ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WASAHLAN


~ spread the ♥ ya'll ~

Sunday, September 8, 2013

~Traveller's love letter~

Bismillahirrahmanirrahim

Dear Misr,
Before we met, people told me to expect the worst
I have to admit that you are physically not so well dressed
Yet , there is something about you that makes my heart melt
On our first meeting, you had taught me the beauty of patience
And everyday , there will always be something new as a lesson
Most of my daily routines you have witnessed
Your family members are definitely full of kindness
Their moderate lifestyles show gratefulness
Their prayers for my success here and hereafter are endless
Their friendly and warm greetings make me feel welcomed
Truly, I always feel like I am at home
I guess I've found, my second home
Hopefully, one day my family will get to see you
Make a lovely bonding with your family members too
Because you are special for me as I am to you
With that, I end this with an infinite word of Thank You.
Bi iznillah, soon, I will meet you.

Love, 
The Traveller~
___________________________________
Alhamdulillah, tarikh mula sesi pengajian 13/14 dah diputuskan. insyaAllah, 19 Oktober 2013.
Sahabat-sahabatku bakal menduduki peperiksaan ulangan minggu hadapan. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama mereka. Permudahkan urusan mereka, lancarkan penulisan mereka, ilhamkan jawapan mereka, tenangkan hati mereka, kuatkan semangat mereka. Mereka tidak gusar, kerana mereka sentiasa punya Allah kan.. Sambutlah dengan Bismillah, Serahkan dengan Alhamdulillah :)

Manfaatkan bonus sebulan ini cik.

Till then, 
spread the love and prayers for people all over the world. 

Wednesday, August 21, 2013

Nama-nama itu~


16/8/13

Pukul 6.30 pagi, penjelajahan mimpi tidak dapat aku teruskan. Dengan keadaan Mesir sehingga saat ini, sememangnya membuatkan aku tidak nyenyak tidur. 

Aku buka facebook untuk mengetahui keadaan semasa negara keduaku itu. Scroll down news feed, nampak satu pos daripada Dr Heba Omar, lecturer chemistry di Kasr El Ayni waktu aku first year. Pos itu mengenai nama- nama para demonstran yang syahid.Hati dan mata aku sangat terpanggil untuk membaca satu persatu nama mereka sungguhpun aku tidak mengenali mereka. Antara nama yang tertera ialah, “Mustoffa, Yaser, Tarek,Jumuah, Sharif”.

Apabila mata aku melihat nama-nama ini, hati aku jadi sebak walaupun hakikatnya aku tidak tahu siapa mereka ini. Tetapi di ingatanku terpampang wajah pak cik kat kedai mustoffa. (aku pggil dia syeikh) Dan aku yakin ramai pelajar Malaysia terutamanya yang tinggal di kawasan sekitar sayeeda zainab dan abou risy sangat mengenali beliau. 

Setiap kali aku pergi kedai beliau, beliau akan tanya khabar, tanya khabar negara Malaysia(nampak dak keprihatinan dia di situ? malu kan kita kalau masih tidak ambil peduli hal mereka?!  T.T ), tanya khabar pelajaran aku dan sebagainya. Kadang kami sembang macam kawan lama. Dan aku tidak menyesal memberitahunya namaku. Setiap kali aku masuk ke kedai, dia akan sapa aku dengan memanggil namaku, "Ya Uswah", kadang Hasanah, kadang Uswatul Hasanah. Beliau tau saja aku akan beli sekotak bonjorno hot chocolate..

Antara perbualan kami yang masih segar di ingatan adalah sehari selepas Presiden Mesir, Dr Mursi digulingkan. Sungguh ringkas, tidak seperti hari biasa.

Aku masuk ke kedai, senyap dan hanya mampu senyum. (senyuman kelat barangkali) Dan aku juga tahu syeikh sedih dengan penggulingan itu namun seperti yang dinasihatkan, pelajar diminta agar lebih berhati-hati dan elak bercakap mengenai isu ini di khalayak ramai. Ketika urusan pembayaran bonjorno hot chocolate aku itu, Aku tidak punya duit pecah lalu aku berkata , “Asifah, ma fish fakkah (maaf, takdak duit pecah)”, lalu syeikh jawab, “Ma fish mursi (takdak mursi)” sambil tersenyum kelat dan memberi aku wang baki lalu pergi ke arah peti sejuk untuk sambung kerja menyusun kotak. Aku yang tidak mampu cakap panjang (antara sebabnya adalah kurang vocab Arab T.T) hanya mampu membalas, “Hasbunallahu wani’mal wakeel”.  Dia menyambut kalimah itu dengan “Na’am (ya)” dan senyuman.  Tapi kali ini senyumannya bukan lagi senyuman kelat. Kemudian, dia terus menerus menyebut kalimah itu sambil menyusun kotak-kotak.  Aku minta maaf syeikh.  Tak mampu menolong. Sungguh Allah lah penolong kalian. Akanku terus berdoa kepadaNya. Takkan pernah berhenti. insyaAllah. T.T

Sungguh. Beliau ialah antara ahli keluarga Mesir ku yang Allah hantarkan untuk menceriakan aku saat aku penat berjalan pulang dari kelas. Terima kasih Allah

*lap ayaq mata*

Ada juga nama Jumuah di senarai syahid itu. Barangkali aku tidak mengenalinya, dan mungkin sahaja aku turut mengenalinya. Di Mesir, terdapat seorang pak cik yang selalu akan kami hubungi sekiranya punya masalah paip, lampu dan sebagainya. Kami memanggilnya Ammu Jumuah ( baca: Gumuah). Beliau sangat sangat baik. Sangat lembut, sopan, cermat dan amanah dalam tanggungjawabnya. Beliau juga sangat menghormati kami sebagai akhawat. Senyuman tidak pernah lekang.

Yaser, Tarek dan Sharif , sama seperti Mustoffa dan Jumuah, adalah nama yang biasa dalam masyarakat Arab.  Namun apabila mata aku membaca nama-nama ini, aku teringat para pensyarahku yang Allah berikan nikmat ilmu itu. Sedikit sebanyak, mereka antara  yang menambahkan cinta aku kepada ilmu sains dan perubatan terutamanya anatomy. Bagaimana mereka menyampaikan ilmu-ilmu itu dengan mengaitkannya kepada sang Pencipta, mengingatkan aku akan nilai seorang hamba serta menambah kagum, syukur dengan kebesaran yang Maha Esa.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

perasaan aku bercampur baur. Sebahagiannya berasa bahagia kerana sekiranya benar nama-nama itu adalah insan yang aku kenal, ini bermakna aku pernah bertentang mata dan berbual bersama ahli syuhada'. Allahu Allah. Dan meskipun nama-nama itu tidak aku kenali, aku turut gembira untuk mereka kerana sudah menemui pengakhiran mereka untuk berjumpa Dia dengan merebut gelaran syahid. Biar siapa pun mereka, sama ada aku kenal atau tidak, moga kematian mereka ini diterima Allah sebagai mati syahid. Mati yang hidup.

