ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WASAHLAN


~ spread the ♥ ya'll ~

Tuesday, September 4, 2012

Pabila Cik Adik Kecil berkata-kata


Atas sedikit kesilapan komunikasi antara beberapa pihak, cik adik kecil dibiarkan menunggu di KAFA USM sejak pukul 11.00 pagi. Disebabkan hampir setengah jam menunggu, cik adik kecil yang berusia lapan tahun itu, mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke rumah. Keputusan drastik itu diambil selepas budi bicara bersama hati,nafsu dan akal kerana bimbang akan lambat untuk ke sekolah kebangsaan pada sebelah petangnya.

Ketahuilah jarak USM ke rumah cik adik kecil tidaklah dekat sekiranya berjalan kaki. Tambahan pula, jalan yang memerlukan kekuatan mendaki bukit untuk keluar dari kawasan kampus USM itu sendiri sudah amat memenatkan ditambah pula dengan pendakian  bukit di luar USM untuk sampai ke rumah.
Tak dapat bayang?

Peta ini mungkin membantu menjana bayangan anda. ^^


Pengembaraan cik adik kecil bermula dari KAFA USM hinggalah ke PONDOK PEGAWAI, dimana Encik SuperGuard memberhentikan cik adik kecil dan berlakulah dialog antara mereka. Hasil perbualan tersebut berakhir dengan Encik SuperGuard menghantar cik adik kecil ke rumah. Semoga Encik SuperGuard sekeluarga sentiasa dikurniakan rezeki di dunia dan di akhirat dan sentiasa di bawah perlindunganNya.

Sejurus tibanya cik adik kecil di muka pintu rumah, aku berasa terkejut. Soalan yang asalnya di fikiran “Dah pukul 12 lebih dah Anas, pi siap. Nanti balik sekolah minden pun boleh pi main dengan Daniel kan” bertukar rupa menjadi dua patah sahaja iaitu, “Awat Anas?” apabila melihat muka sedihnya yang sedang cuba sedaya upaya untuk menahan tangisan sambil renungan dalam matanya bertemu mataku yang penuh dengan tanda tanya. Baru aku faham situasi sebenar. Anggapan aku bahawa cik adik kecil sudah pulang dan sedang bermain di depan rumah bersama jiran apabila mendengar gelak tawa kanak-kanak di hadapan rumah yang suaranya persis suara cik adik kecil sambil aku sedang melayari internet adalah tersasar jauh sekali. 

Mengetahui hakikatnya menyebabkan aku rasa bersalah yang teramat. Rasa bersalah mencecah ketinggian gunung tertinggi di dunia.

“Anas, kak us mintak maaf tau.  Sorry sangat sangat tau Anas.” aku berkata sambil menahan sebak lalu memeluknya.

“Takpa”, jawab cik adik kecil sambil mengesat air mata.

Sungguh, rasa bersalah menyelebungi diri. Warghhh T.T

Namun …

PABILA CIK ADIK KECIL BERKATA-KATA

Perbualan antara aku dan cik adik kecil.

 “Anas jalan jauh kot sampai kat pondok pak guard. Naik turun bukit plak tu. Mesti Anas penat kan. Masa Anas jalan jauh tu, apa yang Anas fikiaq? Mesti dok fikiaq sampai hati kak us tak ambik Anas kan? Anas, kak us mintak maaf tau sekali lagi. Kak us ingat Anas dah balik  dengan daniel n tengah dok main kat depan tu sebab dengaq suara macam suara Anas. Sorry tau Anas.” 

“Ya, masa awai-awai Anas sedih la sebab kak us tak ambik Anas, kata sayang tapi kenapa tak ambik. Anas ingat kak us yang akan ambik Anas.  Anas pun tak nampak pak ** tadi. Tapi lama-lama Anas x fikiaq dah. Anas selawat sikit-sikit.Anas sedih sikit sebab masa Anas jalan tu, orang semua tengok Anas pelik, tapi tak dak pun yang berhenti, tolong Anas. Tapi Anas ingat Nabi kuat walaupun jalan lagi jauh daripada Anas. Anas tak boleh berhenti walaupun Anas penat sikit. Nasib baik pak cik guard tu tolong Anas masa Anas nak keluaq kat gate USM nak pi minden tu. ”

“Anas tau tak, walaupun Anas jalan sorang-sorang, tapi ada yang dok tengah lindungi Anas, tau dak?”

