ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WASAHLAN


~ spread the ♥ ya'll ~

Saturday, May 19, 2012


Ya Allah
Kau menjadi saksi petang itu
Antara aku dan si kecil itu
Disebelahnya, ku berdiri
Sambil melihat kanan dan kiri
Bersedia untuk melintas ke seberang jalan
Melihat sahaja jalan sudah lengang
Ku terus menyambung perjalananku
Mengendahkan si kecil itu 
tanpa bertanya kemanakah dia ingin menuju

Hati tetiba rasa tidak enak, 
kenapa ku biarkan dia disana
Kepala kutoleh, mata liar mencarinya
Kelihatan dia dipimpin seorang makcik melintas jalan
berjalan ke arah ku
Terus tersenyum tanda lega

Tiba – tiba, kesedaran mengetuk jiwa
Ya Allah, betapa ignorant nya diri ini
Hati menangis, mata cuba menahan
Astaghfirullah,
Betapa bongkaknya diri ini berjalan
Sedikit pun tidak offer bantuan
Aku hanya hamba di bumi Tuhan
Aku juga ada masanya perlukan bantuan
Mahukah Aku dibiarkan berseorangan

Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku
di'tampar'nya aku di saat itu juga
Mahu aku sedar yang hidup ini sementara
Jangan terlalu leka dan hidup megah
Rasakan hidup hanya aku punya
Tanpa memikirkan mereka di luar sana

Dunia ini cuma sementara
Mungkin sahaja mereka yang susah di sini
Di akhirat sana, tersenyum gembira
Dan mungkin juga aku disini
Terlalu megah dengan kesenangan
Tapi disana tunduk , melutut, menangis mohon diampunkan

Ketika di sana, segala tangisan tidak berguna
Kerana tika itu hanya masa menghisab
Disinilah, di dunia ini lah tempat untuk aku menangis
Menangis sepuas hati
Memohon ampun, menghakis egois
Aku yakin Allah mendengar setiap kata2 aku
Ya Allah, aku mohon ampunMu
Ya Allah, ampuni aku..

p/s : -
pengalaman ini inginku kongsi, 
untuk sama2 cuba koreksi diri, 
tika kita berjalan mahupun berlari, 
sekerap mana kita cuba melihat orang sekeliling, 
jikalau ada yang perlukan bantuan,  
atau kita terus  jalan dengan penuh bangga diri, 
terlalu asyik menjaga perhiasan diri 
kerana inginkan perhatian duniawi
bas,katakan selamat tinggal pada pandangan bias duniawi
jom sama2 kita kejar pandangan adil dan rahmat Illahi
insyaAllah, lebih tenang rasa hati ini..

bas (bhasa Arab Mesir / urdu ) : cukup , sudah

Wallahua'lam..

6.52 pagi
atas meja ungu
dihadapanku laptop
disebelahku buku Biochem

kena sambung balik, bca sikit, ^^ b4 pergi majlis ilmu kat Masjid Azhar, bersama Fadhilatus Syaikh Yusri, bincang Hadith Ummu Maabad dan Hadith Hind Ibn Abi Haalah.. Tak sabaq nak dengar dan mendalami personaliti dan akhlak terpuji dan terindah Rasulullah. Sesungguhnya Rasulullah itu adalah Uswatun Hasanah (contoh yg baik).. 

Jom contohi Rasulullah. Baginda sentiasa ambil berat akan keadaan makhluk sekeliling baginda. ^_^ 




No comments:

Post a Comment