ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WASAHLAN


~ spread the ♥ ya'll ~

Friday, May 10, 2013

anas gemok!

ANAS GEMOK!
(tajuk diluar konteks perbincangan, lebih kepada ekspresi random) heh =.='


Anas Muzakkir. 8 Mei 2004 (he was born)



Anas Muzakkir
Seperti yang dinamakan
Reaksi dan kata-katanya penuh peringatan
Moga terus menjadi hero nyak
Terus setia mencintai ilmu
Teruskan bertanya apabila tidak tahu
Teruskan cita-cita ingin menjadi seperti Salahuddin Al Ayubi
InsyaAllah, Anas Muzakkir seorang pemuda Islam yang berani
meletakkan Allah sentiasa di hati
_______________________________________________________________

News At Home atau nama singkatannya, NAH (oh bajet skali lagi stelah skian lama.) - bunyi cengkerik- 

NAH selalu menyebabkan aku gelak sorang-sorang depan laptop, kemudian mata berair.
And most of  'em are because of this lil boy  supermuslim, insyaAllah.

Flashback memories also part of therapy what.. teehee~






for personal record, THIS IS EPIC.. (kesian anas keh2) -copy paste from nyak-

One night last week, while getting ready to bed this conversation took place
Me: Anas rasa rasa Anas nak jadi apa bila besaq nanti
Anas: Anas nak jadi saintis yang MASUK SYURGA (he responded spontaneously)
Me: (taken by surprised with his remark..) Macam mana nk jdi saintis yg masuk syurga?
Anas: Kena baca dan kaji Alquran, cuba buat apa yg Allah suruh
Daughter: Nyak tak tau ka? Anas dah pernah bagi tau kat kami (siblings)
Me: Owh…ya ka? Why I didn’t know then?
Anas: sebab kalau anas bagi tau, mesti Nyak tulis kat FB.
Me: (LOL…) Tak bole ka Nyak tulih kat FB?
Anas: Nyak tak payahla tulis sebab itu rahsia Anas…..
Me: owh…ya ka, tapi Ny tulis kat FB sbb kalau panjang umur Nyak nak tunjuk kata2 Anas kat anak2 Anas…
Anas: hhmmm…..(tersenyum malu) nyak nih…



kadang, budak kecik yang bagi peringatan kat orang tua kan. infact depa punya peringatan are more genuine and innocently delivered. Kanak-kanak suci pemikirannya, hatinya mudah tertarik dan terusik. Kita sebagai kakak, abang, mak, ayah, gotta show 'em a good example .

Maybe tu sebab nyak letak anak sulung nya bernama Uswatul Hasanah. bagi teladan kat adik-adik. Heh. ha, sat, tanya diri tu sikit, sejauh mana kau dah tunjuk teladan cik kak oi? (menangis la sorang2, tak dak sapa nak pujuk)  

oh, It's always too early to quit (tetiba terlintas, tulih pi la since mcm berkait ja)

Masih tak terlambat untuk kau menjadi kakak yang supergarang superkakak yang penyayang. Banyak benda yang kau belajar/lihat seniri kat Mesir ni kan. looking at the children along the road, buat kau senyum sorang-sorang, teringat adik-adik, so balik Malaysia nanti, time to implement whatever you think necessary and beneficial for 'em and also to the community. insyaAllah.
_______________________________________________________________________________
balik Malaysia simply untuk lepas rindu kat family tu apala sangat cik kak oi, even kat sini, kau boleh lepas rindu kat depa tahu.serius tak tipu. so set mind and heart.

"KAU BALIK MSIA ADA MATLAMAT. ADA PERUBAHAN KAU NAK BUAT. BIAR BERGUNA DAN KALAU BOLEH BAGI SEMUA DAPAT MANFAAT. BUKAN MANFAATNYA KAU SAHAJA YANG DAPAT.  insyaAllah.

ni tak, balik nanti aku nak tu, aku nak ni, nak balun semua yang tak dak kat mesir ni. SUDAH-SUDAH LAH FIKIR PASAL AKU . AKU . AKU JA TAK HABIH HABIH .

zaman infant kita dah berlalu maka zaman kegemilangan kita mendapat segala macam spotlight sudah berakhir tahu. We're not anymore attention seeker people. We're adolescences going adults (insyaAllah), gotta transform our mode to attention GIVER alrighty ;)

ATTENTION GIVER, bertukar!! (suara power rangers)
______________________________________________________________________________
btw, priceless reaction of an innocent little girl. Shows how sensitive they are. Children do know how to appreciate. infact their appreciation seems legit and sincere, i can say. ops. hehehe :) tak percaya? tengok vid ni > https://www.facebook.com/photo.php?v=461677770558478

okay. mode rindu kat family sudah terubat. aha. kembali kepada pelvis boleh?

ini bukan pertanyaan, ini satu arahan.
dah, pergi sana.

(lari)

p/s 1: bukankah cinta dan sayang itu diiringi dengan pengorbanan? ^_^

p/s 2: pengorbanan perlukan kekuatan. tahu mana nak dapat kekuatan tu?