“Anas tau, Allah la. Allah baik sangat tau kak us. Masa Anas jalan naik bukit tu kan, Anas dok keluar peluh, pastu tiba-tiba ada angin. Anas tau Allah yang bagi angin tu. Anas senyum sorang -sorang pastu cakap terima kasih kat Allah. Allah betui-betui jaga Anas”

Allahu Allah, kagum mendengar jawapannya lantas air mata bersalah bertukar menjadi air mata gembira + terharu.

Cik adik kecil begitu positif mengharungi perjalanan yang naik turun bukit dan berliku-liku itu dengan menjadikan Allah dan Rasulullah sebagai sumber kekuatan dan penguat semangat.

Benar, jika dilihat secara zahirnya, ia adalah satu tindakan yang amat berbahaya di mana seorang kanak-kanak berjalan berseorangan. Namun, jika dilihat secara batinnya pula, ternyata terdapat butir-butir permata hikmah yang indah dan sangat menyentuh jiwa hasil pengembaraan cik adik kecil itu.

Kata-kata memuji Allah version kanak-kanak itu menunjukkan cik adik kecil yang suci fitrahnya, tiada dosa ini merasa akan keberadaan Allah Yang Maha Esa sentiasa. Menjadikan Rasulullah yang tidak pernah dilihatnya, tapi seringkali diperdengarkan kisah-kisah hebat berkaitan baginda kepadanya sebagai pendorong cik adik kecil untuk teruskan perjalanan.

Semoga pengembaraanmu pada hari ini mengajarmu untuk sentiasa menjadikan Allah dan Rasulullah sebagai sumber kekuatanmu hingga ke akhirnya, wahai cik adik kecil. Semoga cik adik kecil ini menjadi pemuda Islam yang mendapat tempat teragung di sisi Allah S.W.T .

Itu kisah pengembaraan cik adik kecil. 

Semoga kisahnya sedikit sebanyak mengajar kita dalam menjalani cabaran dan ujian dalam kehidupan ini. Sesungguhnya Allah bersama kita. Dan sungguhpun kita tidak berada di zaman hidupnya Rasulullah, namun jangan lepaskan peluang mencontohi sifat baginda kerana sungguh, rasulullah adalah sebaik-baik ikutan dan teladan bagi seluruh umat. Tidak bertemu baginda di dunia, insyaAllah bertemu jua di akhirat. 

p/s: Pengajaran juga buat diri untuk  :
  •  buat double check akan maklumat yang diberikan orang.
  • tidak mudah buat anggapan tanpa melihat sendiri
  •  tidak terlalu mengharapkan bantuan orang lain sedangkan diri mampu melakukannya.


~ Jadikan peristiwa hari ini sebagai pengajaran untuk hari esok, lusa, tulat dan seterusnya. ~


Till then, let's spread the loves and dua's for Muslims around the globe.

^_^

Monday, September 3, 2012

"doktor x dak life?" T.T


“Kakak tau tak, cikgu adik cakap, baik jangan jadi doktor,susah jadi doktor. doctor x de life” , tangan aku yang sedang mencarik isi ayam goreng terus berhenti sejurus mendengar kenyataan cik adik hitam manis yang sedang menyambung perjuangan di Sekolah Terkenal itu. Terkejut mendengar kenyataan itu, lebih-lebih lagi kerana kenyataan itu keluar dari mulut seorang guru yang kata cik adik manis, guru baru di sekolahnya itu. Well, sekolahnya, sekolahku juga suatu ketika dahulu. Tapi kata kami, once a ‘Terkenal’ian, always a ‘Terkenal’ian.. (kenyit mata sebelah bunyi duit)

Jadi, sedikit sebanyak, aku sedih mendengar kenyataan tersebut tambahan aku kini sedang berjuang dalam lapangan perubatan untuk menjadi doktor yang dikatanya tiada ‘life’ itu.

Sampai hati. (menangis teresak-esak,)  (kredit)

  Aish, apakah? Pejuang x boleh merajuk, haruslah kuat..Allah Ma’ana.



