Atas sedikit kesilapan komunikasi antara beberapa pihak, cik
adik kecil dibiarkan menunggu di KAFA USM sejak pukul 11.00 pagi. Disebabkan
hampir setengah jam menunggu, cik adik kecil yang berusia lapan tahun itu, mengambil
keputusan untuk berjalan kaki pulang ke rumah. Keputusan drastik itu diambil
selepas budi bicara bersama hati,nafsu dan akal kerana bimbang akan lambat
untuk ke sekolah kebangsaan pada sebelah petangnya.
Ketahuilah jarak USM ke rumah cik adik kecil tidaklah dekat
sekiranya berjalan kaki. Tambahan pula, jalan yang memerlukan kekuatan mendaki
bukit untuk keluar dari kawasan kampus USM itu sendiri sudah amat memenatkan
ditambah pula dengan pendakian bukit di
luar USM untuk sampai ke rumah.
Tak dapat bayang?
Peta ini mungkin membantu
menjana bayangan anda. ^^
Pengembaraan cik adik kecil
bermula dari KAFA USM hinggalah ke PONDOK PEGAWAI, dimana Encik SuperGuard
memberhentikan cik adik kecil dan berlakulah dialog antara mereka. Hasil
perbualan tersebut berakhir dengan Encik SuperGuard menghantar cik adik kecil
ke rumah. Semoga Encik SuperGuard sekeluarga sentiasa dikurniakan rezeki di
dunia dan di akhirat dan sentiasa di bawah perlindunganNya.
Sejurus tibanya cik adik
kecil di muka pintu rumah, aku berasa terkejut. Soalan yang asalnya di fikiran
“Dah pukul 12 lebih dah Anas, pi siap. Nanti balik sekolah minden pun boleh pi
main dengan Daniel kan” bertukar rupa menjadi dua patah sahaja iaitu, “Awat
Anas?” apabila melihat muka sedihnya yang sedang cuba sedaya upaya untuk
menahan tangisan sambil renungan dalam matanya bertemu mataku yang penuh dengan
tanda tanya. Baru aku faham situasi sebenar. Anggapan aku bahawa cik adik kecil
sudah pulang dan sedang bermain di depan rumah bersama jiran apabila mendengar
gelak tawa kanak-kanak di hadapan rumah yang suaranya persis suara cik adik
kecil sambil aku sedang melayari internet adalah tersasar jauh sekali.
Mengetahui
hakikatnya menyebabkan aku rasa bersalah yang teramat. Rasa bersalah mencecah
ketinggian gunung tertinggi di dunia.
“Anas, kak us mintak maaf tau. Sorry sangat sangat tau Anas.” aku berkata
sambil menahan sebak lalu memeluknya.
“Takpa”, jawab cik adik kecil
sambil mengesat air mata.
Sungguh, rasa bersalah
menyelebungi diri. Warghhh T.T
Namun …
PABILA CIK ADIK KECIL
BERKATA-KATA
Perbualan antara aku dan cik
adik kecil.
“Anas jalan jauh kot sampai kat pondok pak
guard. Naik turun bukit plak tu. Mesti Anas penat kan. Masa Anas jalan jauh tu,
apa yang Anas fikiaq? Mesti dok fikiaq sampai hati kak us tak ambik Anas kan?
Anas, kak us mintak maaf tau sekali lagi. Kak us ingat Anas dah balik dengan daniel n tengah dok main kat depan tu
sebab dengaq suara macam suara Anas. Sorry tau Anas.”
“Ya, masa awai-awai Anas
sedih la sebab kak us tak ambik Anas, kata sayang tapi kenapa tak ambik. Anas ingat kak us yang akan ambik Anas. Anas pun tak nampak pak ** tadi. Tapi
lama-lama Anas x fikiaq dah. Anas selawat sikit-sikit.Anas sedih sikit sebab masa Anas jalan tu, orang
semua tengok Anas pelik, tapi tak dak pun yang berhenti, tolong Anas. Tapi Anas
ingat Nabi kuat walaupun jalan lagi jauh daripada Anas. Anas tak boleh berhenti walaupun Anas penat sikit.
Nasib baik pak cik guard tu tolong Anas masa Anas nak keluaq kat gate USM nak
pi minden tu. ”
“Anas tau tak, walaupun Anas
jalan sorang-sorang, tapi ada yang dok tengah lindungi Anas, tau dak?”
“Anas tau, Allah la. Allah
baik sangat tau kak us. Masa Anas jalan naik bukit tu kan, Anas dok keluar
peluh, pastu tiba-tiba ada angin. Anas tau Allah yang bagi angin tu. Anas senyum sorang -sorang pastu cakap terima kasih kat Allah. Allah betui-betui jaga Anas”
Allahu Allah, kagum mendengar
jawapannya lantas air mata bersalah bertukar menjadi air mata gembira +
terharu.
Cik adik kecil begitu positif
mengharungi perjalanan yang naik turun bukit dan berliku-liku itu dengan menjadikan
Allah dan Rasulullah sebagai sumber kekuatan dan penguat semangat.
Benar, jika dilihat secara zahirnya,
ia adalah satu tindakan yang amat berbahaya di mana seorang kanak-kanak
berjalan berseorangan. Namun, jika dilihat secara batinnya pula, ternyata
terdapat butir-butir permata hikmah yang indah dan sangat menyentuh jiwa hasil
pengembaraan cik adik kecil itu.
Kata-kata memuji Allah
version kanak-kanak itu menunjukkan cik adik kecil yang suci fitrahnya, tiada
dosa ini merasa akan keberadaan Allah Yang Maha Esa sentiasa. Menjadikan
Rasulullah yang tidak pernah dilihatnya, tapi seringkali diperdengarkan
kisah-kisah hebat berkaitan baginda kepadanya sebagai pendorong cik adik kecil
untuk teruskan perjalanan.
Semoga pengembaraanmu pada
hari ini mengajarmu untuk sentiasa menjadikan Allah dan Rasulullah sebagai
sumber kekuatanmu hingga ke akhirnya, wahai cik adik kecil. J Semoga cik adik kecil ini menjadi pemuda Islam yang mendapat tempat teragung di sisi Allah S.W.T .
Itu kisah pengembaraan cik
adik kecil.
Semoga kisahnya sedikit
sebanyak mengajar kita dalam menjalani cabaran dan ujian dalam kehidupan ini.
Sesungguhnya Allah bersama kita. Dan sungguhpun kita tidak berada di zaman
hidupnya Rasulullah, namun jangan lepaskan peluang mencontohi sifat baginda
kerana sungguh, rasulullah adalah sebaik-baik ikutan dan teladan bagi seluruh
umat. Tidak bertemu baginda di dunia, insyaAllah bertemu jua di akhirat.
p/s: Pengajaran juga buat
diri untuk :
- buat double check akan maklumat yang diberikan orang.
- tidak mudah buat anggapan tanpa melihat sendiri
- tidak terlalu mengharapkan bantuan orang lain sedangkan diri mampu melakukannya.
~ Jadikan peristiwa hari
ini sebagai pengajaran untuk hari esok, lusa, tulat dan seterusnya. ~
Till then, let's spread the loves and dua's for Muslims around the globe.
^_^
kenapa dah takdak update?? update please.
ReplyDelete