ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WASAHLAN


~ spread the ♥ ya'll ~

Thursday, February 16, 2012

say NO to hypersensitive..

Terima kasih wahai hati

engkau telah memainkan perananmu dengan mantap sekali

Segera menyiram benih kesabaran saat diri tidak puas hati

Pabila pertanyaanku dijawab dengan nada yang tinggi

Hari ini aku belajar lagi tentang diri sendiri

Baru ku sedar sensitif juga sebenarnya diri ini

Perasaan sedih itu semestinya tidak dapat aku tolak tepi

Lalu kuluahkan kepada si dia yang sentiasa mendengari

Sudah tentu, pelbagai hikmah daripada situasi pagi ini

Yang terus memberiku semangat dan motivasi

Juga kesedaran untuk aku kembali koreksi diri

Sungguh nyata kasih dan sayangnya si Dia padaku

Mengajarku erti kehidupan dan perjuangan

Yang seringkali menguji kesabaran


  • “what goes around comes all the way back around” mungkinkah ini berlaku kerana aku juga pernah melakukannya pada orang lain, meninggikan suara pada orang lain? Aku cuba muhasabah kembali diri.. ya, mungkin..so, aku kena perbaiki diri.. haik..


  • Aku dah rasa betapa sakitnya bila orang tetiba naikkan suara / jawab dengan nada yang agak menyakitkan bila aku tanya elok2 ja.. jadi, aku pun tak boleh la buat macam tu kat orang lain. Depa pun ada perasaan cam aku gak, aku kena jaga hati dan perasaan depa juga.. x leh main2 wo ngan hati ni.. because hati lah seketul daging yang kalau baik daging tu, maka baiklah seluruhnya..dan sebaliknya..

  • orang kata jadi HO nanti, x leh sensitif sangat. Got scolded by Drs and nurses ain’t a big deal, aight. Well, being a HO is practically meaning u’re still a freshies, for sure not all things you’ll master, there gotta mistakes you’ll do and you learn from it. insyaAllah. So, this is the time to train urself not to be like a brat, kena marah sikit, merajuk tak nak buat kerja.. hahahaha..tolonglah, kanak2 ribena pun tak cam tu kot..
  • so, yeah,aku kena perbaiki diri and jadi tough sikit.. =D tak mau sensitif sangat.. sensitif tu boleh, but, be moderate.. Islam mengajar kita tuk bersederhana dlm kehidupan.. so, same goes to this case.. wokeyh.. ;)

till then. Assalamualaikum..

Terima kasih ya Allah..Alhamdulillah..

hati puncanya..

Benarlah jawapan si dia

Bahawa hatilah puncanya

kenapa dengan hati itu sebenarnya?

Perwatakan berubah setiap kali bersua


Ketahuilah bahawa dia bukanlah hipokrit

Tapi berjaga-jaga adalah sebab yang lebih konkrit

Khuatir hati ini terbawa-bawa dengan perasaan

kerna di hati ada menaruh sedikit harapan


Hati ini sentiasa berusaha untuk mentarbiyah

menjinakkan si dia untuk menundukkan pandangan

Sambil hati beristighfar mengiringi setiap langkah

Agar perasaan ini jauh dari najis nafsu dan bisikan syaitan


Hati ini juga sedar diri sentiasa diperhati

Dia berusaha untuk memuaskan si Pemerhati

dicubanya untuk mengawal perasaan ini

bagi memburu redha Illahi