"God never promised you days without pain 

Laughter without sorrow 

Sun without rain 

But He did promise strength for you every day" 



Abang-abang Outlandish



~Bersandarlah pada yang kekal kerana disitu sumber kekuatan yang sebenar dan berterusan~

 bukan on and off atau blackout suddenly. eh!

p/s 3: Semangat atau motivasi turun naik? itu biasa? mana mungkin ada perkataan mujahadah/hamasah sekiranya tiada perkataan futur. tapi, itu bukan sebab atau alasan untuk tidak meneruskan perjuangan. kenalpasti masalah dan LAWAN. sumber kekuatan kita apa? ya.

DIA YANG KEKAL. DIA YANG SATU. DIA YANG ESA. DIA ITU ALLAH AZZA WAJALLA. YANG PENUH RAHMAT. POHONLAH KEPADANYA.

WORK HARD. PRAY HARDER.


eh, bukan tadi dah lari ka, ka tiba2 tersungkur di tengah jalan?
bangun balik. sambung lari.


_________________________________________________
Anas > Msia > Exam ( reality is, the other way round. gotta sit for exam before going back to malaysia, and then only can give bear hug to Anas Muzakkir. insyaAllah.)


sollu a'lan Nabi.

^_^








Tuesday, September 4, 2012

Pabila Cik Adik Kecil berkata-kata


Atas sedikit kesilapan komunikasi antara beberapa pihak, cik adik kecil dibiarkan menunggu di KAFA USM sejak pukul 11.00 pagi. Disebabkan hampir setengah jam menunggu, cik adik kecil yang berusia lapan tahun itu, mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke rumah. Keputusan drastik itu diambil selepas budi bicara bersama hati,nafsu dan akal kerana bimbang akan lambat untuk ke sekolah kebangsaan pada sebelah petangnya.

Ketahuilah jarak USM ke rumah cik adik kecil tidaklah dekat sekiranya berjalan kaki. Tambahan pula, jalan yang memerlukan kekuatan mendaki bukit untuk keluar dari kawasan kampus USM itu sendiri sudah amat memenatkan ditambah pula dengan pendakian  bukit di luar USM untuk sampai ke rumah.
Tak dapat bayang?

Peta ini mungkin membantu menjana bayangan anda. ^^


Pengembaraan cik adik kecil bermula dari KAFA USM hinggalah ke PONDOK PEGAWAI, dimana Encik SuperGuard memberhentikan cik adik kecil dan berlakulah dialog antara mereka. Hasil perbualan tersebut berakhir dengan Encik SuperGuard menghantar cik adik kecil ke rumah. Semoga Encik SuperGuard sekeluarga sentiasa dikurniakan rezeki di dunia dan di akhirat dan sentiasa di bawah perlindunganNya.

Sejurus tibanya cik adik kecil di muka pintu rumah, aku berasa terkejut. Soalan yang asalnya di fikiran “Dah pukul 12 lebih dah Anas, pi siap. Nanti balik sekolah minden pun boleh pi main dengan Daniel kan” bertukar rupa menjadi dua patah sahaja iaitu, “Awat Anas?” apabila melihat muka sedihnya yang sedang cuba sedaya upaya untuk menahan tangisan sambil renungan dalam matanya bertemu mataku yang penuh dengan tanda tanya. Baru aku faham situasi sebenar. Anggapan aku bahawa cik adik kecil sudah pulang dan sedang bermain di depan rumah bersama jiran apabila mendengar gelak tawa kanak-kanak di hadapan rumah yang suaranya persis suara cik adik kecil sambil aku sedang melayari internet adalah tersasar jauh sekali. 

Mengetahui hakikatnya menyebabkan aku rasa bersalah yang teramat. Rasa bersalah mencecah ketinggian gunung tertinggi di dunia.

“Anas, kak us mintak maaf tau.  Sorry sangat sangat tau Anas.” aku berkata sambil menahan sebak lalu memeluknya.

“Takpa”, jawab cik adik kecil sambil mengesat air mata.

Sungguh, rasa bersalah menyelebungi diri. Warghhh T.T

Namun …

PABILA CIK ADIK KECIL BERKATA-KATA

Perbualan antara aku dan cik adik kecil.

 “Anas jalan jauh kot sampai kat pondok pak guard. Naik turun bukit plak tu. Mesti Anas penat kan. Masa Anas jalan jauh tu, apa yang Anas fikiaq? Mesti dok fikiaq sampai hati kak us tak ambik Anas kan? Anas, kak us mintak maaf tau sekali lagi. Kak us ingat Anas dah balik  dengan daniel n tengah dok main kat depan tu sebab dengaq suara macam suara Anas. Sorry tau Anas.” 

“Ya, masa awai-awai Anas sedih la sebab kak us tak ambik Anas, kata sayang tapi kenapa tak ambik. Anas ingat kak us yang akan ambik Anas.  Anas pun tak nampak pak ** tadi. Tapi lama-lama Anas x fikiaq dah. Anas selawat sikit-sikit.Anas sedih sikit sebab masa Anas jalan tu, orang semua tengok Anas pelik, tapi tak dak pun yang berhenti, tolong Anas. Tapi Anas ingat Nabi kuat walaupun jalan lagi jauh daripada Anas. Anas tak boleh berhenti walaupun Anas penat sikit. Nasib baik pak cik guard tu tolong Anas masa Anas nak keluaq kat gate USM nak pi minden tu. ”

“Anas tau tak, walaupun Anas jalan sorang-sorang, tapi ada yang dok tengah lindungi Anas, tau dak?”