Dan sudah semestinya, turut terdetik rasa pilu, sedih melihat gambar-gambar situasi di sana. Bukan sahaja pemuda pemudi, malah orang tua dan kanak-kanak, tidak terkecuali menjadi sasaran tembakan, mati akibat sesak nafas dan sebagainya. Moga mereka ditempatkan bersama para syuhada’ yang lain.

Sebahagian diriku berasa syukur kerana berada di Malaysia. Bukan kerana aku sudah pasti selamat kerana mati boleh berlaku berlaku bila-bila, di mana-mana kan. TIDAK, bukan kerana itu tapi kerana Allah bagi aku peluang ini untuk berada di sisi keluargaku. Sedikit sebanyak, mereka tidak perlu risau memikirkan keadaan keselamatanku dan boleh terus fokus dengan kerja mereka, sekali gus aku juga berpeluang menjelaskan situasi Mesir kepada mereka agar mereka tidak mengambil bulat-bulat sesetengah berita di tv Malaysia yang sangat menyedihkan dan hanya menampakkan ‘keganasan’  para demonstran yang ingin menuntut keadilan itu. Menceritakan kepada mereka menerusi alam maya kadang-kadang tidak meyakinkan mereka , namun apabila aku menunjukkan perbezaan berita yang dilaporkan di tv dengan  video-video serta berita daripada sumber lain, Alhamdulillah wa insyaAllah, mereka perlahan-lahan sudah mula faham.Adik-adik aku juga sudah mula cakna akan peristiwa ini termasuklah yang umur 9 tahun itu. Dia juga tidak putus-putus doa untuk ‘adik-adik’ dia di sana. Moga kita terus istiqamah berdoa untk mereka, adikku.

Selit sat scene antara aku dan cik adik kecik, Anas.(May Allah bless u bro)

Aku : Anas, kak us nak turun bawah tengok berita pasal adik beradik kak us.
Anas : bukan adik beradik kak us ja. Adik beradik kita. 
Aku : Anas tau ka kak us cakap pasai sapa?
Anas : Tau la, orang mesir kan. Jom.

Sebahagian diriku sangatlah rindu akan Mesir dan ingin sekali berada bersama kalian di sana. Namun itu diluar kemampuanku. Aku juga tidak mampu untuk bersama-sama turun dalam himpunan solidariti yang dianjurkan pimpinan atas faktor pengangkutan. Anas pun ada bagi "surat cinta" kepada tok imam, permintaan untuk membaca qunut nazilah dalam solat fardhu, namun nampaknya setakat ini, ianya tidak berjalan lagi. Wallahu'alam kenapa. Aku mintak maaf, tidak banyak yang aku mampu buat untuk membantu kalian. Apa yang aku mampu sekarang adalah menterjemahkan perasaan ini kepada doa dan sampaikan kepada mereka di sini mengenai kalian. Dan aku yakin, aku perlu yakin bahawa doa inilah senjata tajam yang mampu aku berikan untuk kalian, saudara seaqidahku. Mohon maaf sekali lagi.

Apabila berlaku di negara keduaku perkara ini, lagi terasa rasa bersalah aku kerana kadang terlupa akan saudara kita yang masih dan sedang ditindas di Palestine, Syria Burma, Bangladesh, Pakistan, Iraq, Rusia, Amerika dan seluruh dunia. Asyik sangat dengan hiburan. Terlebih dos.Huargh. Ya aku kadang tertipu dan leka dengan hiburan yang disajikan. Buang tenaga dan masa melahirkan perasaan sedih dengan konflik cerita2 rekaan manusia ini sedangkan punya cerita realiti yang memerlukan tenaga dan masa kita untuk rasa empati dan bertanggungjawab sebagai manusia yang berkongsi langit yang satu sebagai bumbung. 

Tidak, aku tidak boleh lagi bersikap tahi-tahi ayam. Kalau aku cuba sedaya upaya menyelamatkan diri aku daripada lemas dalam hiburan yang overdose ini, aku sudah pasti punya masa yang sangat CUKUP untuk ambil tahu mengenai hal saudara-saudara aku around the globe dan buat sesuatu mengikut kemampuan aku. Kau perlu cuba uswah. Cuba ikut ‘guidelines’ yang kau dah baca tu supaya kau tak termasuk dalam golongan yang hangat-hangat tahi ayam. 

Alhamdulillah, syukur melihat keluarga aku di Malaysia gembira dengan keberadaan aku dihadapan mata mereka. , tetapi aku mintak maaf, aku tidak dapat berasa begitu gembira kerana ‘keluarga’ aku di sana masih ditindas dan dizalimi sedang mereka ingin menuntut keadilan. Teruslah bersabar wahai saudara ku di sana, Allah sudah menjanjikan kemenangan. Sedikit lagi. Kemenangan dunia dan akhirat. InsyaAllah. Moga bertemu di sana~

Rata-rata sahabat aku berkongsi perasaan rindukan tanah Mesir. Aku faham kenapa rasa rindu itu boleh jadi begitu tinggi. Aku harap sangat mereka yang tidak berpeluang lagi menjejak kaki ke tanah Anbiya’ ini turut rasa apa yang kami rasa. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

oleh itu, aku ingin reka satu juga. (ceh. bajet la hang) 

"Walau banyak yang kucuba kongsi, masih tidak sama dengan perasaan di hati, kudoakan kalian dapat mengalaminya sendiri, insyaAllah, satu hari nanti."
_____________

p/s: Alhamdulillah, internet rumah sudah pulih. Baru boleh jenguk blog ni and copy paste coretan yang sedang menari-nari dalam folder documents tu.

Till then. Keep praying. Lets’ make it hard. Spread the love. Sollu ‘alannabi. Istighfar jangan lupa jugak jom. Mungkin doa kita ditangguh sebentar kerana karat dengan maksiat. Astaghfirullahal 'azim. T.T

Wednesday, August 14, 2013

Diari Syawal Uswah

Diari Syawal Uswah? ha, ingat Akhi Rafique ja ada Diari Ramadhan. Aku pun ada diari jugak neh ha.. heh? =.=' pathetic uswah.. so pathetic.. ini semua poyoo..~

ok. ini serius. mesti bantu dia.selamatkan uswah. (terlintas suara wonderpets pulak. maaf)
Ehem. Betulkan kedudukan. Tolak spek rapat ke mata.

Bismillahirrahmanirrahim

14 Ogos 2013
5.27 pm

Esok cukup dah seminggu kita raikan Aidilfitri ! Di Malaysia, ada yang sudah mula kembali bekerja selepas cuti beraya. Ada yang masih rancak menziarahi sanak saudara. Yang pasti kanak-kanak masih lagi cuti sekolah, mengira duit raya. Hoho! (tahun ni orang yang bagi duit raya berkurangan tapi hasilnya masih lagi banyak drpd adik2, kelebihan orang dah besaq la katakan, hoho, kuih raya pun x banyak makan, reunion dgn keluarga n sahabat2 pun terasa mcm sekejap sangat, dah rindu depa. tiba-tiba rasa nak balik Mesir yang semangat tapi part membeli barang tu sedikit malas. ceh )

Cop.

