Sahabat,
malaikat maut tak menunggu arahan kita tapi arahan si Pencipta.
Kenapa perlu tunggu lagi dua tahun untuk berubah
sedangkan tibanya ajal tidak dapat dijangka bila
yakinkah kita sempat untuk berubah
sekiranya kita mula sekarang, apakah kita akan hilang kebebasan diri
sekiranya kita mula sekarang, apakah hidup kita bagai banduan tangan bergari
sekiranya kita mula sekarang, apakah bermaksud kita sudah tidak cool lagi
Apa salah berusaha menjadi yang terbaik di sisiNya dari sekarang
tidak bebaskah kita apabila kita berjaya membebaskan diri dari maksiat
banduankah kita apabila setiap ganjaran pahala diberikan bagi setiap amalan kebaikan dan taubat
tidak cukup cool kah kita apabila berada di bawah terik cahaya matahari, kita masih steady tersenyum mengenakan pakaian yang menutup aurat
syukurlah kerana Dia sudah berikan kita kesedaran
memandu kita untuk tidak mengulangi kesilapan
persoalannya sekarang adalah diri kita ini
kini kita tahu tapi masih tak mahu
kita mungkin mahu tapi masih tak mula
bila masanya baru kita nak mula
Ketahuilah setiap saat adalah satu peluang
curilah setiap saat untuk kita berjuang
sedarlah kita juga sedang menyusuri medan perang
di mana kita tak tahu bila malaikat maut akan datang
marilah sahabat kita berubah
melakukan perubahan diri dalam setiap langkah
berubah demi mendekatkan diri kita kepada Allah
orang lain nak kata apa, biarlah.
mereka suka atau tidak, biarlah
janji, kita jangan pernah mengalah
sentiasalah iringi perjuangan dengan doa
doalah dengan penuh pengharapan dan keyakinan
la tahzan, innallaha ma'ana..
p/s : sahabat, tahu tak .. Allah mencampakkan rasa kasih dan sayang pada mu dalam diriku, dan selagi mana kasih dan sayang itu wujud, dengan kekuatan yang diberikan olehNya, akan ku cuba untuk sama-sama mentarbiyah diri ku dan diri mu untuk kita berkongsi tempat di syurga menjadi bidadari yang terpelihara. ^_^
kata-kata dari seorang insan itu :
" bersama dengan orang baik dan orang jahil adalah tarbiyah. Bila bersama dengan manusia baik, kita akan terasa utk menjadi spertinya. Bila bersama dgn manusia jahil, kita akan menghalangi diri agar tidak jadi sepertinya. Begitulah luqman al hakim menjadikan manusia sebagai teladan dan menjadikan manusia jahil sebagai ibrah. "
Dalam masa kita menghalangi diri dari tidak jadi sepertinya, janganlah kita membencinya, sebaliknya, nasihatilah dia, pimpinlah dia, biarlah pertama kali ditolak, dicaci, nasihat tidak dihirau, janganlah bersedih. Allah mahu kita merasai kemanisan di sbalik kepayahan berdakwah sebagaimana peritnya dakwah Rasulullah tercinta kita yang akhirnya mencapai kejayaan. Letakkan seluruh keyakinan pada yang Esa. Yakin kejayaan menunggu kita diakhirnya dengan izinNya..
Sahabat, terimalah cinta dan kasih ini demi Allah..
till then, assalamualaikum..
^_^