ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WASAHLAN


~ spread the ♥ ya'll ~

Sunday, April 1, 2012

sahabat, akan ku cuba...

Kadang hati ini diselubungi prasangka

Semua yang si dia lakukan

Semuanya serba tak kena

Aku sendiri bingung mengapa

Aku cuba untuk melawan prasangka itu

Setiap kali ia datang menghantuiku

Aku terus beristighfar , mohon kekuatan

Untuk menentang dan melawan

Kadang aku mampu , kadang aku tetap tewas

Aku inginkan persahabatan yang bebas prejudis

bukan pujian atau kata-kata manis

tapi keselesaan dan ketenangan pabila bersama

gelak ketawa dan kesedihan dikongsi bersama

mungkin kerana ini masih di awal pertemuan

masing2 sedang pelajari hati budi dan perwatakan

segalanya memerlukan tolak ansur dan kesabaran

dalam membina kemanisan dan keikhlasan dalam persahabatan

insyaAllah, aku mampu dan aku tau dia juga sedang mencuba

Akanku cuba untuk sentiasa bermanis muka ketika bersua

insyaAllah, lama-kelamaan,hati ini juga akan turut terbuka

Ya Allah, bantulah hamba mu yang serba lemah ini

Untuk melawan prasangka daripada menguasai diri

Ya Allah, kukuhkanlah cintaku pada sahabatku ini

LILLAHI…


p/s : Allah berfirman (Surah Al-Hujuraat: 12) bermaksud:



“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Jika demikian keadaan mengumpat maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani.”

berprasangka buruk? Astagghfirullahalazim.. that means we have to check back our hearts.. there gotta be some wires misplaced or were not put in their correct positions.. let put them back while we can and while there's still time..
how?
here are some things that we can do together to make a better WIRE CONNECTION..insyaAllah..

'
together we do this aight ^_^

till then.. assalamualaikum. =)

No comments:

Post a Comment