Tahu apa yang sedang berlaku kat Mesir sekarang ni? yup, at this very moment. Aku pun terlewat sikit bukak fb, tup tup punya belambak cerita terkini pasal serangan tentera bagi ‘meleraikan’ himpunan rakyat. Semakin brutal tentera serang, semakin ramai yang terkorban, dan dengan itu juga, semakin ramai yang turun memberikan bantuan kepada yang tercedera & terkorban di medan itu.

Rasa nak menangis. Sila-sila.

Rasa nak berdoa. Pastikan tak putus-putus.

Allahu Allah.
Semakin dinasihatkan untuk tangguh tarikh balik ke Mesir, semakin menggunung rasa rindu dan rasa nak balik ke Mesir. Aku tak kira!! T.T (hamboih, degil sungguh aih hang ni)

Teruskan memberi kekuatan kepada mereka Ya Rabb. Aku hanya mampu berhubung dengan mereka melaluiMu, Ya Allah. Bantuan yang aku mampu adalah melaluiMu. Doa, senjata yang tidak bisa dikenakan sekatan. seperti mana mereka di sana, tika tentera memegang senjata , mereka melawan dengan memegang kalimah agung Mu. Kuatkan mereka ya Allah. Bantu lah mereka ya Allah.
______________________

14 Ogos 2013
11.30 pm

Tarik nafas.

Baru balik beraya. Tadi dok raya rumah orang pun , sat-sat intip fb dan twitter, tgk updates terkini. Dan la jugak sentuh sikit dengan depa, mintak sama-sama doakan. Sekarang mood tidur pun dah merajuk. Selak sebentar kalimah agung Dia, Dia kuatkan dengan enam ayat terakhir surah Al Ankabut and first five verses of surah Ar Rum. (jom, sama2 kita selak, terjemahan dia jangan lupa gak) :’)

Nampak? Subhanallah. Yakinlah. Taktala hati sedang serius tak tenang fikirkan mereka, Allah tegur diri ini agar terus yakin. Jangan pernah berhenti berdoa mohon pertolongan pada Maha Memberi Pertolongan. Ternyata, pegangan teguh ikhwah akhawat di Mesir terhadap kalimah suci Allah inilah menyebabkan mereka berani malah semakin kuat menegakkan keadilan sungguhpun sudah hampir mencecah ribuan saudara yang terkorban tidak sampai satu hari. Laknat Allah keatas mereka yang berlaku zalim itu.

“Bila pi Mesir balik, sana tengah kacau teruk kan?”

“insyaAllah, 6 september. Tu la, tentera semakin brutal.”

“Tak payah balik la, sambung belajar kat sini.”

Ohohoi. Macam ditonyoh-tonyoh bawang direct ke mata. Tapi air masih ditanggung awan, berat dah cuma tak turun-turun. Guruh sahaja kedengaran. 

“insyaAllah, semua ok nnti. doa banyak2 untuk depa” *senyum* 

Aku faham mereka juga risau akan keadaan aku sepertimana aku risaukan saudara2 aku disana.

Bila APG dan sahabat-sahabat lain tweet n buat status pasal Malaysia dengan Mesir. Bandingkan kita dengan saudara di sana, tegur kita yang sakan dengan hiburan kat tv, dll sedang saudara Mesir sakan bertarung nyawa demi agama & negara, secara jujur aku tak terasa sangat sebab lately aku tak layan sangat tv. Lebih dok menghadap laptop ni ha. then kata tak cukup sangat masa nak khatam buku2 yang dok memanggil2 kat shelf tu. Ketuk kepala satu baru tau. grr

Tapi bila pi beraya tadi, sempat la jeling tv tu.Waduh, memang kuat tarikan magnet tv tu neh. Menakutkan! Satu rumah bukak cerita cinta. Satu lagi bukak sukan. Balik rumah, adik bukak tv, scan channel, nampak Shah Rukh Khan menari. Huarghhhhhhh.. lari terus masuk bilik. sambung menulis. Kalau stay situ, memang melekat la aku. Hindustan kot. T.T

Nak berhibur tak salah. Cuma biaq yang elok sikit. Cuba uswah. Pelan-pelan.

Tapi buat masa ni terutamanya, aku rasa bersalah sangat kalau aku seronok berhibur sedangkan ikhwah akhawat di Mesir yang aku sedia maklum sedang ditindas dan berhadapan dengan kezaliman tentera sekarang ini.Ya saat ini. Tak tau kenapa, but that’s what I feel right now. Orang kata, kita bukan boleh buat apa. life must go on. Ya, kita perlu teruskan kehidupan. Banyak kerja nak kena buat ni selagi Dia tidak jemput kita. Tapi siapa kata tak boleh buat apa? Tu, Doa kan ada. 

Baca status2 sahabat2, mengupdate pasal keadaan Mesir kat fb n twitter, rasa sedih la jugak tak dapat tengok live updates kat al Jazeera tu. Internet slow, mampu jenguk facebook ja la. Tu pun melalui phone. T.T Eh! Takpa2, just keep praying for them. Doa kan medium penghubung percuma. *lap ayaq mata*

Till then, spread the love and keep praying for Muslims around the GLOBE. just to remind u uswah, your brothers and sisters kat semua negara sekarang ada conflict masing-masing. Don't forget about them too. Love and Dua' are always enough for everybody kan. ^_^

Wednesday, August 7, 2013

Anugerah Syawal Seindah Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim

Pejam celik pejam celik. Aik. Dah Syawal?  Terkejut?! *gosok mata*

Uwaaaaa~ lari keliling rumahhhhhhhhhhhhh… (tsk tsk tsk dramatic =.=’)

Ok. Mungkin tak setragis itu. *lap spek mata*

Ya, aku sedikit terkejut sebab rasa macam sekejap sangat. SERIES!

See, how time flies? Very fast meh.  Rugi. Rugi sangat kalau kita tak berjaya menggunakan masa dengan sebaiknya. Especially masa yang aku maksudkan la ni, which is RAMADHAN.

Flashback aktiviti setiap hari kita waktu bulan Ramadhan. Produktif , kurang produktif, istiqamah atau semput di pertengahan. Sama-sama kita muhasabah. T.T

Allahumma balighna Ramadhan.
______________________________________
Bila scroll fb tengok ucapan raya semua. Allahu Allah. RAYA SUDAAAAAA. Alhamdulillah di panjangkan umur jumpa Ramadhan sampai ke akhirnya. Kini Syawal menjelma. Saudara dan sahabat2 sudah di bayangan. Boleh aku kata ini Bulan Ukhuwah!? Hehehe. Sila-sila. Tiada yang menghalang.

First thing that crossed my mind was our brothers and sisters in Egypt.

