ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WASAHLAN


~ spread the ♥ ya'll ~

Friday, March 25, 2011

SABAR...... maafkan je...

okay, 24 march 2011 . Aku, Haseenah, Amalina n Fatin gi BJ..

Haseenah n Amalina nak beli and tengok2 tudung, baju dan kasut. Boleh dikatakan, hampir setiap kedai baju, kasut ngan tudung yang ada kat dalam BJ mall tu depa masuk. Aku ngan Fatin ikut je la.hehe.

Then, sampai la kat satu kedai baju nih, baju2 kat situ, okay ar, cantik dan menepati ciri2 yang dikehendaki oleh Haseenah. Jurujual dia pun okay gak. Senyum je bila kami masuk. Layan kami pun cam puteri, bawak keluaq habih baju2, nk tunjuk kat kami especially Haseenah la sbb dia yg nak beli. Lepas dah pilih satu baju nih, Haseenah pun try la tawar menawar ngan jurujual tuh. Initially the price was RM50, then lepas Haseenah tnya boleh kurg sikit tak? okay, dia kurangkan sampai RM35... waaah, baik betullllll kan..... Then, Haseenah try nak kurangkn sikit lagi bgi dpt Rm30 (hehehe)... dia kata tak boleh.. aku ngan Amalina pun gitau kat Haseenah kalau kat konvo USM, harga dia murah lagi(well, kenalah berjimat,kan) .. n jenis baju n design dia mmg sejibik dengan bju2 yg ada kat store nih..

Haseenah pun decided x nak beli la,lgipun,dia nak tengok kedai2 baju yang lain dulu...walaupun dipujuk oleh jurujual tu untuk beli baju kat kedai depa, Haseenah still dengan keputusan dia untuk x mau beli baju tuh. Bila kami nak keluar dr kedai tuh, tetiba terkeluar habih ayat nih daripada mulut jurujual yang tadi bukan main mesra lagi...

" Kamu orang ah belajar saja tnggi2, tapi tolol, tak da otak !! " ...

TERKEJUT!!!
sampai tak mampu berkata atau berbuat apa2, just keluar ja dri kedai tuh..smbil kpala semua still dok process apa yang dikatakan oleh jurujual tu..

bila dah lama sikit bru..
kami berempat geram gila ar, sampai terkeluar kata2 kesat dok kutuk jurujual bengkang tu, tapi ckp antara kami ja la.. memang ada rasa cam nak p ja balik kedai tuh.. argggggghhhhhhhhhhh...!!!!

tapi, tadi lepas aku habis solat zohor
aku terdiam..
then, hati aku berbisik ..
ASTAGHFIRULLAHAL AZIM..
all of a sudden, aku teringat peristiwa2 yang menunjukkan kesabaran serta sifat pemaaf Rasulullah s.a.w.. Walaupun dicerca, dihina, dikasari malah pernah juga diracuni oleh orang kafir dan munafik, baginda tetap sabar . Baginda tidak pernah memohon kepada Allah agar mereka itu diturunkan bala. Malah, baginda memaafkan mereka...



Sedangkan Rasulullah, seorang pemimpin,seorang RASUL,telah MEMAAFKAN mereka yang melakukan hampir semua perkara jahat/kejam ke atas baginda.

aku plak, seorang hamba biasa , baru kena kutuk sikit, dah marah tak tentu pasal, balas kutukan itu dengan kata2 kasar. buat macam diri aku nih bagus sangat.haih.

masa tuh,baru aku sedar... ASTAGHFIRULLAH.

Ya Allah yang Maha Pengampun, hamba memohon ampun atas segala apa yang telah hamba lakukan di atas muka bumi ini, ya Allah. Sesunguhnya, hamba adalah hambamu yang kerdil, dan lemah sehinggakan hamba telah membiarkan diri hamba dikuasai oleh amarah dan perasaan benci,ya Allah.Hamba telah terpedaya dengan bisikan syaitan laknatullah.Ya Allah,ampunilah hamba,ya Allah..Ya Allah, berikanlah hamba kekuatan agar hamba tidak mudah tewas dengan godaan dan bisikan syaitan yang membisik perkara2 mungkar dan perasaan2 yang tidak baik.. Ya Sami’un Alim, dengarilah doa hambamu ini Ya Allah. Hanya kepadaMu hamba merintih dan memohon. Amin..



The Prophet said: ‘No one can give a better or more abundant gift than patience.’ (Sahîh Bukhârî, Sahîh Muslim)

The Prophet said: ‘Whoever suffers an injury done to him and forgives (the person responsible) , Allah will raise his status to a higher degree and remove one of his sins.’ (Sunan At-Tirmidhî)

Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” (Hadis riwayat Bukhari).

p/s: dear friends, let us spend some time and read these.. ^_^

No comments:

Post a Comment