Sekiranya dia bukan untukku
Jauhilah dia dari fikiranku
Ku mahu berhenti melakukan 'zina' hati dan fikiran
Hanya Engkau sahaja yang ingin kufikirkan
Ku yakin masanya akan tiba
Kerana Engkau telah menetapkan segalanya
Tidakku mahu tertipu dengan godaan
yang mampu membawaku ke lembah kehinaan
kerana sabar itu separuh daripada iman
Akanku cuba mengawal keinginanku
dan sentiasa berpegang pada janjiMu
bahawa "perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik"
dan begitu juga sebaliknya
kuserahkan sahaja hal ini kepadaMu
sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana
kupasti pertemuan dengan si dia akan lebih bermakna
.......
No comments:
Post a Comment