ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WASAHLAN


~ spread the ♥ ya'll ~

Saturday, January 14, 2012

The Beauty and Power of Kalamullah ~

So, Alhamdulillah, done with Physiology paper, and left another three more papers to go. Next will be three days from now which is Biochem.. Ain’t gonna talk about exam actually.. just wanna share some one short story , shorter than The Pencil, How Dalat Gots Its Name, mahupun Bunga Telur and Belly shoes.. tu semua crita kanak2 kain biru dulu2 nuh.. tapi ini cerita baik punya..

AMARAN KERAS

Cerita ini BUKAN rekaan semata- mata, Ia SANGAT BERKAITAN dengan yang masih hidup dan sedang berjalan di atas muka bumi ciptaan Allah S.W.T. InsyaAllah, sama2 kita ambik PENGAJARANNYA.

For ur info, it’s not mine, but a real incident happened, experienced by this one kindhearted sista who voluntarily offered a hand to help us with the cooking last Saturday. And her cook was seriously delicious. Thousand thanks to her.

Pendek ja crita nih, tapi nk share gak .. ngeh3… gedik.. tak la, masa first dengar nih, mmg kagum n sronok dengar ending dia..heee..tu pasai tangan ngan hati nih gatai sangat nk suruh tulih gak kat sini..kui3.. but trust me, the ending is just too sweet and marvelous.. kalau hmpa x rasa, tak tau nk kata apa.. grr grr .. so, cut the crap and let’s just start with this short story… Here how it goes.. jeng jeng jeng

~ Satu hari ni, akak tu pi pejabat Mogamma’ tuk renew visa, cam besa lah, kena beratuq panjang. Kena tolak sana sini, badan yang kecik dan comel (org Malaysia la katakan) habih dipenyek2 ketika sedang beratuq ditengah2 badan2 yang tegap lagi sasa di hadapan, belakang, tepi kanan dan kiri dia.. Pastu akak nih sedaq yang dia terlebih beli setem, so dia nk bagi balik setem tu. Bergeraklah kakak tu ke kaunter setem berdekatan. Sampai kat kaunter, Puan yang bekerja kat kaunter tu marah akak nih sbb… erkk.. ( x pasti ) , yang pasti, akak nih agak lembut hatinya, so masa kena marah tu, mata akak nih mula bertukar menjadi kolam air masin (ayaq mata, masin kan? Hehe ) . Tiba2 terkeluar butiran kata2 peh punya dari mulut akak nih …serius peh….. nk tau apa dia? Nak tau?

Ni dia.. habaq mai kat hampa

وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ’ .. (orang2 yang menahan kemarahan )

ha, peh kan.. told yah..

Who can defeat these beautiful words from Allah.. It’s Kalimah Allah.. of course, NO ONE can go against it no matter how hard they scratch their heads off, kelumumur je la dapatnya.. (okay, merapu sudaa).. back to the story (yeap, x habih lagi.lek lu)..what makes it more beautiful is that the madam then replied with,

النَّاسِوَالْعَافِينَعَنِ(dan orang yang memaafkan kesalahan orang lain)

dengan balasan senyuman yang manis lagi menawan. Plus, Puan tu dah x marah2 dah..


This is the complete verse, Surah Al-Imran ( 134)

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.

“Who spend [in the cause of Allah ] during ease and hardship and who restrain anger and who pardon the people - and Allah loves the doers of good.”

So, apa signifikannya perkataan2 yang dikeluarkan ini?

First , of course they’re significantly significant b’cos they’re words stated in Quran which also means they’re words from Allah.. And can’t you see how those 4 words could transform a tense situation to such a lovely environment in just a nick of time… oh snap.. Smart kan.. yeap, smart giler.. (lagi smart dri Transformers kot) SUBHANALLAH !!!!! so, let’s not just read the Holy Quran, but also practiced what we read in our daily lives, then, we’ll see how totally beautiful our lives can be..insyaAllah.. *wink wink*

Second, after three months dealing with the Arabs around, one thing I can conclude, most of ’em, their melting point are low.. which basically means, depa ni senang naik angin, tapi depa jugak SENANG NAK COOL drpd marah tu.. and depa gak senang lembut hati tmbh2 bila dengaq ayat2 alQuran..

Hurm, kita plak cam na ek? * sama2 kita pikiaq*

Whatever it is, no worries dear friends, there’s still time to change, jom ubah jadi lebih baik, it’s never too late.. NEVER TOO LATE babeh.. so jom perbaiki diri jom !! *simbol genggaman tangan..heeyaa*

wokey, tu.. ja.. kot..

Wallahualam..

*mode exam kembali bermula*

Sunday, January 8, 2012

SALAM IMTIHAN



“Belajar Medic ni bkn mcm belajar SPM. Tak de la nak buat last minute last minute nih” , pesan akak Tahun 2 masa Bengkel Tutor ahad lepas, bersamaan dengan 1 Januari 2012. Alhamdulillah, berjaya mengisi tahun baru ni dengan program ilmu. ^_^

Yes, maybe the style of this last minute study syndrome need to be get rid from one self despite any field he or she is doing. May it be in medical field, engineering, Islamic studies, Islamic banking, or whatever, NO LAST MINUTE STUDY. *reminder to myself especially *

Nevertheless the concept in studying, learning, and getting knowledge is still the same..

Study + Apply + Spread = Excellent (there many other factors, indeed)

That’s for study basis..

But, what about when it comes to examination? (exam in one week time .ALERT uswah!!) For sure, there’s also a concept. Islam’s perfect, that’s why it’s the way of life, dear friends. It gives us ways and guidelines to face everything, not a single thing is left out. Nehi.

So, what’s it?

STRIVE TILL THE END + DOA + TAWAKAL = EXCELLENCE (Only Allah knows when is the perfect time for this) .

“Apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang bertawakal .” – Ali-Imran, 159

That’s probably it for now. Doakan kita sama2 dapat lawan sikap malas ni. iiiiyaaaahh..dush dush.

"Tiadalah sesuatu urusan itu mudah melainkan Enkau jadikannya mudah, dan Engkau yang menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau kehendaki. Mudahkanlah urusan peperiksaan kami, ya Allah. Terangilah hati kami dengan cahaya petunjukMu sebagaimana Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya matahariMu selama-lamanya"

Till then, SALAM IMTIHAN. Bittaufiq wannajah ya gama’ah !!

kay dah, jom sambung belajaq... hehe

^_^

Tuesday, January 3, 2012

a letter to you

~BUKAN HATI YANG PERNAH MENJADI LABUHAN LELAKI ~


“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang pernah menjadi labuhan lelaki lain.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan?

Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi sekiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan ku keringkan darah dari luka mu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kamu mencintai Allah dengan sepenuh hati mu kerana dengan mencintai Allah, kamu akan mencintaiku kerana Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, bermesra dengan lelaki yang bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah!



Sumber:
http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/hati-labuhan-lelaki-lain/#ixzz1iJ0u0ayB