Benarlah jawapan si dia
Bahawa hatilah puncanya
kenapa dengan hati itu sebenarnya?
Perwatakan berubah setiap kali bersua
Ketahuilah bahawa dia bukanlah hipokrit
Tapi berjaga-jaga adalah sebab yang lebih konkrit
Khuatir hati ini terbawa-bawa dengan perasaan
kerna di hati ada menaruh sedikit harapan
Hati ini sentiasa berusaha untuk mentarbiyah
menjinakkan si dia untuk menundukkan pandangan
Sambil hati beristighfar mengiringi setiap langkah
Agar perasaan ini jauh dari najis nafsu dan bisikan syaitan
Hati ini juga sedar diri sentiasa diperhati
Dia berusaha untuk memuaskan si Pemerhati
dicubanya untuk mengawal perasaan ini
bagi memburu redha Illahi
No comments:
Post a Comment