia. Asyik sangat dengan hiburan. Terlebih dos.Huargh. Ya aku kadang tertipu dan leka dengan hiburan yang disajikan. Buang tenaga dan masa melahirkan perasaan sedih dengan konflik cerita2 rekaan manusia ini sedangkan punya cerita realiti yang memerlukan tenaga dan masa kita untuk rasa empati dan bertanggungjawab sebagai manusia yang berkongsi langit yang satu sebagai bumbung. 

Tidak, aku tidak boleh lagi bersikap tahi-tahi ayam. Kalau aku cuba sedaya upaya menyelamatkan diri aku daripada lemas dalam hiburan yang overdose ini, aku sudah pasti punya masa yang sangat CUKUP untuk ambil tahu mengenai hal saudara-saudara aku around the globe dan buat sesuatu mengikut kemampuan aku. Kau perlu cuba uswah. Cuba ikut ‘guidelines’ yang kau dah baca tu supaya kau tak termasuk dalam golongan yang hangat-hangat tahi ayam. 

Alhamdulillah, syukur melihat keluarga aku di Malaysia gembira dengan keberadaan aku dihadapan mata mereka. , tetapi aku mintak maaf, aku tidak dapat berasa begitu gembira kerana ‘keluarga’ aku di sana masih ditindas dan dizalimi sedang mereka ingin menuntut keadilan. Teruslah bersabar wahai saudara ku di sana, Allah sudah menjanjikan kemenangan. Sedikit lagi. Kemenangan dunia dan akhirat. InsyaAllah. Moga bertemu di sana~

Rata-rata sahabat aku berkongsi perasaan rindukan tanah Mesir. Aku faham kenapa rasa rindu itu boleh jadi begitu tinggi. Aku harap sangat mereka yang tidak berpeluang lagi menjejak kaki ke tanah Anbiya’ ini turut rasa apa yang kami rasa. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

oleh itu, aku ingin reka satu juga. (ceh. bajet la hang) 

"Walau banyak yang kucuba kongsi, masih tidak sama dengan perasaan di hati, kudoakan kalian dapat mengalaminya sendiri, insyaAllah, satu hari nanti."
_____________

p/s: Alhamdulillah, internet rumah sudah pulih. Baru boleh jenguk blog ni and copy paste coretan yang sedang menari-nari dalam folder documents tu.

Till then. Keep praying. Lets’ make it hard. Spread the love. Sollu ‘alannabi. Istighfar jangan lupa jugak jom. Mungkin doa kita ditangguh sebentar kerana karat dengan maksiat. Astaghfirullahal 'azim. T.T

No comments:

Post a Comment