“Anas tau, Allah la. Allah baik sangat tau kak us. Masa Anas jalan naik bukit tu kan, Anas dok keluar peluh, pastu tiba-tiba ada angin. Anas tau Allah yang bagi angin tu. Anas senyum sorang -sorang pastu cakap terima kasih kat Allah. Allah betui-betui jaga Anas”

Allahu Allah, kagum mendengar jawapannya lantas air mata bersalah bertukar menjadi air mata gembira + terharu.

Cik adik kecil begitu positif mengharungi perjalanan yang naik turun bukit dan berliku-liku itu dengan menjadikan Allah dan Rasulullah sebagai sumber kekuatan dan penguat semangat.

Benar, jika dilihat secara zahirnya, ia adalah satu tindakan yang amat berbahaya di mana seorang kanak-kanak berjalan berseorangan. Namun, jika dilihat secara batinnya pula, ternyata terdapat butir-butir permata hikmah yang indah dan sangat menyentuh jiwa hasil pengembaraan cik adik kecil itu.

Kata-kata memuji Allah version kanak-kanak itu menunjukkan cik adik kecil yang suci fitrahnya, tiada dosa ini merasa akan keberadaan Allah Yang Maha Esa sentiasa. Menjadikan Rasulullah yang tidak pernah dilihatnya, tapi seringkali diperdengarkan kisah-kisah hebat berkaitan baginda kepadanya sebagai pendorong cik adik kecil untuk teruskan perjalanan.

Semoga pengembaraanmu pada hari ini mengajarmu untuk sentiasa menjadikan Allah dan Rasulullah sebagai sumber kekuatanmu hingga ke akhirnya, wahai cik adik kecil. Semoga cik adik kecil ini menjadi pemuda Islam yang mendapat tempat teragung di sisi Allah S.W.T .

Itu kisah pengembaraan cik adik kecil. 

Semoga kisahnya sedikit sebanyak mengajar kita dalam menjalani cabaran dan ujian dalam kehidupan ini. Sesungguhnya Allah bersama kita. Dan sungguhpun kita tidak berada di zaman hidupnya Rasulullah, namun jangan lepaskan peluang mencontohi sifat baginda kerana sungguh, rasulullah adalah sebaik-baik ikutan dan teladan bagi seluruh umat. Tidak bertemu baginda di dunia, insyaAllah bertemu jua di akhirat. 

p/s: Pengajaran juga buat diri untuk  :
  •  buat double check akan maklumat yang diberikan orang.
  • tidak mudah buat anggapan tanpa melihat sendiri
  •  tidak terlalu mengharapkan bantuan orang lain sedangkan diri mampu melakukannya.


~ Jadikan peristiwa hari ini sebagai pengajaran untuk hari esok, lusa, tulat dan seterusnya. ~


Till then, let's spread the loves and dua's for Muslims around the globe.

^_^

Monday, September 3, 2012

"doktor x dak life?" T.T


“Kakak tau tak, cikgu adik cakap, baik jangan jadi doktor,susah jadi doktor. doctor x de life” , tangan aku yang sedang mencarik isi ayam goreng terus berhenti sejurus mendengar kenyataan cik adik hitam manis yang sedang menyambung perjuangan di Sekolah Terkenal itu. Terkejut mendengar kenyataan itu, lebih-lebih lagi kerana kenyataan itu keluar dari mulut seorang guru yang kata cik adik manis, guru baru di sekolahnya itu. Well, sekolahnya, sekolahku juga suatu ketika dahulu. Tapi kata kami, once a ‘Terkenal’ian, always a ‘Terkenal’ian.. (kenyit mata sebelah bunyi duit)

Jadi, sedikit sebanyak, aku sedih mendengar kenyataan tersebut tambahan aku kini sedang berjuang dalam lapangan perubatan untuk menjadi doktor yang dikatanya tiada ‘life’ itu.

Sampai hati. (menangis teresak-esak,)  (kredit)

  Aish, apakah? Pejuang x boleh merajuk, haruslah kuat..Allah Ma’ana.



“betulkah doktor x dak life?” soal aku sendirian.
Sebelum menjawab monolog aku itu, aku mengingatkan semula diriku yang sering mudah lupa, kepada makna ‘life’ ataupun kehidupan menurut kamus seorang hamba di bumi sementara ini. 

Kehidupan padanya ada dua iaitu kehidupan di dunia dan juga kehidupan di akhirat. Namun dia hidup untuk akhirat dan dunia digunakannya sebagai tempat bekerja. Jadi, berdasarkan definisi dari kamus seorang hamba di bumi sementara ini, ternyatalah doktor punya life, tahu.. HOORAYYYYY..
seronok bagaikan first goal Podolski setelah menyarung jersi Arsenal
(kredit)
Eh, tunggu, jangan seronok sangat boleh?