“betulkah doktor x dak life?” soal aku sendirian.
Sebelum menjawab monolog aku itu, aku mengingatkan semula diriku yang sering mudah lupa, kepada makna ‘life’ ataupun kehidupan menurut kamus seorang hamba di bumi sementara ini. 

Kehidupan padanya ada dua iaitu kehidupan di dunia dan juga kehidupan di akhirat. Namun dia hidup untuk akhirat dan dunia digunakannya sebagai tempat bekerja. Jadi, berdasarkan definisi dari kamus seorang hamba di bumi sementara ini, ternyatalah doktor punya life, tahu.. HOORAYYYYY..
seronok bagaikan first goal Podolski setelah menyarung jersi Arsenal
(kredit)
Eh, tunggu, jangan seronok sangat boleh?

Okay,baik, kamu berhak untuk seronok buat seketika kerana kamu ternyata punya kehidupan.hohoho

Tapi, cik adik hitam manis masih bingung kenapa cikgu cakap macam tu? Tidak, tak boleh biarkan adik dibelenggu kebinggungan. Mari sini kita faham definisi life menurut cikgu pula. Kan pak cik Stephen Convey dah pesan, ‘Seek first to understand, then to be understood’ (sekali lagi kenyit mata sebelah bunyi duit)

Cikgu, life yang cikgu maksudkan tu apa ye?

Mungkinkah? 
Kehidupan kanak-kanak ribena yang penuh keseronokan,gelak ketawa riang bersama, membeli belah baju fesyen terkini, membaca majalah hiburan dan gossip artis sensasi tanah air yang panas bak makanan2 dari PHD (Pizza Hut Delivery, balik Malaysia baru ni, baru tau akan kewujudannya. :3 ) , menghupdate twitter setiap saat dan ketika walau dimana anda berada akan SETIAP AKTIVITI DAN LUAHAN HATI ANDA.aduhai.(oh, kami guna fb jer, baik, fb x terkecuali okay,ohohoi) dan sentiasa up to date dengan segala hiburan terbaik masa kini..

ATAUPUN

Kehidupan kakak-kakak selepas berkahwin, yang keenakannya dikongsi bersama yang tercinta hasil kisaran resepi rahsia ini iaitu tanggungjawab dan cinta (opps, dah x rahsia dah, =.=’). Kehidupan di mana setiap hujung minggunya diluangkan bersama yang tercinta, main kejar tutup mata , celucak bersama anak-anak (wah,ini sungguh comel ^_^), beraksi bagaikan master chef di dapur menyediakan menu-menu hebat istimewa untuk keluarga tersayang.(wah,ini sangatlah seronok untuk dilakukan, bukan? “anything for our beloved ones”)

Pendek kata, penuh dengan kemudahan, keseronokan, dan riang ria raya bersama cornflakes..

Ok, x adil untuk aku tentukan kehidupan mana yang cikgu maksudkan..

Tapi bila teringat satu statement dari guruku yang juga pendidik dari Sekolah Terkenal itu, aku rasakan guru-guru hanya mahukan murid-muridnya senang, selesa, dan gembira dalam kehidupan mereka. Sungguh, mana ada guru yang mahu melihat anak didik mereka sedih, monyok, derita, sengsara hidupnya bukan?

“Anak cikgu ada sorang ambik medic, cikgu tengok dia pun cikgu kesian, x macam adik dia yang amik course lain, boleh relax sikit. Adik dia siap boleh shopping sana sini, happy ja tengok, tapi dia serious, pi mana buku memanjang”. Kata cikgu kepada anak2 muridnya yang pada ketika itu tingkatan 3 nak masuk 4, masih kelabu pemikiran akan tujuan kehidupan dan lebih memburu keseronokan dan hiburan Disney, MTV, AMA, Hollywood, Bollywood dan sebagainya .(Aduh, jahiliyyah hebat mencengkam jiwa tika itu di mana kekotorannya masih berbekas hingga kini. jom activate Rinsing,Washing,Spinning non stop). :'(((((((((((( 

So, it’s all back to us...(angkat dua2 kening)

Tunjukkan pada guru-guru yang kita tak sedih, monyok, derita mahupun sengsara sungguhpun kita sedang berjuang di medan perubatan untuk menjadi penyumbang ummah. Erti kehidupan pada kami adalah memberi, cikgu. J insyaAllah.