Allahummansur islam wal muslimin fi misr wa fi kulli makan.

Ya Allah, I seek help from you to protect Islam and the muslims in Egypt and around the world.

Dr Morsi digulingkan pada awal bulan Julai. Sekarang dah masuk minggu kedua bulan ogos.Kiranya lebih sebulan ikhwah akhawat Mesir berkumpul .Terus kuat, malah semakin kuat.Sebulan itu bukan calang-calang bulan.Bulan itu Ramadhan, bulan yang mulia. 1 bulan, 30 hari, 720 jam, 4320 minit. Di bawah panas terik dan langit malam. Puasa pada paginya, tarawih pada malamnya. Azan dan doa sentiasa bergema. Berjemaah mereka solat dan berdoa memohon pertolonganNya. Hasbunallahu wani3 mal wakil, mereka pegang sungguh sungguh. Setiap hari jumaat, diberikan tema perkumpulan. Mereka tahu matlamat dan tujuan mereka. Tegas menyatakan pendirian mereka. Biarpun ramai yang sudah terkorban. Dunia nampak kezaliman yang bertopengkan ketenteraan kononnya menjaga keselamatan. 


Alhamdulillah, ada yang lantang serta tegas menyatakan ketidaksokongan mereka terhadap penggulingan tersebut. Namun ada yang berdiam. Setuju atau tidak. Wallahu'alam.

Jangan kata kau tak mampu buat apa. Kerana kau ada Allah tempat pergantungan. Doalah untuk Islam dan mereka.

Jangan kata kau tak perlu nak tahu. Kerana kau dah duduk di sana hampir dua tahun. Bumi itulah membantu kau mengubah cara melihat dunia. Bumi itulah yang telah menghasilkan para doktor dan ulama’ yang kini berkhidmat di Malaysia. Bumi itulah ditempatkan saudara seagama. Apakah kau tiada kena mengena dengan mereka? Tanya hati dalam-dalam. Dia tahu jawapannya. Tidak boleh lari dari berkata “YES. I NEED TO CARE”

Yakinlah. Kemenangan buat mereka yang bersama kebenaran.
Ramadhan sudah melabuhkan tirai.
Memberi laluan kepada 1 Syawal
Mereka di Mesir juga tidak ketinggalan
Sungguhpun kemenangan fizikal belum jelas kelihatan
Namun keyakinan teguh pada Allah yang menjanjikan kemenangan
Sumber kekuatan mereka untuk meneruskan perjuangan
Ya Allah, kuatkanlah mereka.

Selitkan doa untuk seluruh umat Islam di muka bumi ini jom. Semua ada ujiannya yang tersendiri. Tanda cinta Dia pada hambaNya. Ingin mendengar rintihan hambaNya. Moga ujian ini mendekatkan kita kepadaNya.

Moga Allah terima amalan kita.
______________________________________________________

HAI, BULAN UKHUWAH. (bersalaman. sambil peluk Ramadhan kuat-kuat dan berkata “Until we meet again! insyaAllah. Love you”)   :’) 

Syawal jeles. Oh, jangan risau. Ku terima anugerah Syawal ini seindah Ramadhan– Lagu bunkface ni walau secotek ja lirik dia, tapi part yang diulang-ulang ni actually buat aku berfikir sejenak. Deep sebenarnya. 

Bagaimana kita raikan Ramadhan, begitu jugalah kita raikan Syawal. Moga terus istiqamah wahai diri~

SELAMAT HARI RAYA. MOHON DIMAAFKAN SEGALA SALAH SILAP SEPANJANG PENGENALAN. TERLEBIH MAHUPUN TERKURANG AJAR SEPANJANG PENULISAN.

AMPUNI DAKU WAHAI CALON SYURGA. Yes. Awaklah tueee.. jom lari ke arahNya~~~~

Jom Jaga diri. Jaga hati. Jaga Iman. Jaga Makan. Jaga Ikhtilat. Jauhi mengumpat.
Till then. Spread the love and dua’. Sollu 'ala nabi.

Sunday, August 4, 2013

It's all in your head!

Bismillahirrahmanirrahim.

Mesir. Negara keduaku. Yang kini ramai ikhwah akhawatnya sedang berkumpul. Tanpa berputus asa sungguhpun sedang berpuasa. Pagi petang siang malam. Berjemaah mereka solat dan berdoa. Sungguh Ramadhan kali ini mereka gunakan sebaiknya sebagai madrasah tarbiyah.

Balik Malaysia kali ini. Sedikit lain. Sedikit sensitif. Topi Merah? Eh! Apabila ada yang berkata kurang enak mengenai orang Arab, aku tiba-tiba rasa panas. Ada sahaja jawapan untuk kubalas. Sedih mendengar anggapan mereka mengenai orang Arab.

“Yang park(apa dalam bahasa melayu ek?) kereta tanpa mematuhi peraturan. Tidakkah menyusahkan orang lain?”
“Tak hormat orang lain. Tidak memberi laluan untuk orang lain memberi pendapat. Rasa dominan yang menebal”
“Tidak tepati dress code yang digarisi oleh pihak universiti”
“Kurang menjaga kebersihan”

Aku sedih. Memang sedih.Tapi aku tidak boleh salahkan mereka. Kenapa? Kerana mereka berkata melalui penilaian kaca mata mereka. Mereka menilai warga Arab yang berada di Malaysia. Mungkin ada benarnya. Aku juga sempat mengenali warga Arab untuk dua tahun setakat ini.  Ya. Peraturan. Pergaduhan. Kebersihan. Merupakan antara ujian buat mereka. Dan sedikit sebanyak, inilah yang kerajaan dibawah pimpinan Dr Mohammad Mursi berusaha untuk perbaiki. Ke arah satu perubahan. Namun, baru setahun beliau memimpin, beliau ditentang dan digulingkan oleh golongan yang menyokong kebatilan. Lalu bermulalah permainan kotor mereka untuk memastikan perubahan itu terkubur. Namun, ikhwah dan akhawat yang berkumpul di medan Rabaah dan seluruh Mesir itu, tidak akan pernah berundur. Kerana bagi mereka beroleh kejayaan atau mati syahid.

Hasbunallahu wani’mal wakeel.
*tarik nafas* Berehat sebentar bersama qunut nazilah jom.

Aku tidak menafikan kata-kata yang dilontarkan orang sekeliling.
Tapi, aku tetap sayang mereka. Kenapa? Sebab aku juga menilai mereka.Malah, aku diberi peluang untuk menjadi perantau dan menilai mereka di tempat di mana mereka adalah majoriti. Di mana aku diberi peluang untuk melihat yang baik juga yang kurang baik. 

Tiap kali aku mendengar ‘kutukan’ orang sekeliling mengenai warga Arab, hati aku sering kali berbisik
“Ya Allah, ingin sekali aku ceritakan segala pertolongan dan pengalaman aku bersama warga Arab yang sangat sangat sangat baik. Yang telah berjaya memikat hati aku untuk terus jatuh cinta pada mereka.” 