Okay,baik, kamu berhak untuk seronok buat seketika kerana kamu ternyata punya kehidupan.hohoho

Tapi, cik adik hitam manis masih bingung kenapa cikgu cakap macam tu? Tidak, tak boleh biarkan adik dibelenggu kebinggungan. Mari sini kita faham definisi life menurut cikgu pula. Kan pak cik Stephen Convey dah pesan, ‘Seek first to understand, then to be understood’ (sekali lagi kenyit mata sebelah bunyi duit)

Cikgu, life yang cikgu maksudkan tu apa ye?

Mungkinkah? 
Kehidupan kanak-kanak ribena yang penuh keseronokan,gelak ketawa riang bersama, membeli belah baju fesyen terkini, membaca majalah hiburan dan gossip artis sensasi tanah air yang panas bak makanan2 dari PHD (Pizza Hut Delivery, balik Malaysia baru ni, baru tau akan kewujudannya. :3 ) , menghupdate twitter setiap saat dan ketika walau dimana anda berada akan SETIAP AKTIVITI DAN LUAHAN HATI ANDA.aduhai.(oh, kami guna fb jer, baik, fb x terkecuali okay,ohohoi) dan sentiasa up to date dengan segala hiburan terbaik masa kini..

ATAUPUN

Kehidupan kakak-kakak selepas berkahwin, yang keenakannya dikongsi bersama yang tercinta hasil kisaran resepi rahsia ini iaitu tanggungjawab dan cinta (opps, dah x rahsia dah, =.=’). Kehidupan di mana setiap hujung minggunya diluangkan bersama yang tercinta, main kejar tutup mata , celucak bersama anak-anak (wah,ini sungguh comel ^_^), beraksi bagaikan master chef di dapur menyediakan menu-menu hebat istimewa untuk keluarga tersayang.(wah,ini sangatlah seronok untuk dilakukan, bukan? “anything for our beloved ones”)

Pendek kata, penuh dengan kemudahan, keseronokan, dan riang ria raya bersama cornflakes..

Ok, x adil untuk aku tentukan kehidupan mana yang cikgu maksudkan..

Tapi bila teringat satu statement dari guruku yang juga pendidik dari Sekolah Terkenal itu, aku rasakan guru-guru hanya mahukan murid-muridnya senang, selesa, dan gembira dalam kehidupan mereka. Sungguh, mana ada guru yang mahu melihat anak didik mereka sedih, monyok, derita, sengsara hidupnya bukan?

“Anak cikgu ada sorang ambik medic, cikgu tengok dia pun cikgu kesian, x macam adik dia yang amik course lain, boleh relax sikit. Adik dia siap boleh shopping sana sini, happy ja tengok, tapi dia serious, pi mana buku memanjang”. Kata cikgu kepada anak2 muridnya yang pada ketika itu tingkatan 3 nak masuk 4, masih kelabu pemikiran akan tujuan kehidupan dan lebih memburu keseronokan dan hiburan Disney, MTV, AMA, Hollywood, Bollywood dan sebagainya .(Aduh, jahiliyyah hebat mencengkam jiwa tika itu di mana kekotorannya masih berbekas hingga kini. jom activate Rinsing,Washing,Spinning non stop). :'(((((((((((( 

So, it’s all back to us...(angkat dua2 kening)

Tunjukkan pada guru-guru yang kita tak sedih, monyok, derita mahupun sengsara sungguhpun kita sedang berjuang di medan perubatan untuk menjadi penyumbang ummah. Erti kehidupan pada kami adalah memberi, cikgu. J insyaAllah.

InsyaAllah, Firman Allah dalam surah As-Sharh akan sentiasa menjadi motivasi kepada kami untuk sentiasa bersemangat dan tidak berputus asa sepanjang perjalanan hidup belajar dan bekerja sebagai doktor untuk agama kelak.

“For indeed, with hardship,will be ease” , verse 5, Surah Ash-Sharh.

InsyaAllah, selagi mana Allah menetapkan hati kami untuk terus mengertikan kehidupan pada memberi. Kami akan berjuang bersungguh-sungguh demi agama , memberi manfaat kepada orang lain, sebagai wasilah untuk menjadi ‘pekerja’ favourite ‘CEO’nya because Allah is our true CEO. Cikgu, doakan kami ya.  J

Luahan hati seorang ibu yang sudah berkecimpung dalam bidang perubatan selama lebih 20 tahun ketika anaknya(sedang di tingkatan 4) memilih untuk tidak menjadi doktor kerana situasi yang sama, “Nyak (panggilan ibu dalam bahasa Acheh) seronok jadi doktor. I love my work and I enjoy knowing that I can do something to the people, I do enjoy my life, so sapa kata doktor x dak life?!” – Alhamdulillah, ibu aka doktor ini sudah mempunyai 5 cahaya mata.  ;)

Hatiku bertambah semangat melihat semangat membara itu melingkari sekelilingku..muahahaha.. rasakan SEMANGAT BERGANDA!!! .. (moga kekal sentiasa , Allahumma aamin)

Cik adik hitam manis yang hampir memadam lakaran cita-cita mengambil bidang kedoktoran,terus meletakkan ‘pemadam’nya dan kembali mengambil ‘pensel lukisan’ bagi menyambung lakaran cita-citanya itu.. go cik adik hitam manis go!!! 

