ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WASAHLAN


~ spread the ♥ ya'll ~

Monday, September 3, 2012

"doktor x dak life?" T.T


“Kakak tau tak, cikgu adik cakap, baik jangan jadi doktor,susah jadi doktor. doctor x de life” , tangan aku yang sedang mencarik isi ayam goreng terus berhenti sejurus mendengar kenyataan cik adik hitam manis yang sedang menyambung perjuangan di Sekolah Terkenal itu. Terkejut mendengar kenyataan itu, lebih-lebih lagi kerana kenyataan itu keluar dari mulut seorang guru yang kata cik adik manis, guru baru di sekolahnya itu. Well, sekolahnya, sekolahku juga suatu ketika dahulu. Tapi kata kami, once a ‘Terkenal’ian, always a ‘Terkenal’ian.. (kenyit mata sebelah bunyi duit)

Jadi, sedikit sebanyak, aku sedih mendengar kenyataan tersebut tambahan aku kini sedang berjuang dalam lapangan perubatan untuk menjadi doktor yang dikatanya tiada ‘life’ itu.

Sampai hati. (menangis teresak-esak,)  (kredit)

  Aish, apakah? Pejuang x boleh merajuk, haruslah kuat..Allah Ma’ana.



“betulkah doktor x dak life?” soal aku sendirian.
Sebelum menjawab monolog aku itu, aku mengingatkan semula diriku yang sering mudah lupa, kepada makna ‘life’ ataupun kehidupan menurut kamus seorang hamba di bumi sementara ini. 

Kehidupan padanya ada dua iaitu kehidupan di dunia dan juga kehidupan di akhirat. Namun dia hidup untuk akhirat dan dunia digunakannya sebagai tempat bekerja. Jadi, berdasarkan definisi dari kamus seorang hamba di bumi sementara ini, ternyatalah doktor punya life, tahu.. HOORAYYYYY..
seronok bagaikan first goal Podolski setelah menyarung jersi Arsenal
(kredit)
Eh, tunggu, jangan seronok sangat boleh?

Okay,baik, kamu berhak untuk seronok buat seketika kerana kamu ternyata punya kehidupan.hohoho

Tapi, cik adik hitam manis masih bingung kenapa cikgu cakap macam tu? Tidak, tak boleh biarkan adik dibelenggu kebinggungan. Mari sini kita faham definisi life menurut cikgu pula. Kan pak cik Stephen Convey dah pesan, ‘Seek first to understand, then to be understood’ (sekali lagi kenyit mata sebelah bunyi duit)

Cikgu, life yang cikgu maksudkan tu apa ye?

Mungkinkah? 
Kehidupan kanak-kanak ribena yang penuh keseronokan,gelak ketawa riang bersama, membeli belah baju fesyen terkini, membaca majalah hiburan dan gossip artis sensasi tanah air yang panas bak makanan2 dari PHD (Pizza Hut Delivery, balik Malaysia baru ni, baru tau akan kewujudannya. :3 ) , menghupdate twitter setiap saat dan ketika walau dimana anda berada akan SETIAP AKTIVITI DAN LUAHAN HATI ANDA.aduhai.(oh, kami guna fb jer, baik, fb x terkecuali okay,ohohoi) dan sentiasa up to date dengan segala hiburan terbaik masa kini..

ATAUPUN

Kehidupan kakak-kakak selepas berkahwin, yang keenakannya dikongsi bersama yang tercinta hasil kisaran resepi rahsia ini iaitu tanggungjawab dan cinta (opps, dah x rahsia dah, =.=’). Kehidupan di mana setiap hujung minggunya diluangkan bersama yang tercinta, main kejar tutup mata , celucak bersama anak-anak (wah,ini sungguh comel ^_^), beraksi bagaikan master chef di dapur menyediakan menu-menu hebat istimewa untuk keluarga tersayang.(wah,ini sangatlah seronok untuk dilakukan, bukan? “anything for our beloved ones”)

Pendek kata, penuh dengan kemudahan, keseronokan, dan riang ria raya bersama cornflakes..

Ok, x adil untuk aku tentukan kehidupan mana yang cikgu maksudkan..

Tapi bila teringat satu statement dari guruku yang juga pendidik dari Sekolah Terkenal itu, aku rasakan guru-guru hanya mahukan murid-muridnya senang, selesa, dan gembira dalam kehidupan mereka. Sungguh, mana ada guru yang mahu melihat anak didik mereka sedih, monyok, derita, sengsara hidupnya bukan?

“Anak cikgu ada sorang ambik medic, cikgu tengok dia pun cikgu kesian, x macam adik dia yang amik course lain, boleh relax sikit. Adik dia siap boleh shopping sana sini, happy ja tengok, tapi dia serious, pi mana buku memanjang”. Kata cikgu kepada anak2 muridnya yang pada ketika itu tingkatan 3 nak masuk 4, masih kelabu pemikiran akan tujuan kehidupan dan lebih memburu keseronokan dan hiburan Disney, MTV, AMA, Hollywood, Bollywood dan sebagainya .(Aduh, jahiliyyah hebat mencengkam jiwa tika itu di mana kekotorannya masih berbekas hingga kini. jom activate Rinsing,Washing,Spinning non stop). :'(((((((((((( 

So, it’s all back to us...(angkat dua2 kening)

Tunjukkan pada guru-guru yang kita tak sedih, monyok, derita mahupun sengsara sungguhpun kita sedang berjuang di medan perubatan untuk menjadi penyumbang ummah. Erti kehidupan pada kami adalah memberi, cikgu. J insyaAllah.