Mengenai Pak Cik Mustoffa dan pekerjanya, Mak cik Redha yang menyambut kami dengan senyuman setiap kali ingin melalui terowong untuk ke kelas), Pak Cik comel yang sentiasa melambai ketika kami melalui jambatan kasr el ayni, Doktor Dukturah yang sangat penyayang, Ustazah Gehad yang banyak memberi motivasi dan semangat kepada kami “Jihad ya banat”, Jiran-jiran yang pemurah, ammu tremco dan teksi yang peramah,  dan banyak lagi untuk disebut satu-satu.

Ya.Aku akui ada juga pengalaman pahit. Namun Allah sertakan bersamanya kemanisan yang sejuta. Dimana apabila ada yang menganiayai, akan ada juga yang akan membela kami. Di situ kami melihat dan terus jatuh hati. Lantas melupakan mereka yang menganiyai tadi. Dari sakit hati terus suka hati.

*flashback memori Ramadhan bersama seorang sahabat yang tertinggal telefon bimbit di dalam teksi. Ujian untuk mendapatkannya semula. Serta keindahan pertolongan si pemuda gagah itu yang akhirnya menjadikan perjalanan kaki kami yang bermula dari Saad Zaghloul ke Abou Risy itu, dihiasi senyuman. Cantik sungguh susunan Dia.*

Melalui peristiwa itu, aku mula hayati dan nampak apa yang dimaksudkan bila kata kita punya pilihan. Allah tunjukkan kita yang jahat. Dia tidak lupa juga untuk sajikan kita dengan yang baik. Agar kita menilai yang mana yang membantu kita dalam menjalani kehidupan. Sememangnya kedua-dua ini membantu. Yang jahat mengajar kita menjadi lebih waspada. Yang baik mengajar kita untuk bersyukur dan saling berdoa.

Tapi kali ini aku ingin lihat dalam konteks positiviti kita dalam menilai seseorang. Setelah melihat buruk dan baiknya seseorang itu, kenapa kita pilih untuk fokus kepada keburukan dia sehinggakan luntur kasih dan sayang kita padanya? Manakala kecantikan dan kebaikannya kita tidak hiraukan sedangkan inilah simpulan tali yang menyatu erat hati-hati kita. Cuba pandang seseorang itu dengan pandangan kasih dan sayang. Ukhuwah dan iman.

Memandang negatif terhadap orang lain (su’u zhon) ini sangat memenatkan tahu. Kasihanilah hati itu. Usah dikritikalkan lagi. Ubatilah ia dengan bersangka baik ( husnu zhon).

Apa yang berada di hati dan minda, perbuatan akan menterjemahkannya. Kalau kita berfikiran dan beranggapan positif, maka positiflah perbuatan kita, akhirnya respons yang diberikan juga akan positif. Dan begitu juga sebaliknya. Jadi, yang mana yang diinginkan? Sudah pasti sahaja yang menguntungkan bukan? Jadi. POSITIFLAH WAHAI DIRI. Kita juga ingin Allah pandang kita dengan pandangan kasih sayang bukan? Segala keburukan tidak dimasukkan kedalam akaun amalan kita. Walaupun ada, tidak dizahirkan malah ditutup aib kita. Alhamdulillah. Sedarlah juga betapa kerdilnya kita yang cuma hamba.
Jadi, bersikap positif, bersangka baik dan berkasih sayanglah antara satu sama lain.

“Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.” Satu perumpaan Melayu. Mungkin ada benarnya dalam beberapa situasi. Namun dalam sudut memerhati dan menilai, jauhilah dari skeptikal dan general. Kerana yang membezakan manusia di akhirat nanti adalah mereka yang ahli syurga atau ahli neraka berdasarkan amalan kita dan rahmat Allah SWT. Tiada unsur bangsa. Tiada unsur kuasa. Tiada unsur keturunan dan sebagainya.

Mula-mula balik Malaysia kali ini. Aku jadi sedikit skeptikal dengan rakyat Malaysia.(hang pun rakyat msia jugak naa, so jgn dok buat benda2 lagu tu naa~)

Yang kedekut dengan senyuman. Yang kurang peramah. Masing-masing dengan hal masing-masing. Banyak merungut. Tahu bergosip dan menjadi cannibal tanpa sedar. Cukup payah nak rapatkan saf. Aurat dipandang sebelah mata. Ikhtilat tidak syar’ie seperti perkara biasa. Ramadhan tak sampai seminggu, lagu raya dah dipasang. Dan sebagainya. (hang memang saja cari pasai la cik kak oi)

Astaghfirullah. Cukup senang aku men’generalize’ kan perkara  tersebut hanya kerana beberapa situasi yang telah aku alami sejak balik kali ini. Bila rasa pedih dengar orang kutuk warga Arab baru nak sedar aku pun sebenarnya sudah mula bertindak menghukum rakyat Malaysia. ( ohohoi, gaya cam nak kena tukar warganegara ja ni. oh tidak. Tidak. Maafkan saya.)

Mohon kembalilah ke jalan yang benar wahai diri. Cuba latih diri untuk TIDAK SKEPTIKAL atau MEMBUAT GENERALIZATION secara membabi buta. Buruk tahu! Apatahlagi MENGHUKUM. Itu bukan kerja kau.

Apa yang penting. Yang mana yang kita nampak kurang enak, kita cuba tegur jika mampu. Jika tidak mampu, doalah agar mereka berjaya melepasi ujian ini. itu yang paling kecil kita kena buat. Itu kita mampu. Tiada alasan untuk berdiam diri.

Aku terkesan dengan situasi ini. Apabila aku, Haseenah, Farhana dan Amalina melalui sepanjang kawasan tepi pantai di hadapan Queensbay Mall untuk pulang ke rumah, kami melihat ramai pasangan berdua-duaan di dalam gelap. Sudah kahwin atau belum? Wallahu’alam. Yang menariknya, instead of kutuk depa, semua senyap. Then, satu suara pecahkan suasana. “Tu ujian depa.” Kemudian seorang lagi sambung, “Yes. and ours might be different this time, but this is a test for them”. Then, diakhiri dengan “Kita doa lah depa berjaya ”.

Tersenyum mengawal stereng melihat sahabat-sahabat membesar dewasa. No more xoxo GG I guess. Hihi. Alhamdulillah. All praises only to Allah for everything.

So, Conclusion? Nevermind, I leave this with a question mark and let's define it ourselves ;) frust membaca punya berjela, last-last x dak conclusion?! *muka merah, telinga keluaq asap*

p/s: Sambil membaca, sama-sama kutip hikmahnya. Just like our life. It's a journey which every second, there's a lesson from it. huhu. Alasan diterima? gagaga


Till then.
Spread the love and dua’s for Muslims around the globe. Oh, Doa rabithah jangan lupa jugak yok. Sweet you know. ;)



Saturday, July 20, 2013

Observations behind this rectangle spectacle~

Bismillah.