Wahai guru yang sangat dikasihi, kata-katamu sentiasa menjadi motivasi dan suntikan ‘steroids’ buat kami. Dengarlah cita-cita dan impian anak didikmu ini, kami tidak berfantasi menginginkan kehidupan yang senang , mudah dan seronok sentiasa. Kami sukakan cabaran dan kami yakin dengan didikan dari kalian, wahai guru, kami mampu menghadapi cabaran ini. insyaAllah. Cikgu, didiklah kami untuk terus gigih bekerja di dunia, agar kami dapat hidup senang,mudah dan seronok sentiasa di akhirat kelak.

Achieving your dreams may take a really long time but don't lose hope
        (kredit)


‘Go for your dream, children. On the processing of achieving it, surely you’ll face obstacles and challenges, no matter what is it, not just doctors, every job has its own 'sauce and pepper' to spice it up, but again, that’s when you’ll learn the meaning of life and you realize, it’s about giving to the people here, so that you’ll be getting everything in the hereafter. InsyaAllah, Go dear, be beneficial to the ummah, Allah is always with those who help the deen’ , says the teacher to her beloved students.

JOM TENTUKAN TUJUAN HIDUP KITA.. dan MULAKAN LANGKAH.. kan pak cik Convey dah pesan, “Begins with the end in mind”..Pesanan ini turut menjadi pesanan emas dari ustaz Ridha kepada penuntut MEP 11 bertempat di masjid INTEC, Shah Alam waktu orientasi dulu.(Allahu, rindu saat2 di Intec :’) )

~Tujuan hidup adalah untuk memberi… memberi manfaat kepada makhluk seluruhnya..demi mencapai mardhatillah.. insyaAllah..~

Sahabat2 sekolah tadika,rendah dan menengah, rata-ratanya sudah berada di universiti sedang menyambung pelajaran mereka.Selamat menyambung perjuangan anda di mana jua anda diletakkan olehNya.

p/s 1: Doakan untuk kita semua, umat Islam seluruhnya yang sedang berjuang untuk agama, agar bersatu, berganding bahu, mahupun berada jauh berbatu-batu, tetap, teguh pada Dia yang Satu.

 p/s: 2: Selamat menyumbang untuk ummah, wahai para _______ sekalian..x kisah apa pekerjaannya sekalipun. Doktor, Akauntan, Encik XY bersama penyapu saktinya mahupun Puan XX bersama sudip ajaibnya, etc. Jom jadi mereka yang memberi manfaat kepada orang lain.. ;)

till then, continue spread the loves and dua's
lots of love

^_^

Sunday, June 10, 2012

the missing piece..


terjumpa ni kat Home fb tadi..
err.. 
rasa cam nak tambah sikit..
ngeee~

gadis bertudung purple yg comel :  Ya Allah , hamba mohon Ya Allah, Engkau jagalah hati bakal suami ku dan semoga dia sentiasa berusaha untuk menjaga pandangannya dripada godaan2 sebegini wherever he is..whispering to herself

gadis blonde yang hot : apa yang hang bisik sorang2 tu? share la ngan aku jugak..ala hang ni..

gadis bertudung purple yang comel : err, hihi..tak dak apa2la..Nak tanya sikit blh? Hang tak rasa sedih ke depa cakap mcm tu?

gadis blonde yang hot : ala, depa tu buat mcm akan dapat isteri solehah kalau depa pun perangai galak, dok usha prempuan memanjang. klau hang, nak ka orang cam depa tu?

gadis bertudung purple yang comel: kalau diberi pilihan, for sure aku nak lelaki yang soleh, jaga pandangan, jaga akhlak dan tutur kata, hormat orang lain, parents, family, friends, and others. Besides, depa yang akan jadi imam kita kan? Depa yang akan jadi bapa untuk anak2 kita.  Having a beautiful family tht is blessed by Allah is like everyone's dream kan?.hehe. but again, kita tak tau sapa yang Allah letak untuk jadi bakal suami kita.misteri sungguh.. tapi kena ingat jugak, Allah ada berfirman dlm surah an-Nur , 

 “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

hang plak camna? mesti nak yang cam Matt Bomer kan2? hehehe.. well, he is indeed handsome..but..

gadis blonde yang hot : yeap, handsome, but come on, he's gay weyh.. can't believe tht.. I guess muka  handsome camna pun, klau agama tu tak dak, memang zero weyh..zero.. off my list, okay?  Well, since u've asked me, of course la aku pun nak gak ciri2 yang cam hang kata tu. Nak harapkan laki2 tadi tu guide aku, hih, hampeh.. Aku nak pilih lelaki yang dapat guide aku untuk bawak aku sama2 masuk syurga. sebab ustaz penah kata syurga tu indah.indah sangat. tapi, bila hang bgitau aku ayat surah an-Nur tuh, aku rasa cam, aku nih ada harapan ka? 

gadis bertudung purple yang comel : haish , hang nih.. of course la ada..Allah tu Maha Pengampun lagi Maha Adil. Allah sayang hambanya yang bertaubat dan berubah ke arah kebaikan.  Manusia boleh berubah, it's just tht sama ada depa nak atau dak,  sanggup rendahkan ego depa untuk mendapatkan redha Allah, or not. it's their choice.. and2 not possible, those two guys just now, pun blh berubah tau.. 

