ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WASAHLAN


~ spread the ♥ ya'll ~

Sunday, December 25, 2011

mengejar CINTA

hari ini aku mendapat tahu

bahawa dia sudah ada yang punya

ku pasti di hatinya seorang solehah unggul

diri berkata, "sungguhlah bertuah wanita yang memiliki hatinya"


mungkin ini pengajaran buat diri kecil ini

untuk kembali sedar akan tujuan diri berada di bumi Barakah ini

bukanlah untuk mencari pasangan hidup semata-mata

tapi untuk mencari ilmu , itu yang utama


ampunkan daku wahai Pencipta

kerana ku tahu belakangan ini aku sering kali terleka

dengan kemajuan teknologi yang ada

aku tewas melawan nafsu yang datang menerjah

melepaskan waktu begitu sahaja

dengan melakukan perkara sia-sia


ya Allah, ku sedar ini yang terbaik buatku

biarpun hati pilu dan sedih saat aku mendapat tahu

namun ku pujuk hati ini dengan janji Mu

Mengejar cinta manusia aku akan mudah kecewa

Tapi dengan mengejar cinta Mu , ku dapat semula mencuci jiwa


Ia fitrah dan ia lumrah

Masing-masing menginginkan pasangan soleh dan solehah

Begitu juga diri ini yang masih berusaha untuk berubah

sentiasa berusaha tuk rapatkan hubungannya dengan Allah

kukuhkan cintanya terhadap Rasulullah

dan menyumbang segalanya untuk ummah



Sekarang mungkin belum masanya lagi

Kini, ku hanya perlu fokus study

Mendalami ilmu demi mengenali yang Maha Pencipta

Merasa kagum dengan setiap ciptaanNya

Subhanallah hati kecil ini berkata

Bergetar hati setiap kali melihat kebesaranNya

Ya Allah

inginku kuatkan cintaku padaMu

inginku buru redhaMu

ku letakkan itu sebagai matlamatku

Ku serahkan soal jodoh itu pada Mu

sungguh, Engkaulah yang lebih tahu

akan ku sentiasa berdoa

agar redhaMu sentiasa mengiringi si dia

Dan pabila tiba masanya kami bersua

ketika itu baru ku tahu

Siapakah dia peneman yang telah Engkau sediakan,

khas dan yang selayaknya buatku


"Cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasih sayang Allah, Sekiranya Engkau hilang kasih sayang yang setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih engkau miliki"

No comments:

Post a Comment