I was assigned to go to cik abang Kacamata's school to take his report book yesterday. The fact that I just arrived home couple of days ago, I was quite clueless of what to ask or say during the meeting actually.

So I asked my parents.

First, I asked my dad.
"What should i ask his teacher?"
Without much reply, he handed me a book titled "Think on you feet'
ooo. SNAP,  didn't see that one's coming but I truly appreciate that. Like seriously. Love his style. that deep action-without-word thingy~

Then, I asked my mom the same question.
There you go, she pointed some things for me to ask the teacher. There're about probably 3 to 5 points.
Hah, i should see that one's coming though.. hohoho. mom being a mom, that shows how caring she is. Luv her.

The moral of the story is.
Men teach one to think of ideas. Women help to specify the ideas. And they just... well, complete each other.

Indeed, men too have the ability to specify ideas and women are able to create ideas, but usually, that comes second after a bit of consciousness maybe... hehehe..*run for ur lives.. huahahaha*

At the end of the day. It turned out that Abuya did planned to go along in the first place, without me knowing it, well, at least,not until Abuya told me that he's taking a half day leave . Basically Abuya did all the talking. As for me, I was just observing. Wallahi, it was not just a plain observation.

There, i saw a courage man.
A man who barely gave me any ideas this morning
A man who seemed not to care much compared to mom
was so determined to ask the teacher regarding his son's academic T,T
There, i saw a caring face behind that thick spectacle
There, i observed a dad who wants his son to excel in his life
There, i observed a dad who's truly concerned about his son's works.


Then, again I learned
that, men care much. it's just that they don't show it all the time. but they do care. a lot actually. They had a lot in their minds. They don't talk much, as they think more.

Our Beloved Rasulullah SAW is the best example of course. Just a nice, simple,short, meaningful words coming from the mouth, but there were so much going on, in the prophet's mind. Day and night, never stop thinking of his ummah. Yet, a soothing smile never fade from his face. Allahu Allah. Miss him? Let's sollu 'alannabi. ^-^

"I may look passive and less responsive, but only Allah knows how I spent my days and nights thinking about the works and solutions." - quoted . I know you worked hard throughout the journey. You just don't show. You kept it underground. May Allah bless u my friend.  :)

I did read John Gray's, but i read it from a point of mars at that time, because my concern was to 'handle' my mom. kihkihkih. Alhamdulillah, it works.. :)

Guess i need to read it again from a view of venus to really understand mars?????? well, don't think so. Observations work more this time.. hehehe.. malas nak baca la tu =.=' ( tengah buat harta sat, buku adik, Irkam Ma'ani:Bahtera Menuju Syurga - Hilal Asyraf . hehe. NICE. for those who haven't read it, spend some time dear. it seriously worth ur hours.teehee.)


^__^
___________________________________________________________

p/s : PERUBATAN's EPIC is on it's showtime. A pre-departure event specially for the little sisters and brothers who'll be studying in Egypt.  Yeap, few GENIIUS members are involved. Rabbuna yusahhil my friends. May the event be a success, gain His blessings and reach the objectives. ( dah start rindu depa la tu :') )

p/s: just realized that there were visitors who appeared to be anonymous but willing to drop a comment. I appreciated it a lot, although it's kinda creepy at first when I was thinking of their identities. Nevertheless, do drop more comments and ideas to share with. :)

 (merasakan blog ni sudah mula ada nyawa? cengkerik mula meninggal? tidakkk >.< tarik nafas..tiup tudung.wuh.Allahuakbar~ )

Till then, spread the love, duas for our brothers and sisters around the globe.

^___^

http://www.youtube.com/watch?v=UEm5onCZ87w
http://www.youtube.com/watch?v=3MBVwAt-kdk&feature=youtu.be


We got one life to love each other
One life, One love

Protecting and be there one another

We're worthless if we keep on fighting

'Cause together we can face the night

If we're ready to love



Outlandish

-Ready to Love-

RAMADHAN KAREEM!


Thursday, June 6, 2013

special dedication to USWA

special dedication to USWA ? dedicated tuk diri sendiri ka cik kak? *garu kepala*

Keep calm and read bagi sapa yang rajin. hohoho

Bismillah.

Minggu lepas jumpa Ummu Islam (tuan rumah yang sangat sempoi ) untuk bayar sewa rumah. Ingat nak bagi kat depan pintu rumah saja, turned up, masuk jugak la sat apabila dipelawa masuk. teehee~ mana tau rezeki, dapat buah tangan, minum a'sir segar macam sebelum nih. keh3.

Masa bagi duit kat Ummu Islam, nampak muka dia kurang ceria macam yang selalunya. Then, randomly blurted out, "Enti tabki?" (baca: awak nangis ka?) . =.=' nossy la pulak, pi tanya soalan tu tiba2..

gambar hiasa (kredit)
Doakan saudara2 kita jom. Jangan lupa naa~
takpa2, sabaq sat. series ada "buah tangan" Allah nak bagi.

From there, berlakulah perbualan ringkas. (translated to malay, originally conversed in arab ammiah (chewah. hoi, bajet ja, bukan bnyak pun cakap, huargh)


Cik Nossy : Awak menangis?
Ummu Islam : Ya
Cik Nossy :  kenapa? -eh, banyak pulak soalan dia =.='
Ummu Islam : Anak saya (sambil tunjuk anak laki dia dalam bilik) nak berhenti sekolah. tak mau sambung belajar.
Cik Nossy : sabar la ya.. tu ja. like seriously tu ja? heh!  ni la akibat kurangnya vocab arab T.T
_____________________________________________
So.

Semua mak, nak tengok anak dia berjaya. Dari kecik, mak la orang pertama yang akan rasa sangat-sangat gembira bila anak dia berjaya buat sesuatu melebihi anak dia sendiri. kan3

Bila kita boleh cakap for the first time, mak yang seronok riang
Bila kita start boleh jalan, mak yang bersorak hooray dan bertepuk tampar.
Bila kita nak masuk sekolah rendah for the first day, mak excited pi hantaq kita sampai ke kelas. suruh cop tempat kat depan. haha. (senyum sorang2)
Bila kita tau dapat pi sambung study ke universiti, mak la yang asyik dok peringat untuk settlekan document, medical checkup and all.
Bila flight ke mesir dah nak dekat, mak yang sibuk psal barang2 packing. "ni dah beli dah?"  "bawak la ni"
Bila kita nak kahwin, mak yang ......... (ok ni tak tau nk respon apa, sebab tak experience lagi, wallahu'alam sempat ka dak) tapi tengok reaksi mak cik2 bila sepupu2 nak kahwin, well, depa still orang yang paling gembira!
Bila kita dapat anak, mak akan sangatlah concern tanya habaq, "pahabaq cucu?", before tanya pahabaq kita.
eh, kita pun dah jadi mak, so beralah la. hang punya treshold kegembiraan pulak akan rendah untuk anak-anak hang tahu. that's the tract that you need to keirin around what. aha!