gadis blonde yang hot : u serius? meaning aku pun boleh la kan..=') *tears rolling* Allah dah bnyk tunjuk aku cara nak berubah, one of 'em is He makes me be friend with you, but I often neglected it and walk down the road without covering my aurah with pride..i guess i was fooled by what's being told by the media..because having ourselves half naked is seriously not beautiful.not at all, na'ah..weyh, nak mintak tolong sikit boleh? 

gadis bertudung purple yang comel : Alhamdulillah, you be able to realize that..lets not be fooled by those media aight.. insyaAllah, what's up?

gadis blonde yang hot : ngeee~ hehe.. jom pi Husain, teman aku beli tudung? nak?

gadis bertudung purple yang comel : say what? ya Allah, of course, sure, hang nak tudung mcm mana? pashmina? selendang?  ada belambak weyh.. 

gadis blonde yang hot : weyh, tudung biasa cam hang sudah.. hang penah ckp kat aku kan, our goal is to be beautiful infront of Allah, i guess tht's what i'm aiming for.. takut bergaya2 sangat, godaan banyak mendatang.. masih tak kuat..><

gadis bertudung purple yang comel : ok, whatever you say sayang.. btw, pashmina tak salah, asalkan cover aurah tau..hehehe

gadis blonde yang hot :  i know i know.. but i prefer something simple, ok makcik?.. ^_^ 

gadis bertudung purple yang comel : haha..ok2, jom, tahan teksi..

gadis blonde yang hot : hey, gazillion thanks my friend, thanks for not losing hope on me.. even i know i can be irritating sometimes and yes i know, i did make u.....

gadis bertudung purple yang comel : what2? nope, didn't hear that..na'ah.. haha =P

gadis blonde yang hot : fine, (slide into da taxi)

gadis bertudung purple yang comel : heyh, i love you lillah.u know tht right? *wink wink*

pakcik teksi : ila feen ? (nk pi mana)

gadis blonde yang hot : Husain ya ammu.. (ya Allah, syukur ya Allah, Engkau sedarkan aku sebelum Engkau menjemputku tuk menghadapMu bersama amalan2ku yang sangatlah kurang sebelum ini.Ya Allah, akan ku cuba , usaha perbanyakkan amalan soleh untuk dekat denganMu. Ya Allah, semoga hati ini sentiasa mencari dan suka akan kebaikan. Ya Allah, I seek for Your love and the loves of those who love You, Ya Rabb)

gadis bertudung purple yang comel : (ya Allah, Alhamdulillah, moga kami dapat2 sama menguatkan antara satu sama lain ke arah mndapat redha Mu) 


gadis bertudung purple yang comel dan gadis blonde  gadis bertudung biru yang hot
 dan sahabat2 tercinta keranaNya 

okay, terpanjang la plak.. but, u see, it's never too late to change. Rasulullah has never teach us that it's too late for anything especially when it comes to changing to be a better muslim. only death is what puts our effort to a period, but before that, there's still time, my friends..  insyaAllah, we change for the sake of attaining Allah's love, He'll shower us with blessings and love, and put us to be around those who love Him too.. and who knows, we might find Mr. somewhere in between those lovely people.. seek love from Him first jom.. ^_^

yup..cerita ni rekaan semata2 but it can never be impossible right? 
together we help each other, that's what sisters are for, ain't it ;) 

love you people.. 

Saturday, May 19, 2012


Ya Allah
Kau menjadi saksi petang itu
Antara aku dan si kecil itu
Disebelahnya, ku berdiri
Sambil melihat kanan dan kiri
Bersedia untuk melintas ke seberang jalan
Melihat sahaja jalan sudah lengang
Ku terus menyambung perjalananku
Mengendahkan si kecil itu 
tanpa bertanya kemanakah dia ingin menuju

Hati tetiba rasa tidak enak, 
kenapa ku biarkan dia disana
Kepala kutoleh, mata liar mencarinya
Kelihatan dia dipimpin seorang makcik melintas jalan
berjalan ke arah ku
Terus tersenyum tanda lega

Tiba – tiba, kesedaran mengetuk jiwa
Ya Allah, betapa ignorant nya diri ini
Hati menangis, mata cuba menahan
Astaghfirullah,
Betapa bongkaknya diri ini berjalan
Sedikit pun tidak offer bantuan
Aku hanya hamba di bumi Tuhan
Aku juga ada masanya perlukan bantuan
Mahukah Aku dibiarkan berseorangan

Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku
di'tampar'nya aku di saat itu juga
Mahu aku sedar yang hidup ini sementara
Jangan terlalu leka dan hidup megah
Rasakan hidup hanya aku punya
Tanpa memikirkan mereka di luar sana

Dunia ini cuma sementara
Mungkin sahaja mereka yang susah di sini
Di akhirat sana, tersenyum gembira
Dan mungkin juga aku disini
Terlalu megah dengan kesenangan
Tapi disana tunduk , melutut, menangis mohon diampunkan