InsyaAllah, Firman Allah dalam surah As-Sharh akan sentiasa menjadi motivasi kepada kami untuk sentiasa bersemangat dan tidak berputus asa sepanjang perjalanan hidup belajar dan bekerja sebagai doktor untuk agama kelak.

“For indeed, with hardship,will be ease” , verse 5, Surah Ash-Sharh.

InsyaAllah, selagi mana Allah menetapkan hati kami untuk terus mengertikan kehidupan pada memberi. Kami akan berjuang bersungguh-sungguh demi agama , memberi manfaat kepada orang lain, sebagai wasilah untuk menjadi ‘pekerja’ favourite ‘CEO’nya because Allah is our true CEO. Cikgu, doakan kami ya.  J

Luahan hati seorang ibu yang sudah berkecimpung dalam bidang perubatan selama lebih 20 tahun ketika anaknya(sedang di tingkatan 4) memilih untuk tidak menjadi doktor kerana situasi yang sama, “Nyak (panggilan ibu dalam bahasa Acheh) seronok jadi doktor. I love my work and I enjoy knowing that I can do something to the people, I do enjoy my life, so sapa kata doktor x dak life?!” – Alhamdulillah, ibu aka doktor ini sudah mempunyai 5 cahaya mata.  ;)

Hatiku bertambah semangat melihat semangat membara itu melingkari sekelilingku..muahahaha.. rasakan SEMANGAT BERGANDA!!! .. (moga kekal sentiasa , Allahumma aamin)

Cik adik hitam manis yang hampir memadam lakaran cita-cita mengambil bidang kedoktoran,terus meletakkan ‘pemadam’nya dan kembali mengambil ‘pensel lukisan’ bagi menyambung lakaran cita-citanya itu.. go cik adik hitam manis go!!! 

Wahai guru yang sangat dikasihi, kata-katamu sentiasa menjadi motivasi dan suntikan ‘steroids’ buat kami. Dengarlah cita-cita dan impian anak didikmu ini, kami tidak berfantasi menginginkan kehidupan yang senang , mudah dan seronok sentiasa. Kami sukakan cabaran dan kami yakin dengan didikan dari kalian, wahai guru, kami mampu menghadapi cabaran ini. insyaAllah. Cikgu, didiklah kami untuk terus gigih bekerja di dunia, agar kami dapat hidup senang,mudah dan seronok sentiasa di akhirat kelak.

Achieving your dreams may take a really long time but don't lose hope
        (kredit)


‘Go for your dream, children. On the processing of achieving it, surely you’ll face obstacles and challenges, no matter what is it, not just doctors, every job has its own 'sauce and pepper' to spice it up, but again, that’s when you’ll learn the meaning of life and you realize, it’s about giving to the people here, so that you’ll be getting everything in the hereafter. InsyaAllah, Go dear, be beneficial to the ummah, Allah is always with those who help the deen’ , says the teacher to her beloved students.

JOM TENTUKAN TUJUAN HIDUP KITA.. dan MULAKAN LANGKAH.. kan pak cik Convey dah pesan, “Begins with the end in mind”..Pesanan ini turut menjadi pesanan emas dari ustaz Ridha kepada penuntut MEP 11 bertempat di masjid INTEC, Shah Alam waktu orientasi dulu.(Allahu, rindu saat2 di Intec :’) )

~Tujuan hidup adalah untuk memberi… memberi manfaat kepada makhluk seluruhnya..demi mencapai mardhatillah.. insyaAllah..~

Sahabat2 sekolah tadika,rendah dan menengah, rata-ratanya sudah berada di universiti sedang menyambung pelajaran mereka.Selamat menyambung perjuangan anda di mana jua anda diletakkan olehNya.

p/s 1: Doakan untuk kita semua, umat Islam seluruhnya yang sedang berjuang untuk agama, agar bersatu, berganding bahu, mahupun berada jauh berbatu-batu, tetap, teguh pada Dia yang Satu.

 p/s: 2: Selamat menyumbang untuk ummah, wahai para _______ sekalian..x kisah apa pekerjaannya sekalipun. Doktor, Akauntan, Encik XY bersama penyapu saktinya mahupun Puan XX bersama sudip ajaibnya, etc. Jom jadi mereka yang memberi manfaat kepada orang lain.. ;)

till then, continue spread the loves and dua's
lots of love

^_^