(ok, yang cucu tu mungkin kurang kaitan, tapi nak katanya, whatever tht makes us happy, they'll be happier than us, whatever is precious to us, is thousand time precious to them)
_____________________________________________

Tu kalau gembira, sama jugak kalau sedih, sakit. Treshold kesedihan mak kita jugak la yang lebih rendah berbanding kita.
Bila kita sakit, mak rush bawak kita pi klinik. kita relax ja, sebab suka pi klinik. suka main2 dgn alat2 doktor( ni zaman purbakala kain biru gelap) tapi ubat mati tak mau makan.  hohohoho.
Bila kita jatuh, mak yang menjerit (sama ada jerit sakit atau jerit risau, yang pasti ada suara berbunyi)
Bila kita kena admitted kat hospital, tak lalu nak makan, mak suruh makan jugak untuk kebaikan kita. kalau tak habih jugak, mak perabih kan.. kui3..tp klau bawak makanan rumah, possibility untuk makan tu tinggi la sikit. ayaq tangan mak la weyh.hoh, alasan.. tapi betui paa.. sapa berani nak sangkal, sini aku penggal. (cik kak, bahasa, jaga naa~ chill)
_____________________________________________
*tarik nafas, lepas*

Kepada

Uswatul Hasanah
Shamsul Madhar
Wada'atul Qisthina
Anas Muzakkir.

"buah tangan" Allah nak bagi, simple ja

1. Don't disappoint nyak. Don't make her tears of sadness roll down because of us. alright? ^_^ insyaAllah.

even ummu Islam bukan ummu kita, tapi ummu semua bisa mudah mengalirkan air mata kerana anak-anak mereka. Wahai anak-anak sekalian, jom sedut air mata kesedihan dan tadahkan air mata kegembiraan dan kesyukuran dalam kolam air mata ummu kita.

2. Belajar sungguh-sungguh kat mana pun Allah letak kita. Be it away from nyak and abuya like me or as for you guys, still under their sights. Serious, now maybe you guys tak rasa 'nikmat' hingga menjilat jari bila duk dengan nyak and abuya. maybe because everyday dok jumpa, tak rasa apa2 special (bunyi ganaih gila tapi that's a fact that i too felt once but Alhamdulillah, distance brings our hearts closer) . You guys gotta believe me man, i've felt the feeling of being away from them which then only made me realized, that their words, do keep us calm and motivated. So, bila nyak and abuya cakap, biaq masuk telinga kanan, tutup cepat2 telinga kiri tau. You guys know exactly what i mean right? hehe ^-^

3. Jangan lupa doa kat nyak and abuya lepas solat, before study dan whenever is possible kay sibs :)

- ok, it tend to be quite long though. nevertheless, hopefully, you guys get the points and sama2 kita amalkan aight. eeyah!.
_____________________________________________

p/s:  treshold maksudnya macam level of onset, lagi rendah treshold tu lagi sensitive its reaction towards something.

p/s: terasa dak diri hangpa begitu bernilai apabila di mention di blog yang sunyi sepi ni..bahahaha. (kawan kakak kata kalau 'lakar'kan nama seseorang kat blog, orang-orang tu akan terasa special gitu)

maksud hang mcm ni ka hafi? :P (rasa special tak nama dimention buat kali kedua)
ehem, jangan kembang sangat, ni blog tak seberapa. sunyi sepi bunyi cengkerik ja.. muahahhaha
http://nisa-uhibbullah.blogspot.com/search?updated-min=2011-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=35

*dah habih baca, jom baca "doa kedua ibu bapa"* hang pun sama, hafi. dan sapa2 yang terstop and berjaya baca sama takat ni.

Till then,
Spread the love.








Saturday, June 1, 2013

Y.U.S.S. (sebut laju-laju)

Bismillah.

Kita sentiasa  pohon dariNya
agar dikurniakan yang terbaik 
Terbaik di dunia, terbaik di akhirat
Tapi kadang kita terlupa
yang Dia sememangnya Maha Mengetahui
apa yang terbaik untuk kita
melebihi pengetahuan kita sendiri
kerana Sang Penciptalah yang paling mengenali ciptaanNya. bukan? 

Terbaik yang Dia berikan untuk kita pada waktu itu
tak semua yang kita terima dengan cara yang terbaik
cara yang sepatutnya perkara terbaik disambut baik
mungkin kerana kita mengukur 'terbaik' mengikut definisi nafsu
definisi nafsu yang seringkali bertindak melulu
tidak meluangkan sedikit masa, mencari hikmah 

Yakinlah bahawa setiap rintihan 
yang mendoakan kejayaan itu selalu didengariNya
Dia akan berikan. yakin Dia akan berikan. sungguh-sungguh yakin
Sertakan juga keyakinan itu dengan kesabaran
Kesabaran menunggu ketibaan kejayaan tersebut

Usaha dirasakan sudah mencapai tahap maksima?
Namun kejayaan tak kunjung-kunjung tiba. amboi, bunyi mcm mengeluh ja tuh
Tunggu, jangan cepat melatah
Tetapkan keyakinan dan teruskan bersabar 
Dia nak kita cuba kerana tahap maksima kita itu bisa berubah 
Yang pasti, kita kena terus berusaha dan tidak mengalah
____________________________________________________

Ramai yang nak kejayaan. Tapi tak ramai yang sabar dalam mencarinya. 
Pohonlah kesabaran dalam proses mencapai kejayaan tersebut wahai diri.

Matematikanya mudah jika penilaiannya begini : 
Kejayaan di dunia = 0
Kejayaan di akhirat = 1
Kejayaan di akhirat - kejayaan di dunia = 1
Kejayaan di akhirat + kejayaan di dunia = 1
Kejayaan di dunia - kejayaan di akhirat = -1 

Kejayaan yang sementara di tempat yang sementara, rasanya juga sementara.
Kejayaan yang kekal di kehidupan yang kekal, rasanya juga ever lasting meh.

At the end of the day :
"Umat Islam harus cemerlang. Hari ini pasti lebih baik dari semalam!" 

Berusaha ke arah kejayaan yang kekal. Bila dicabut nyawa sebelum merasai kejayaan di dunia, kejayaan yang kekal sedang menunggu di sana. Sekiranya kita benar-benar cuba berusaha mendapatkannya.

Sila pesan kat diri : kejayaan mahupun kegagalan yang kau dapat kat sini, is actually a starting point untuk kau berjalan menuju kejayaan sebenar. bcos the real question to be answered is, sama ada kau BERJAYA tak dekatkan diri kau dengan Allah menerusinya atau kau FAIL. T.T 

actually bnda ni apply kat semua tindakan kita. for every action, ask ourselves, "does it help you in getting closer to Allah?" 