Ketika di sana, segala tangisan tidak berguna
Kerana tika itu hanya masa menghisab
Disinilah, di dunia ini lah tempat untuk aku menangis
Menangis sepuas hati
Memohon ampun, menghakis egois
Aku yakin Allah mendengar setiap kata2 aku
Ya Allah, aku mohon ampunMu
Ya Allah, ampuni aku..

p/s : -
pengalaman ini inginku kongsi, 
untuk sama2 cuba koreksi diri, 
tika kita berjalan mahupun berlari, 
sekerap mana kita cuba melihat orang sekeliling, 
jikalau ada yang perlukan bantuan,  
atau kita terus  jalan dengan penuh bangga diri, 
terlalu asyik menjaga perhiasan diri 
kerana inginkan perhatian duniawi
bas,katakan selamat tinggal pada pandangan bias duniawi
jom sama2 kita kejar pandangan adil dan rahmat Illahi
insyaAllah, lebih tenang rasa hati ini..

bas (bhasa Arab Mesir / urdu ) : cukup , sudah

Wallahua'lam..

6.52 pagi
atas meja ungu
dihadapanku laptop
disebelahku buku Biochem

kena sambung balik, bca sikit, ^^ b4 pergi majlis ilmu kat Masjid Azhar, bersama Fadhilatus Syaikh Yusri, bincang Hadith Ummu Maabad dan Hadith Hind Ibn Abi Haalah.. Tak sabaq nak dengar dan mendalami personaliti dan akhlak terpuji dan terindah Rasulullah. Sesungguhnya Rasulullah itu adalah Uswatun Hasanah (contoh yg baik).. 

Jom contohi Rasulullah. Baginda sentiasa ambil berat akan keadaan makhluk sekeliling baginda. ^_^ 




Wednesday, April 25, 2012

jom lakukan sekarang !!

Sahabat,
malaikat maut tak menunggu arahan kita tapi arahan si Pencipta.
Kenapa perlu tunggu lagi dua tahun untuk berubah 
sedangkan tibanya ajal tidak dapat dijangka bila
yakinkah kita sempat untuk berubah

sekiranya kita mula sekarang, apakah kita akan hilang kebebasan diri
sekiranya kita mula sekarang, apakah hidup kita bagai banduan tangan bergari
sekiranya kita mula sekarang, apakah bermaksud kita sudah tidak cool lagi

Apa salah berusaha menjadi yang terbaik di sisiNya dari sekarang
tidak bebaskah kita apabila kita berjaya membebaskan diri dari maksiat 
banduankah kita apabila setiap ganjaran pahala diberikan bagi setiap amalan kebaikan dan taubat
tidak cukup cool kah kita apabila berada di bawah terik cahaya matahari, kita masih steady tersenyum mengenakan pakaian yang menutup aurat

syukurlah kerana Dia sudah berikan kita kesedaran
memandu kita untuk tidak mengulangi kesilapan
persoalannya sekarang adalah diri kita ini
kini kita tahu tapi masih tak mahu
kita mungkin mahu tapi masih tak mula
bila masanya baru kita nak mula

Ketahuilah setiap saat adalah satu peluang
curilah setiap saat untuk kita berjuang
sedarlah kita juga sedang menyusuri medan perang
di mana kita tak tahu bila malaikat maut akan datang

marilah sahabat kita berubah 
melakukan perubahan diri dalam setiap langkah 
berubah demi mendekatkan diri kita kepada Allah
orang lain nak kata apa, biarlah.
mereka suka atau tidak, biarlah
janji, kita jangan pernah mengalah
sentiasalah iringi perjuangan dengan doa
doalah dengan penuh pengharapan dan keyakinan
la tahzan, innallaha ma'ana.. 


p/s : sahabat, tahu tak .. Allah mencampakkan rasa kasih dan sayang pada mu dalam diriku, dan selagi mana kasih dan sayang itu wujud, dengan kekuatan yang diberikan olehNya, akan ku cuba untuk sama-sama mentarbiyah diri ku dan diri mu untuk kita berkongsi tempat di syurga menjadi bidadari yang terpelihara. ^_^

kata-kata dari seorang insan itu : 
" bersama dengan orang baik dan orang jahil adalah tarbiyah. Bila bersama dengan manusia baik, kita akan terasa utk menjadi spertinya. Bila bersama dgn manusia jahil, kita akan menghalangi diri agar tidak jadi sepertinya. Begitulah luqman al hakim menjadikan manusia sebagai teladan dan menjadikan manusia jahil sebagai ibrah. " 

Dalam masa kita menghalangi diri dari tidak jadi sepertinya, janganlah kita membencinya, sebaliknya, nasihatilah dia, pimpinlah dia, biarlah pertama kali ditolak, dicaci, nasihat tidak dihirau, janganlah bersedih. Allah mahu kita merasai kemanisan di sbalik kepayahan berdakwah sebagaimana peritnya dakwah Rasulullah tercinta kita yang akhirnya mencapai kejayaan. Letakkan seluruh keyakinan pada yang Esa. Yakin kejayaan menunggu kita diakhirnya dengan izinNya.. 

Sahabat, terimalah cinta dan kasih ini demi Allah.. 
till then, assalamualaikum.. 
^_^














Sunday, April 1, 2012

sahabat, akan ku cuba...