InsyaAllah, Firman Allah dalam surah As-Sharh akan sentiasa menjadi motivasi kepada kami untuk sentiasa bersemangat dan tidak berputus asa sepanjang perjalanan hidup belajar dan bekerja sebagai doktor untuk agama kelak.

“For indeed, with hardship,will be ease” , verse 5, Surah Ash-Sharh.

InsyaAllah, selagi mana Allah menetapkan hati kami untuk terus mengertikan kehidupan pada memberi. Kami akan berjuang bersungguh-sungguh demi agama , memberi manfaat kepada orang lain, sebagai wasilah untuk menjadi ‘pekerja’ favourite ‘CEO’nya because Allah is our true CEO. Cikgu, doakan kami ya.  J

Luahan hati seorang ibu yang sudah berkecimpung dalam bidang perubatan selama lebih 20 tahun ketika anaknya(sedang di tingkatan 4) memilih untuk tidak menjadi doktor kerana situasi yang sama, “Nyak (panggilan ibu dalam bahasa Acheh) seronok jadi doktor. I love my work and I enjoy knowing that I can do something to the people, I do enjoy my life, so sapa kata doktor x dak life?!” – Alhamdulillah, ibu aka doktor ini sudah mempunyai 5 cahaya mata.  ;)

Hatiku bertambah semangat melihat semangat membara itu melingkari sekelilingku..muahahaha.. rasakan SEMANGAT BERGANDA!!! .. (moga kekal sentiasa , Allahumma aamin)

Cik adik hitam manis yang hampir memadam lakaran cita-cita mengambil bidang kedoktoran,terus meletakkan ‘pemadam’nya dan kembali mengambil ‘pensel lukisan’ bagi menyambung lakaran cita-citanya itu.. go cik adik hitam manis go!!! 

Wahai guru yang sangat dikasihi, kata-katamu sentiasa menjadi motivasi dan suntikan ‘steroids’ buat kami. Dengarlah cita-cita dan impian anak didikmu ini, kami tidak berfantasi menginginkan kehidupan yang senang , mudah dan seronok sentiasa. Kami sukakan cabaran dan kami yakin dengan didikan dari kalian, wahai guru, kami mampu menghadapi cabaran ini. insyaAllah. Cikgu, didiklah kami untuk terus gigih bekerja di dunia, agar kami dapat hidup senang,mudah dan seronok sentiasa di akhirat kelak.

Achieving your dreams may take a really long time but don't lose hope
        (kredit)


‘Go for your dream, children. On the processing of achieving it, surely you’ll face obstacles and challenges, no matter what is it, not just doctors, every job has its own 'sauce and pepper' to spice it up, but again, that’s when you’ll learn the meaning of life and you realize, it’s about giving to the people here, so that you’ll be getting everything in the hereafter. InsyaAllah, Go dear, be beneficial to the ummah, Allah is always with those who help the deen’ , says the teacher to her beloved students.

JOM TENTUKAN TUJUAN HIDUP KITA.. dan MULAKAN LANGKAH.. kan pak cik Convey dah pesan, “Begins with the end in mind”..Pesanan ini turut menjadi pesanan emas dari ustaz Ridha kepada penuntut MEP 11 bertempat di masjid INTEC, Shah Alam waktu orientasi dulu.(Allahu, rindu saat2 di Intec :’) )

~Tujuan hidup adalah untuk memberi… memberi manfaat kepada makhluk seluruhnya..demi mencapai mardhatillah.. insyaAllah..~

Sahabat2 sekolah tadika,rendah dan menengah, rata-ratanya sudah berada di universiti sedang menyambung pelajaran mereka.Selamat menyambung perjuangan anda di mana jua anda diletakkan olehNya.

p/s 1: Doakan untuk kita semua, umat Islam seluruhnya yang sedang berjuang untuk agama, agar bersatu, berganding bahu, mahupun berada jauh berbatu-batu, tetap, teguh pada Dia yang Satu.

 p/s: 2: Selamat menyumbang untuk ummah, wahai para _______ sekalian..x kisah apa pekerjaannya sekalipun. Doktor, Akauntan, Encik XY bersama penyapu saktinya mahupun Puan XX bersama sudip ajaibnya, etc. Jom jadi mereka yang memberi manfaat kepada orang lain.. ;)

till then, continue spread the loves and dua's
lots of love

^_^

1 comment:

  1. Salam, cik Uswatul Hasanah.

    1) Ada "life" atau tak ada "life" bergantung kepada kamus yang memberi definisinya. Seperti yang anda katakan di atas. Saya setuju!

    2) Nasihat orang di atas muka bomi dunia bulat lagi sefera ini KADANG-KADANG (mungkin juga kebiasaannya) dipengaruhi oleh kepentingan diri, hasad dan banyak lagi yang lain-lain. Maka, nasihat Puan Nyak adalah lebih ikhlas berbanding yang lain-lain. Maka letakkan prioriti nasihat dari Puan Nyak terlebih dahulu.(Boleh abaikan je apa yang si Puan Cheggu itu.hehe)

    3) Kami suka baca pos ini dan gaya bahasanya.. ahaks, mungkin virus-retro APG serta kulat streptokokus sudah berjangkit agaknya..
    *kalau uswa tak baca APG abaikan no 3. :)

    ReplyDelete