"wahai diri , Teruskan pohon kejayaan di dunia & akhirat . Yakin Allah akan bagi. Usaha untuk dapatkannya. Sabar menunggu bila Allah nak bagi. Syukur dengan segala apa Allah dah bagi. "

Yakin. Usaha. Sabar. Syukur.
so, Y.U.S.S (  sebut laju-laju, bunyi nya apa ya? ada ala2 bunyi YES dak? haha.. boleh tak hang tak poyo dalam sehari. haih..

whatever happens, keep the faith cos YES it's coming. key is we strive for it.. and of course. Y.U.S.S. 

~Keep smiling and spread the love~
_______________________________________________________

Sollu 'alan Nabi. jom cuba contohi istiqamah Nabi Muhammad S.A.W dalam bersabar..

Did he worry what the people said after he passed

Or was he more concerned about us doing what he asked

Do our deeds tell the story of the man he was

A Mercy to Mankind, lets show the world his love
Rasulullah, Rahmatan, Rahmatan lilalameen 

-Native Deen-




Friday, May 10, 2013

anas gemok!

ANAS GEMOK!
(tajuk diluar konteks perbincangan, lebih kepada ekspresi random) heh =.='


Anas Muzakkir. 8 Mei 2004 (he was born)



Anas Muzakkir
Seperti yang dinamakan
Reaksi dan kata-katanya penuh peringatan
Moga terus menjadi hero nyak
Terus setia mencintai ilmu
Teruskan bertanya apabila tidak tahu
Teruskan cita-cita ingin menjadi seperti Salahuddin Al Ayubi
InsyaAllah, Anas Muzakkir seorang pemuda Islam yang berani
meletakkan Allah sentiasa di hati
_______________________________________________________________

News At Home atau nama singkatannya, NAH (oh bajet skali lagi stelah skian lama.) - bunyi cengkerik- 

NAH selalu menyebabkan aku gelak sorang-sorang depan laptop, kemudian mata berair.
And most of  'em are because of this lil boy  supermuslim, insyaAllah.

Flashback memories also part of therapy what.. teehee~






for personal record, THIS IS EPIC.. (kesian anas keh2) -copy paste from nyak-

One night last week, while getting ready to bed this conversation took place
Me: Anas rasa rasa Anas nak jadi apa bila besaq nanti
Anas: Anas nak jadi saintis yang MASUK SYURGA (he responded spontaneously)
Me: (taken by surprised with his remark..) Macam mana nk jdi saintis yg masuk syurga?
Anas: Kena baca dan kaji Alquran, cuba buat apa yg Allah suruh
Daughter: Nyak tak tau ka? Anas dah pernah bagi tau kat kami (siblings)
Me: Owh…ya ka? Why I didn’t know then?
Anas: sebab kalau anas bagi tau, mesti Nyak tulis kat FB.
Me: (LOL…) Tak bole ka Nyak tulih kat FB?
Anas: Nyak tak payahla tulis sebab itu rahsia Anas…..
Me: owh…ya ka, tapi Ny tulis kat FB sbb kalau panjang umur Nyak nak tunjuk kata2 Anas kat anak2 Anas…
Anas: hhmmm…..(tersenyum malu) nyak nih…



kadang, budak kecik yang bagi peringatan kat orang tua kan. infact depa punya peringatan are more genuine and innocently delivered. Kanak-kanak suci pemikirannya, hatinya mudah tertarik dan terusik. Kita sebagai kakak, abang, mak, ayah, gotta show 'em a good example .

Maybe tu sebab nyak letak anak sulung nya bernama Uswatul Hasanah. bagi teladan kat adik-adik. Heh. ha, sat, tanya diri tu sikit, sejauh mana kau dah tunjuk teladan cik kak oi? (menangis la sorang2, tak dak sapa nak pujuk)  

oh, It's always too early to quit (tetiba terlintas, tulih pi la since mcm berkait ja)

Masih tak terlambat untuk kau menjadi kakak yang supergarang superkakak yang penyayang. Banyak benda yang kau belajar/lihat seniri kat Mesir ni kan. looking at the children along the road, buat kau senyum sorang-sorang, teringat adik-adik, so balik Malaysia nanti, time to implement whatever you think necessary and beneficial for 'em and also to the community. insyaAllah.
_______________________________________________________________________________
balik Malaysia simply untuk lepas rindu kat family tu apala sangat cik kak oi, even kat sini, kau boleh lepas rindu kat depa tahu.serius tak tipu. so set mind and heart.

"KAU BALIK MSIA ADA MATLAMAT. ADA PERUBAHAN KAU NAK BUAT. BIAR BERGUNA DAN KALAU BOLEH BAGI SEMUA DAPAT MANFAAT. BUKAN MANFAATNYA KAU SAHAJA YANG DAPAT.  insyaAllah.

ni tak, balik nanti aku nak tu, aku nak ni, nak balun semua yang tak dak kat mesir ni. SUDAH-SUDAH LAH FIKIR PASAL AKU . AKU . AKU JA TAK HABIH HABIH .

zaman infant kita dah berlalu maka zaman kegemilangan kita mendapat segala macam spotlight sudah berakhir tahu. We're not anymore attention seeker people. We're adolescences going adults (insyaAllah), gotta transform our mode to attention GIVER alrighty ;)

ATTENTION GIVER, bertukar!! (suara power rangers)
______________________________________________________________________________
btw, priceless reaction of an innocent little girl. Shows how sensitive they are. Children do know how to appreciate. infact their appreciation seems legit and sincere, i can say. ops. hehehe :) tak percaya? tengok vid ni > https://www.facebook.com/photo.php?v=461677770558478

okay. mode rindu kat family sudah terubat. aha. kembali kepada pelvis boleh?

ini bukan pertanyaan, ini satu arahan.
dah, pergi sana.

(lari)

p/s 1: bukankah cinta dan sayang itu diiringi dengan pengorbanan? ^_^

p/s 2: pengorbanan perlukan kekuatan. tahu mana nak dapat kekuatan tu?

"God never promised you days without pain 

Laughter without sorrow 

Sun without rain 

But He did promise strength for you every day" 



Abang-abang Outlandish



~Bersandarlah pada yang kekal kerana disitu sumber kekuatan yang sebenar dan berterusan~

 bukan on and off atau blackout suddenly. eh!

p/s 3: Semangat atau motivasi turun naik? itu biasa? mana mungkin ada perkataan mujahadah/hamasah sekiranya tiada perkataan futur. tapi, itu bukan sebab atau alasan untuk tidak meneruskan perjuangan. kenalpasti masalah dan LAWAN. sumber kekuatan kita apa? ya.

DIA YANG KEKAL. DIA YANG SATU. DIA YANG ESA. DIA ITU ALLAH AZZA WAJALLA. YANG PENUH RAHMAT. POHONLAH KEPADANYA.

WORK HARD. PRAY HARDER.


eh, bukan tadi dah lari ka, ka tiba2 tersungkur di tengah jalan?
bangun balik. sambung lari.


_________________________________________________
Anas > Msia > Exam ( reality is, the other way round. gotta sit for exam before going back to malaysia, and then only can give bear hug to Anas Muzakkir. insyaAllah.)


sollu a'lan Nabi.

^_^