Kadang hati ini diselubungi prasangka

Semua yang si dia lakukan

Semuanya serba tak kena

Aku sendiri bingung mengapa

Aku cuba untuk melawan prasangka itu

Setiap kali ia datang menghantuiku

Aku terus beristighfar , mohon kekuatan

Untuk menentang dan melawan

Kadang aku mampu , kadang aku tetap tewas

Aku inginkan persahabatan yang bebas prejudis

bukan pujian atau kata-kata manis

tapi keselesaan dan ketenangan pabila bersama

gelak ketawa dan kesedihan dikongsi bersama

mungkin kerana ini masih di awal pertemuan

masing2 sedang pelajari hati budi dan perwatakan

segalanya memerlukan tolak ansur dan kesabaran

dalam membina kemanisan dan keikhlasan dalam persahabatan

insyaAllah, aku mampu dan aku tau dia juga sedang mencuba

Akanku cuba untuk sentiasa bermanis muka ketika bersua

insyaAllah, lama-kelamaan,hati ini juga akan turut terbuka

Ya Allah, bantulah hamba mu yang serba lemah ini

Untuk melawan prasangka daripada menguasai diri

Ya Allah, kukuhkanlah cintaku pada sahabatku ini

LILLAHI…


p/s : Allah berfirman (Surah Al-Hujuraat: 12) bermaksud:



“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Jika demikian keadaan mengumpat maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani.”

berprasangka buruk? Astagghfirullahalazim.. that means we have to check back our hearts.. there gotta be some wires misplaced or were not put in their correct positions.. let put them back while we can and while there's still time..
how?
here are some things that we can do together to make a better WIRE CONNECTION..insyaAllah..

'
together we do this aight ^_^

till then.. assalamualaikum. =)

Thursday, February 16, 2012

say NO to hypersensitive..

Terima kasih wahai hati

engkau telah memainkan perananmu dengan mantap sekali

Segera menyiram benih kesabaran saat diri tidak puas hati

Pabila pertanyaanku dijawab dengan nada yang tinggi

Hari ini aku belajar lagi tentang diri sendiri

Baru ku sedar sensitif juga sebenarnya diri ini

Perasaan sedih itu semestinya tidak dapat aku tolak tepi

Lalu kuluahkan kepada si dia yang sentiasa mendengari

Sudah tentu, pelbagai hikmah daripada situasi pagi ini

Yang terus memberiku semangat dan motivasi

Juga kesedaran untuk aku kembali koreksi diri

Sungguh nyata kasih dan sayangnya si Dia padaku

Mengajarku erti kehidupan dan perjuangan

Yang seringkali menguji kesabaran


  • “what goes around comes all the way back around” mungkinkah ini berlaku kerana aku juga pernah melakukannya pada orang lain, meninggikan suara pada orang lain? Aku cuba muhasabah kembali diri.. ya, mungkin..so, aku kena perbaiki diri.. haik..


  • Aku dah rasa betapa sakitnya bila orang tetiba naikkan suara / jawab dengan nada yang agak menyakitkan bila aku tanya elok2 ja.. jadi, aku pun tak boleh la buat macam tu kat orang lain. Depa pun ada perasaan cam aku gak, aku kena jaga hati dan perasaan depa juga.. x leh main2 wo ngan hati ni.. because hati lah seketul daging yang kalau baik daging tu, maka baiklah seluruhnya..dan sebaliknya..

  • orang kata jadi HO nanti, x leh sensitif sangat. Got scolded by Drs and nurses ain’t a big deal, aight. Well, being a HO is practically meaning u’re still a freshies, for sure not all things you’ll master, there gotta mistakes you’ll do and you learn from it. insyaAllah. So, this is the time to train urself not to be like a brat, kena marah sikit, merajuk tak nak buat kerja.. hahahaha..tolonglah, kanak2 ribena pun tak cam tu kot..
  • so, yeah,aku kena perbaiki diri and jadi tough sikit.. =D tak mau sensitif sangat.. sensitif tu boleh, but, be moderate.. Islam mengajar kita tuk bersederhana dlm kehidupan.. so, same goes to this case.. wokeyh.. ;)

till then. Assalamualaikum..

Terima kasih ya Allah..Alhamdulillah..

hati puncanya..

Benarlah jawapan si dia

Bahawa hatilah puncanya

kenapa dengan hati itu sebenarnya?

Perwatakan berubah setiap kali bersua


Ketahuilah bahawa dia bukanlah hipokrit

Tapi berjaga-jaga adalah sebab yang lebih konkrit

Khuatir hati ini terbawa-bawa dengan perasaan

kerna di hati ada menaruh sedikit harapan


Hati ini sentiasa berusaha untuk mentarbiyah

menjinakkan si dia untuk menundukkan pandangan

Sambil hati beristighfar mengiringi setiap langkah

Agar perasaan ini jauh dari najis nafsu dan bisikan syaitan


Hati ini juga sedar diri sentiasa diperhati

Dia berusaha untuk memuaskan si Pemerhati

dicubanya untuk mengawal perasaan ini

bagi memburu redha Illahi