ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WASAHLAN


~ spread the ♥ ya'll ~

Wednesday, August 14, 2013

Diari Syawal Uswah

Diari Syawal Uswah? ha, ingat Akhi Rafique ja ada Diari Ramadhan. Aku pun ada diari jugak neh ha.. heh? =.=' pathetic uswah.. so pathetic.. ini semua poyoo..~

ok. ini serius. mesti bantu dia.selamatkan uswah. (terlintas suara wonderpets pulak. maaf)
Ehem. Betulkan kedudukan. Tolak spek rapat ke mata.

Bismillahirrahmanirrahim

14 Ogos 2013
5.27 pm

Esok cukup dah seminggu kita raikan Aidilfitri ! Di Malaysia, ada yang sudah mula kembali bekerja selepas cuti beraya. Ada yang masih rancak menziarahi sanak saudara. Yang pasti kanak-kanak masih lagi cuti sekolah, mengira duit raya. Hoho! (tahun ni orang yang bagi duit raya berkurangan tapi hasilnya masih lagi banyak drpd adik2, kelebihan orang dah besaq la katakan, hoho, kuih raya pun x banyak makan, reunion dgn keluarga n sahabat2 pun terasa mcm sekejap sangat, dah rindu depa. tiba-tiba rasa nak balik Mesir yang semangat tapi part membeli barang tu sedikit malas. ceh )

Cop.

Tahu apa yang sedang berlaku kat Mesir sekarang ni? yup, at this very moment. Aku pun terlewat sikit bukak fb, tup tup punya belambak cerita terkini pasal serangan tentera bagi ‘meleraikan’ himpunan rakyat. Semakin brutal tentera serang, semakin ramai yang terkorban, dan dengan itu juga, semakin ramai yang turun memberikan bantuan kepada yang tercedera & terkorban di medan itu.

Rasa nak menangis. Sila-sila.

Rasa nak berdoa. Pastikan tak putus-putus.

Allahu Allah.
Semakin dinasihatkan untuk tangguh tarikh balik ke Mesir, semakin menggunung rasa rindu dan rasa nak balik ke Mesir. Aku tak kira!! T.T (hamboih, degil sungguh aih hang ni)

Teruskan memberi kekuatan kepada mereka Ya Rabb. Aku hanya mampu berhubung dengan mereka melaluiMu, Ya Allah. Bantuan yang aku mampu adalah melaluiMu. Doa, senjata yang tidak bisa dikenakan sekatan. seperti mana mereka di sana, tika tentera memegang senjata , mereka melawan dengan memegang kalimah agung Mu. Kuatkan mereka ya Allah. Bantu lah mereka ya Allah.
______________________

14 Ogos 2013
11.30 pm

Tarik nafas.

Baru balik beraya. Tadi dok raya rumah orang pun , sat-sat intip fb dan twitter, tgk updates terkini. Dan la jugak sentuh sikit dengan depa, mintak sama-sama doakan. Sekarang mood tidur pun dah merajuk. Selak sebentar kalimah agung Dia, Dia kuatkan dengan enam ayat terakhir surah Al Ankabut and first five verses of surah Ar Rum. (jom, sama2 kita selak, terjemahan dia jangan lupa gak) :’)

Nampak? Subhanallah. Yakinlah. Taktala hati sedang serius tak tenang fikirkan mereka, Allah tegur diri ini agar terus yakin. Jangan pernah berhenti berdoa mohon pertolongan pada Maha Memberi Pertolongan. Ternyata, pegangan teguh ikhwah akhawat di Mesir terhadap kalimah suci Allah inilah menyebabkan mereka berani malah semakin kuat menegakkan keadilan sungguhpun sudah hampir mencecah ribuan saudara yang terkorban tidak sampai satu hari. Laknat Allah keatas mereka yang berlaku zalim itu.

“Bila pi Mesir balik, sana tengah kacau teruk kan?”

“insyaAllah, 6 september. Tu la, tentera semakin brutal.”

“Tak payah balik la, sambung belajar kat sini.”

Ohohoi. Macam ditonyoh-tonyoh bawang direct ke mata. Tapi air masih ditanggung awan, berat dah cuma tak turun-turun. Guruh sahaja kedengaran. 

“insyaAllah, semua ok nnti. doa banyak2 untuk depa” *senyum* 

Aku faham mereka juga risau akan keadaan aku sepertimana aku risaukan saudara2 aku disana.

Bila APG dan sahabat-sahabat lain tweet n buat status pasal Malaysia dengan Mesir. Bandingkan kita dengan saudara di sana, tegur kita yang sakan dengan hiburan kat tv, dll sedang saudara Mesir sakan bertarung nyawa demi agama & negara, secara jujur aku tak terasa sangat sebab lately aku tak layan sangat tv. Lebih dok menghadap laptop ni ha. then kata tak cukup sangat masa nak khatam buku2 yang dok memanggil2 kat shelf tu. Ketuk kepala satu baru tau. grr

Tapi bila pi beraya tadi, sempat la jeling tv tu.Waduh, memang kuat tarikan magnet tv tu neh. Menakutkan! Satu rumah bukak cerita cinta. Satu lagi bukak sukan. Balik rumah, adik bukak tv, scan channel, nampak Shah Rukh Khan menari. Huarghhhhhhh.. lari terus masuk bilik. sambung menulis. Kalau stay situ, memang melekat la aku. Hindustan kot. T.T

Nak berhibur tak salah. Cuma biaq yang elok sikit. Cuba uswah. Pelan-pelan.

Tapi buat masa ni terutamanya, aku rasa bersalah sangat kalau aku seronok berhibur sedangkan ikhwah akhawat di Mesir yang aku sedia maklum sedang ditindas dan berhadapan dengan kezaliman tentera sekarang ini.Ya saat ini. Tak tau kenapa, but that’s what I feel right now. Orang kata, kita bukan boleh buat apa. life must go on. Ya, kita perlu teruskan kehidupan. Banyak kerja nak kena buat ni selagi Dia tidak jemput kita. Tapi siapa kata tak boleh buat apa? Tu, Doa kan ada. 

Baca status2 sahabat2, mengupdate pasal keadaan Mesir kat fb n twitter, rasa sedih la jugak tak dapat tengok live updates kat al Jazeera tu. Internet slow, mampu jenguk facebook ja la. Tu pun melalui phone. T.T Eh! Takpa2, just keep praying for them. Doa kan medium penghubung percuma. *lap ayaq mata*

Till then, spread the love and keep praying for Muslims around the GLOBE. just to remind u uswah, your brothers and sisters kat semua negara sekarang ada conflict masing-masing. Don't forget about them too. Love and Dua' are always enough for everybody kan. ^_^

No comments:

Post a Comment